MENGECIL mata Irfan menikam belakang Sara yang sedari tadi hanya tunduk sambil menekup mulut. Bahu gadis itu turut bergegar kecil, seperti sedang mentertawakan dirinya dalam diam.
"What's so funny, huh?"
"Tak ada apa-apa." Sara dapat merasakan suaranya bergetar saat menuturkan sebaris ayat itu.
Irfan tayang muka jengkel. Macamlah dia tak tahu gadis itu sedang ketawa kerana insiden 'Irfan-makan-kek-guna-sudu-kotor' tadi. Trauma dia, tahu tak?
Hampir satu jam dia berkurung dalam tandas untuk berkumur sehingga lidahnya terasa kelat dengan air paip. Itu pun belum cukup sebab dia masih rasa geli!
"Mesti kau trauma nak makan guna sudu dekat luar lepas ni, kan?"
"Gila tak trauma! Memang aku akan siap-siap bawa sudu sendiri dari rumah kalau nak makan dekat luar lepas ni."
"Takkanlah sampai macam tu sekali? Sudu dekat kedai makan yang lain bersih apa!" Sara sedikit tak berpuas hati.
Hanya kerana lelaki itu tak sengaja makan kek menggunakan sudu yang kotor, takkanlah Irfan anggap semua sudu di dunia ini sama kotor juga? Tak logik!
Lagi pula, bukan salah pihak kafe kerana menyediakan sudu yang kotor kepada para pelanggan mereka. Salah Irfan sebab main bedal saja guna sudu itu tanpa usul periksa. Kan?
Irfan membongkokkan badan seraya berbisik tepat di telinga Sara. "Try putting yourself in my shoes then kita tengok ayat kau tu masih valid atau tak."
Sara menceber bibir, mengajuk percakapan Irfan tanpa suara.
"Lagipun, tak ada jaminan yang sudu dekat kedai makan lain bersih seratus peratus. Boleh jadi sudu tu pernah terjatuh ke, tersepak ke, tertendang ke atau terkena bersin orang. Lepas tu kau guna untuk makan. Kau tak rasa geli ke, Sara?"
Tak semena-mena tekak Sara bertukar kembang. Tiba-tiba rasa loya bila membayangkan dia makan menggunakan sudu sekotor itu selama ini.
"See? Kau pun geli. Boleh dah kau join aku jadi geng bawa sudu sendiri dari rumah. Orang mungkin akan anggap kita pelik, but it's not that bad."
"Thanks but no thank tapi aku lebih suka makan pakai tangan. Lagi berkat." Sengaja ditekankan perkataan 'lagi' sedalam yang mungkin. Kasi highlight keyword itu agar Irfan faham.
"Kalau macam tu, tolong suapkan aku juga. Aku pun teringin nak dapat berkat makan guna tangan," sahut Irfan, penuh selamba.
"Gila!"
Lelaki ni memang suka buang tabiat eh sekarang?
Hujung bibir Irfan naik tanpa sempat ditahan. Geli hati dengan cara Sara menolak. Nampak sangat gadis itu bencikan ideanya meskipun dia cuma bergurau.
"Suruh bini kaulah yang suap nanti. Ambil berkat pahala sekali sebab makan dengan dia. Dijamin seratus peratus masuk syurga."
Irfan senyum misteri.
Suruh bini suap, ya? Okey.
"By the way, aku ada something nak tanya kau ni."
"Apa dia?"
"Petang esok kau free tak?"
Sara berfikir seketika sebelum menjawab, "By petang tu, kau maksudkan pukul berapa?"
"Lepas Asar. Around pukul empat setengah sehingga pukul enam. Kau free?"
"Insya-Allah free. Kenapa?"
Irfan sudah bersorak di dalam hati.
"Nak datang tengok game aku tak?"
"Maksud kau?"
"Aku ada match dengan team dari Selangor esok. Kalau menang, team aku akan qualify ke semi final. Kau nak datang tengok tak?" Bersinar-sinar matanya menatap sepasang mata milik Sara. Haraplah gadis itu setuju.
"Game yang kau maksudkan tu game bola ke? Dekat stadium?" Sara inginkan kepastian.
Irfan angguk.
"Ya, dekat stadium. Datanglah esok. Kalau kau takut nak datang seorang, kau boleh ajak Tya untuk teman kau sekali," pujuk Irfan. Dia betul-betul nak Sara datang menonton perlawanannya esok.
Sekurang-kurangnya bila gadis itu ada, Irfan akan jadi lebih bersemangat untuk bermain dan menjaringkan gol. Tambah lagi, Sara belum pernah melihatnya bermain sebelum ini. Takkanlah gadis itu tak curious?
"Aku rasa macam ada orang mention nama aku tadi. Ke aku salah dengar eh?" Tya tiba-tiba muncul dari sebalik dinding.
"Tya. Busy tak esok?" Irfan menanyakan soalan yang sama kepada gadis itu.
"Saya kerja, mestilah busy."
"Biasa, shift habis pukul berapa?"
"Pukul dua petang. Saya ambil shift pagi esok. Kenapa?"
Tya kepelikan. Hairan dengan sikap Irfan yang tiba-tiba bertanya tentang shift kerjanya. Lelaki itu nak ajak dia keluar ke?
"Teman Sara tengok game saya petang esok, boleh?"
"Game?! Game bola ke?!"
Frekuensi suara Tya yang sedikit tinggi itu berjaya menarik perhatian orang yang lalu-lalang berhampiran mereka. Wajahnya kelihatan cukup teruja.
"Ya, game bola. Team saya ada match e..."
"Okey, saya datang!"
Irfan dan Sara masing-masing tidak menyangka Tya akan bersetuju dengan secepat itu.
"Game tu start pukul berapa?"
"Insya-Allah dalam pukul empat setengah. Nanti saya text location dia dekat awak."
"Sure! Eii, tak sabarnya nak tengok!" Tya bertepuk tangan dengan girang. Persis anak kecil yang tak sabar mahu mendapat hadiah.
"Sara, make sure kau datang, ya? Lepas habis match nanti, aku nak bawa kau ke suatu tempat. Ada someone yang teringin nak jumpa kau."
Kata-kata Irfan itu membuatkan kening Sara bercantum menjadi satu.
"Siapa?"
"Esok kau akan tahu. Just make sure kau datang. Okey?"
"Err... Aku tak boleh nak janji tapi..." Sara jeda seketika. "...Kalau tak ada aral, aku akan cuba datang."
Irfan mengangguk kecil. Sedaya-upaya dia cuba mengawal otot muka daripada menunjukkan riak kecewa.
"Jangan risau. Nanti saya akan pujuk Sara sampai dia setuju. Kalau dia tetap berdegil tak nak ikut, saya akan dukung dan bawa dia ke sana."
"Tya!"
Tya tergelak.
"Tolong ya buat macam tu sebab you see... saya dengan Sara tak kahwin lagi. Kalau tak, dah lama saya angkat dia dengan gaya bridal style," ungkap Irfan seraya membetulkan tali beg sukan yang menyilangi dada.
"Wow... Bridal style..." Tya mengusik dengan menyenggol nakal tubuh Sara dari tepi.
Sara ketap bibir rapat.
Si Irfan ni memang minta nak kena lempang dengan dia, kan? Suka sangat bagi statement yang mengundang carutan dan makian Sara.
Tadi gedik nak makan bersuap tangan, sekarang nak angkat dia guna gaya bridal style?
Irfan fikir mereka berdua ini apa? Pasangan suami isteri? Sara spray dengan air Yassin nanti, baru tahu nak insaf!
"I've got to go. Jangan lupa datang esok. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
EDITED | 5th SEPTEMBER 2024
19:00 PM
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...