MWH | 10

615 59 5
                                    

TUAH yang sedang menyarungkan stoking ke kaki sedikit tersentak bila belakang badannya ditepuk oleh seseorang dari arah belakang. Angkat kepala, wajah Basyir, salah seorang ahli pasukan futsal mereka menyapa pandangannya.

"Kau seorang aje hari ni? Irfan mana?"

"Entah, aku pun tak tahu. Dah banyak kali aku called dia, tapi asyik masuk voice mail aje. Chat yang aku sent pun dia tak baca," ujar Tuah sambil mengikat tali kasut. Selesai, dia terus berdiri menghadap Basyir.

Dahlah petang tadi Irfan ponteng stayback tak bagitahu dia. Sara pun ikut sama ponteng.

Kesian Tuah lonely tanpa kawan untuk berbual sepanjang stayback. Sudahnya, dia hanya tidur berbantalkan kertas soalan Geografi semasa cikgu Asiah mengajar. Bosan.

"Cuba call Irfan lagi. Kalau dia tetap tak datang sampai pukul lima, kita boleh teruskan secara berempat."

Tuah mengangguk, tanda mengerti. Telefon bimbit yang terletak di atas bangku dicapai. Baru sahaja ibu jarinya mahu menekan nombor Irfan, lelaki itu muncul sambil menepuk bahu Tuah.

"Aku dah sampai."

Irfan letak beg galasnya di atas bangku. Kemudian, kasut bola dikeluarkan beg lalu disarung ke kaki dengan cekap.

"Kau pergi mana? Dahlah ponteng stayback tak ajak aku. Sara ponteng. Kau pun ponteng. Habis tu, aku ni?"

"Kau belajarlah, apa lagi?"

Tuah mendengus tak puas hati. Fikir kelakar ke? Dia tengah marah ni, tahu tak?

Irfan hanya tersengih melihat reaksi Tuah sambil meregangkan badannya.

"Kau dah selalu sangat ponteng kelas, Tuah. Tak pasal-pasal nanti kena repeat paper lagi. Dahlah untuk semester satu, kau repeat semua paper. Nak kena repeat sekali lagi ke untuk semester dua?" ujar Irfan, separuh mengugut.

Tuah berdecit halus. Tak suka bila Irfan mengungkit isu 'repeat paper' padanya. Seram! Silap hari bulan, boleh mimpi ngeri.

"Menyampahlah aku dengan kau ni. Tak habis-habis nak ungkit benda yang sama. Soalan aku, kau tak jawab lagi. Kau pergi mana tadi? Tiba-tiba aje ponteng. Selalunya kau bagitahu aku dulu, tapi kali ni tak pula."

Irfan diam. Berfikir sama ada mahu memberitahu Tuah tentang Sara atau tidak. Dia tak nak lelaki itu salah faham atau mempersoalkan hubungannya dengan Sara. Tuah tu bukan boleh percaya sangat.

Mengecil mata Tuah memandang Irfan. Kebisuan sahabatnya itu membuatkan dia berasa curiga.

"Baik kau jujur dengan aku, Fan."

Irfan berkerut.

"Jujur apa?"

"Kau sebenarnya pergi dating kan tadi?" tebak Tuah tanpa berlapik.

Terbatuk-batuk Irfan dibuatnya. Langsung Tuah memetik jari usai melihat reaksi yang dipamerkan oleh lelaki itu.

"See? Aku betul! Kau mesti pergi dating tadi, kan? Patutlah kau tak bagitahu aku yang kau nak ponteng. Rupa-rupanya kau tak nak aku kacau jadi third wheeler."

"Kau merepek apa ni, Tuah? Mana ada aku pergi dating," balas Irfan, sedikit geram.

Sesuka hati saja Tuah fitnah dia pergi dating dengan Sara. Mati hidup balik pun Irfan tak hingin nak dating dengan gadis itu.

"Dah tu kau pergi mana?"

"Adalah. Aku kena jaga someone ni."

"Siapa?" soal Tuah laju.

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now