MWH | 09

589 54 7
                                    

"THANK you for today, kak Sara. Sorry kalau Jaja menyusahkan akak untuk datang ke hotel papa instead rumah. Dahlah Jaja dah buat akak ponteng stayback."

Semakin menggunung rasa bersalah dalam hati Jaja bila mendapat tahu yang Sara terpaksa ponteng kelas tambahan semata-mata mahu mengajarnya hari ini.

"Salah Jaja juga sebab minta akak datang ajar Jaja secara mengejut. Padahal jadual belajar kita esok," ujarnya lagi.

Sara merangkul mesra bahu Jaja dari tepi.

"Small matter ajelah, Jaja. Lagipun bukan selalu akak ponteng stayback macam ni. Best juga dapat balik awal sekali-sekala."

Jaja tertawa kecil. Saat itu, matanya tak sengaja terpandang seseorang yang sedang duduk di sofa yang terletak di ruang legar lobi hotel.

"By the way, akak datang sini dengan siapa tadi?"

"Dengan teksi," jawab Sara tanpa berfikir panjang.

Jaja ketawa. Sara langsung berkerut seribu.

"Akak ni kelakarlah."

Makin bertambah lapisan kerutan pada dahi Sara. Apa yang kelakar? Dia baru lepas buat lawak antarabangsa ke tadi?

"Jaja tanya akak datang dengan siapa, bukannya dengan apa. Siapa tu merujuk kepada orang. Teksi bukan orang, akak."

Oh, begitu.

"Akak datang seoranglah. Memang sebelum ni pun akak datang seorang juga, kan? Kenapa Jaja tiba-tiba tanya soalan pelik macam ni?"

Jaja pandang Sara dengan anak mata yang sengaja dikecilkan.

"Dah kenapa tengok akak macam tu? Jaja ingat akak tipu Jaja ke?" Sara tahu makna di sebalik pandangan itu. Pandangan yang penuh dengan syak-wasangka dan sangsi.

"Entah." Jaja angkat bahunya. Mata mengerling ke arah lelaki tadi. "Manalah tahu kalau akak dah ada boyfriend tapi sengaja nak sembunyikan dari Jaja. Maklumlah, boyfriend akak kan handsome." Bahu Sara disenggol manja.

"Boyfriend apanya kalau akak sendiri masih single? Jangan nak merepek!"

Dah kenapa dengan Dato' Muzzafar dan Jaja hari ini? Masing-masing sibuk bercakap dan mention pasal boyfriend padanya.

Apa? Ada sign 'saya dah ada boyfriend' tertampal di dahi Sara ke? Kenapa semua orang ingat dia dah ada teman lelaki ni?

"Then bagitahu Jaja satu sebab kenapa lelaki tu pandang akak macam nak tembus."

Melilau anak mata Sara memandang arah yang ditunjukkan oleh Jaja. Tersentak dia tatkala matanya bertemu dengan sepasang mata milik Irfan.

Lelaki itu sedang bersandar pada sofa sambil merenungnya tanpa berkedip.

Entah apa yang Irfan buat dekat situ.

Sara ingatkan lelaki itu sudah lama balik tapi ternyata, Irfan masih di sini.

Pelik.

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now