MWH | 19

517 50 3
                                    

SUFI menjeling sekilas ke arah Irfan melalui ekor mata. Sambil-sambil itu, tangannya lincah mengikat tali kasut bola agar tidak terlerai semasa latihan mereka nanti.

"Kau ada benda nak tanya aku ke, Sufi? Dari tadi lagi duk jeling aku macam tengah simpan dendam. Tanya ajelah kalau kau nak tanya," ujar Irfan sekaligus membuatkan Sufi terkejut.

Seketika kemudian, dia tersengih malu. Irfan perasan rupanya.

"Boleh ke kalau aku nak tanya?" Sufi meminta kepastian.

"Kau nak tanya pasal apa?" Irfan memakaikan shin guards pada bahagian hadapan tulang keringnya untuk melindunginya daripada kecederaan. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Sufi yang duduk di sebelah.

"Kau ada problem ke? Aku perasan muka kau muram semacam hari ni. Kalau kau ada problem tapi tak ada orang nak share, kau boleh share dengan aku. Mana tahu kalau aku boleh tolong."

Irfan senyum kelat. Tak sangka Sufi boleh mengesan perubahannya hari ini dengan mudah. Sahabatnya itu macam tahu-tahu saja yang Irfan masih runsing memikirkan tentang Sara.

Entah bagaimanalah keadaan gadis itu sekarang. Sudah seminggu berlalu sejak pertemuan mereka di hospital dan selama seminggu itu juga, Irfan tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada Sara.

Sara okey aje, kan?

"Sah!"

Irfan terkejut beruk. Kaget dengan suara lantang Sufi yang tiba-tiba menjerit di tepi telinga.

"Sah! Memang sah!" ulang Sufi lagi. Jarinya turut dipetik sehingga menghasilkan bunyi.

"Apa yang sahnya kau ni?"

"Masalah kau tu ada kena-mengena dengan perempuan, kan?" tebak Sufi.

Riak wajah Irfan bertukar terkejut. Damn! Macam mana Sufi boleh teka dengan mudah? Ketara sangat ke yang dia tengah fikir pasal Sara?

"So... siapa dia? Aku kenal ke?" Sufi cuba memancing Irfan. Keningnya yang tebal dan terbentuk cantik itu dijungkit berulang kali.

"Kau cakap nak tolong settlekan problem aku tadi, kan?" Memincing mata Irfan memandang Sufi.

Dasar buaya Pantang mention nama orang perempuan, laju saja dia nak mengayat!

Sufi sengih tak bersalah.

"Aku tanya aje. Okay, back to the main topic. Apa masalah kau?"

Irfan menarik nafas panjang sebelum dihembus keluar melalui mulut. Sekali tengok, gayanya tak ubah seperti sedang mengeluh.

Sufi semakin diasak dengan rasa ingin tahu. Tengok daripada cara Irfan mengeluh, macam ada masalah besar.

"Aku nak tanya something. To be precise, aku nak minta pendapat kau."

Sufi sekadar memberi isyarat kepada Irfan untuk meneruskan kata.

"Aku tak faham kenapa orang selalu anggap kita tolong dia sebab kesian. Kau boleh tolong fahamkan aku bab tu tak, Sufi?"

Sufi terkebil-kebil seketika. Soalan Irfan itu buatkan dia bingung.

Dia ingatkan masalah yang dihadapi oleh lelaki itu serius, tapi ternyata tidak. Lantas dia berdeham untuk membetulkan pita suaranya.

"Perhaps... Ini cuma pendapat aku aje, okey? Take it with a grain of salt. Orang mungkin fikir macam tu sebab hati kita sendiri yang tak ikhlas nak tolong dia? Boleh jadi dia tak boleh nak rasa keikhlasan kita juga. Well, who knows?" Sufi angkat belah bahunya ke atas.

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now