MWH | 28

497 48 12
                                    

"NAH." Sara menghulurkan sesuatu kepada Irfan.

Sebelah kening lelaki itu naik. Surat? Sara suruh mereka naik tadi semata-mata nak bagi dia surat?

"Eh, janganlah buka sekarang!" tegah Sara bila Irfan sudah berkira-kira mahu membuka sampul itu.

"Habis tu, bila aku boleh buka?"

"Buka malam nanti, dekat rumah. Baca surat tu sorang-sorang dalam bilik kau. Jangan bagi orang lain baca sekali. Faham?" arah Sara, penuh tegas.

"Ibu pun tak boleh?"

"Tak boleh!"

"Tapi kalau ibu curious lepas tu dia nak baca juga macam mana?"

Sara berdecit halus.

"Cakaplah Sara tak bagi. Surat tu khas untuk kau seorang aje."

Walaupun pelik, Irfan tetap mengangguk. Tertanya-tanya juga dia apa yang Sara tulis dalam surat itu. Entah-entah ini surat cinta tak? Ataupun... Sara ada tulis jawapan kepada lamarannya tempoh hari?

Kalau betul, Irfan kena baca surat tersebut secepat mungkin! Dia dah tak sabar nak kahwin dengan Sara!










PINTU bilik air terkuak dari dalam. Irfan keluar dengan hanya memakai jogger pants Adidas tanpa baju. Dibiarkan saja bahagian atas tubuhnya terdedah disapa dengan angin daripada kipas siling bilik.

Sedang asyik mengeringkan rambut yang basah menggunakan tuala, mata Irfan secara tak sengaja tertancap pada surat pemberian Sara yang berada di atas meja tepi kepala katil.

Teruja, terus saja dia melompat naik ke katil sehingga menghasilkan bunyi spring berkeriut. Tak sabar mahu membaca isi surat tersebut. Apa agaknya yang Sara tulis?

Sampul dikoyak dan lipatan kertas dibuka. Anak mata Irfan kemudiannya bergerak membaca satu per satu aksara yang ditulis oleh Sara.

Assalamualaikum.

Aku tak tahu apa yang kau harapkan masa kau baca surat ni nanti, tapi aku harap apa yang aku tulis boleh bagi jawapan yang kau nak.

Irfan...

Jujur aku cakap, aku takut. Takut dengan masa depan kita. Sekali pun tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang kita akan kahwin. Lagi-lagi dalam keadaan aku sekarang.

Kau dengan aku duduk sebumbung, makan semeja, tidur sekatil dan berkongsi selimut yang sama? Tak cukup dengan tu, nama panggilan kena upgrade dari aku-kau kepada abang-sayang? Serius, aku tak boleh imagine!

But come to think of it again, cuma kau aje yang dah tengok sisi buruk dan perangai non-filterred aku selama ni selain daripada arwah Tuah. Yet, you still choose me to be part of your life.

Nenek pernah cakap, kalau nak bahagia, kita kena terima baik buruk pasangan kita. Aku tak tahu sejauh mana kita boleh bahagia. Tapi... seperti mana kau dah janji dengan aku hari tu, then I promise you too... aku akan cuba semampu aku untuk bahagiakan rumah tangga kita selagi kau sudi untuk hidup bersama beban yang bernama Nur Sara.

As you know, I'm not perfect. I'm a broken piece. I have flaws. All together, I'm a disaster. If you're willing to let this disaster ruins your life, then be my guest. I'll gladly ruin it for you.

Kalau kau berubah hati lepas baca surat ni nanti, it's okay. Aku faham. Aku pun tak nak kau menyesal di kemudian hari. Tapi ada satu benda yang aku nak kau tahu.

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now