"WAD nenek kau dekat mana?"
"Tak apa. Aku boleh pergi sendiri. Kau boleh balik."
Jujur, Sara sebenarnya segan mahu berdepan lebih lama dengan Irfan tika ini. Malu bila mengenangkan semula drama air matanya tadi.
Entah apa yang lelaki itu fikir masa tengok dia menangis. Mesti Irfan kutuk Sara hodoh!
Tapi kejap!
Kenapa dia kena fikir pasal tanggapan Irfan tentang dirinya? Sara bukannya sukakan Irfan pun! Lantaklah kalau lelaki itu nak fikir yang buruk-buruk atau bukan-bukan tentangnya. Dia tak kisah!
"Termenung!" Irfan petik jari di depan muka Sara.
Gadis itu tersentak. Dia mendongak sedikit untuk memandang Irfan yang berdiri di belakang kerusi rodanya.
"Kau cakap apa tadi?"
"Wad nenek kau dekat mana?"
"Aku boleh pergi sendiri."
"Wad nenek kau yang mana, Sara?" Kata-kata Sara diabaikan sepenuhnya.
"Aku..."
"Wad. Nenek. Kau. Yang. Mana. Satu. Sara?" ulang Irfan lagi. Kali ini lebih tegas dan keras. Sengaja disebut satu per satu perkataan itu, tanda dia serius.
Keluhan terlepas dari bibir Sara tanpa sempat ditahan.
"Hujung sana."
Irfan segera menolak kerusi roda gadis itu menuju ke arah yang dimaksudkan. Sara ada menceritakan tentang keadaan Nek Siah yang ditimpa koma semasa drama air mata mereka sebentar tadi.
Irfan tak dapat bayangkan bagaimana gadis itu terpaksa menguruskan neneknya dalam keadaan berkerusi roda selama lima tahun ini. Dengan pergerakan Sara yang agak terbatas dan terhad itu, mesti susah.
"Kau tak nak balik ke?" soal Sara bila Irfan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin beredar.
Irfan tunduk memandang Sara. Tak mahu leher gadis itu terkehel kerana terpaksa menoleh, dia terus bergerak ke depan.
"Boleh tak?"
"Apa?" Sara kepelikan.
"Boleh tak kalau... aku nak temankan kau dekat sini?"
"Hah?!" Suara Sara meninggi tanpa sedar. Apa benda yang Irfan merepek ni?!
"Kau nak te... temankan aku dekat sini?" Tergagap-gagap dia mengulang semula kata-kata Irfan.
Fikirnya, lelaki itu akan menggeleng namun lain yang terjadi bila Irfan mengangguk. Nafas Sara bagaikan tersekat di kerongkong. Mamat ni biar betul?!
"So, boleh tak?"
"Tak boleh!"
Bahu Irfan terhinjut kecil.
"Kau dah janji untuk balik lepas hantar aku ke sini. Mana boleh mungkir janji macam tu!"
Kening Irfan berkerut.
"Bila masa aku janji macam tu dekat kau? Aku tak ada cakap pun nak balik lepas hantarkan kau ke sini. Kau mengigau ke apa?"
"But still..." Sara mengeluh. Kedua-dua belah bahunya jatuh. "Kenapa kau tiba-tiba nak temankan aku? Kau tak ada kerja lain ke nak buat?"
"Hmm... Ada."
"Dah tu, pergilah buat! Nak temankan aku dekat sini buat apa?"
"Simple. Sebab aku nak jaga kau."
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomansMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...