SARA menunduk. Jarinya bermain dengan jemari kasar milik Irfan. Mulut dimuncung sedepa.
Sedari tadi, dia hanya diam menekur riba sendiri. Ditadahkan saja telinga mendengar bebelan Nek Siah yang tiada pangkal hujung dan laju mengalahkan bullet train.
"Sara, kenapa tak jaga Irfan elok-elok?"
"Sara, kenapa biarkan Irfan cedera?"
"Sara, kenapa buli Irfan?"
Sara itu, Sara ini, semua Sara!
Bebelan Nek Siah itu hampir membuat telinga Sara berdarah. Tanpa sedar, dia mengeluh panjang. Tingkahnya itu berjaya menarik perhatian Nek Siah dan...
"Argh, nenek! Sakit!" Sara menjerit nyaring. Tangan Nek Siah yang sedang memulas telinganya cuba dileraikan, tapi tidak berjaya.
Tak tegar melihat isterinya diperlakukan seperti itu, Irfan segera masuk campur. Puan Raudhah juga membantu menenangkan Nek Siah agar tak terlalu mengikut perasaan.
"Kesian isteri Irfan, nek. Janganlah macam ni."
Nek Siah mendengus tak puas hati. Telinga Sara dilepaskan seperti yang dipinta. Sempat dia beri jelingan tajam kepada cucunya sebagai suatu bentuk amaran.
Sara terus tunduk. Gerun nak bertentang mata dengan nenek sendiri.
"Semua ni salah Irfan. Irfan yang cuai. Irfan yang ajak Sara pergi main ice skate. Jadi nenek janganlah marahkan Sara, isteri Irfan tak salah apa-apa dalam hal ni. Sara sendiri tak tahu yang dia nak jatuh masa main benda tu. Kan?" Irfan toleh ke arah Sara.
Laju Sara mengangguk, mengiyakan setiap kata-kata suaminya. Hati menangis terharu kerana Irfan sudi back-upnya di depan Nek Siah.
See? Irfan sayang Sara to that extent, tahu?
Nek Siah mencebik penuh menyampah sementara Puan Raudhah sudah merenung anaknya dengan mata yang mengecil.
"Nasib baik menantu ibu okey. Kalau tak? Ini makannya!" Bengkak pada buku lali Irfan ditekan sedikit kuat.
"Aww! Ibu!"
"Tak pasal-pasal kaki menantu ibu bengkak macam ni nanti. Dah tahu kaki Sara tu belum kuat, gatal juga ajak pergi main ice skate. Macam tak ada tempat lain nak bawa pergi sana." Giliran Puan Raudhah pula membebel.
"Sayang, tengok ibu tu..." adu Irfan, persis seorang anak kecil bersama wajah yang sengaja dibuat masam.
"Tak payah nak gedik-gedik eh! Sara pun sama."
Sara sedikit tersentak.
"Jangan dilayan sangat perangai suka mengada-ngada Irfan tu. Nanti dia jadi makin manja. Cubit aje dia kalau dia buat macam tu lagi. Sampai lebam pun tak apa."
Sara pandang Irfan dengan kening yang diangkat berkali-kali. Puan Raudhah dah bagi green light dekat dia, jadi bolehlah Sara cubit Irfan sesuka hati nanti. Hahaha!
Muka Irfan semakin masam.
Bukan main dia tolong back-up Sara di depan Nek Siah tadi, tapi ini balasan yang dia dapat? Cis!
"Coach dah tahu ke?"
Ekspresi Irfan berubah lagi. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum paksa.
"Err... belum."
Puan Raudhah terpempan.
"Ya Rabbi! Kenapa pula belum! Kaki awak tu tengah cedera sekarang ni, tahu? Fikir boleh main bola ke dengan kaki macam tu? Silap hari bulan, boleh kena usung masuk hospital. Nak?" tutur Puan Raudhah, separa mengugut.
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...