MWH | 02

629 65 8
                                    

"SARA, dah pukul tiga setengah. Kau kena pergi kerja pukul empat, kan?"

Sara pandang jam yang melilit pergelangan tangan. Betul, dah pukul tiga setengah petang. Langsung dia tepuk dahi sendiri.

"Nasib baik kau ingatkan aku, Tuah. Kalau tak, mati aku kalau lambat sampai," tutur Sara sembari tangan sibuk mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya.

Alat-alat tulis dimasukkan ke dalam kotak pensel. File turut disusun dan dimasukkan ke dalam beg. Buku-buku rujukan tebal disimpan ke dalam laci. Dia malas nak beratkan beg yang sudah menunggu masa untuk putus.

"Kau tak nak balik ke, Tuah?" soal Sara ketika melihat lelaki itu masih santai menekan butang nombor pada kalkulatornya.

"Aku tunggu Irfan."

Sara berkerut.

"Irfan ada dalam kelas dia ke? Dia buat stayback macam kita juga?"

Tuah mengangguk.

"Sambil-sambil tunggu pukul lima untuk pergi main futsal. Rugi kau tak ikut. Melepas chance kau nak tengok Hang Tuah ni..." Tuah membidangkan dada lalu menepuknya dengan riak bangga. "...beraksi di gelanggang."

Sara mencebik, tanda menyampah.

Entah-entah si Tuah ni action saja lebih. Saja nak berlagak di depannya yang masih belum pernah melihat lelaki itu bermain.

"Dahlah, aku balik dulu."

"Elok-elok."

Sara sekadar mengangkat ibu jari.

Langkah diatur menuju ke tangga blok.

Baru sahaja kaki mahu memijak anak tangga pertama, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Lantas haluannya diubah menuju ke kelas Irfan.

Tuah yang melihat kelibat seseorang melintasi kelas segera mengangkat kepalanya.

Sara.

Dah kenapa tiba-tiba buat u-turn ni?

Mulut sudah dibuka untuk menegur, tapi niatnya terus mati bila susuk gadis itu hilang dalam sekelip mata.

"Tak tahan nak beraklah tu."









"AH, penatnya!" keluh Irfan sambil menggeliat kecil. Belakang pinggangnya ditumbuk-tumbuk untuk menghilangkan sengal dan lenguh akibat terlalu lama duduk di kerusi.

Kalau dia dapat berbaring sekejap ni, memang nikmat!

Lalu, mata Irfan menyorot ke arah jam yang tergantung pada dinding kelas. Masih ada dua jam setengah lagi sebelum dia pergi bermain futsal dengan Tuah seperti yang dijanjikan. Lebih dari cukup untuk dia berehat dan tidur sebentar sementara menunggu asar.

Irfan lekas bangun dari duduk.

Dia mula menyusun kerusi-kerusi kosong rapat antara satu sama lain sehingga membentuk satu barisan panjang untuk dia berbaring di situ.

Perlahan, Irfan rebahkan tubuhnya di atas kerusi-kerusi itu.

Keras, tapi dia lega bila dapat membetulkan sendi-sendi yang terasa sakit dan lenguh.

Irfan ambil salah satu buku dari atas meja untuk dijadikan sebagai penggalas kepala. Mata dipejam erat.

Dia dah hampir berlayar ke alam mimpi bila...

Buk!

"Aduh!"

Belakang kepala yang baru bertemu dengan permukaan kerusi dipegang. Sakit!

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now