Part 20 💕 (FAIRY&FAYZEN)

1.4K 37 4
                                    

Kelihatan beberapa buah kereta mewah masuk ke dalam halaman rumah Fairy. Terpegun ahli keluarga Fairy melihat kereta-kereta itu.

Tengku Fazura dan Tengku Fikri melangkah turun dari kereta sambil diiringi beberapa orang ahli keluarga .

Mereka membawa dulang yang di dalamnya mengandungi bermacam jenis barangan mewah.

Puan Fatma tergamam kerana yng datang itu adalah kawan baik dia dan suaminya.
Dia dah lama berkenan dengan anak kawan baiknya itu. Tetapi disebabkn darjat di tak berani nak ketengahkan cadangannya.

"Assalamualaikum Fat, aku tak sangka ni rumah kau." Kata Tengku Fazura lalu menghampiri dan memeluk tubuh Puan Fatma.

"Waalaikumusalam , aku pun tak sangka kau yang datang nak meminang anak aku."

Tengku Fikri dan Tuan Fairuz hanya tersenyum melihat isteri mereka.

"Yang ajak la mereka masuk. Sampai bila awak nak berbual kat luar je." Tegur Tuan Fairuz.

"Eh hahaha tu la ralik sangat berbual. "

"Jom Faz kita berbincang kat dalam"

Mereka pun masuk ke rumah.

"Ehem-ehem assalamualaikum semua." Ujar Tengku Fikri memulakan ucapan.

"Waalaikumusalam." Jawab semua dengan serentak.

"Boleh saya mulakan pantun?"

"Boleh , silakan."

"Akar memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman." Pihak lelaki memulakan pantun.

"Saya balas la ye." Kata Tuan Fairuz.

"Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?"

"Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!"

Ketawa para tetamu apabila mendengar balasan dari Tuan Fairuz.

"Panggil Fayzen masuk." Ucap Tengku Fikri kepada bodyguard ya di luar rumah.
Apabila sahaja Fayzen sudah duduk , Tengku Fikri terus meneruskan pantunya.

"Bunga cantik hiasan taman,
Bunga sena penghias biara,
Tentulah pemuda yang jadi idaman,
Orang tua pengatur bicara."

"Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti." Ujar Tengku Fikri lagi.

"Baik-baik saya balas ye." Kata Tuan Fairuz.

"Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji."

" Sebelum tu saya nak tanya la bunga di taman sudi ke?" Soal Tengku Fikri .

"Jap ye saya pergi tanya dulu." Kata pun Fatma lalu pamit untuk naik ke atas.

Fairy yang berada di dalam bilik sudah gelisah. Dia dari tadi kehulur -kehilir memikirkan cara untuk menolak pinangan ini.

"Ish kau ni Adel rilek la , aku pening la tengok kau ke sana- ke sini."

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now