Part 31💕 (FAIRY&FAYZEN)

1K 31 2
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Terlihat seorang lelaki bersama kanak-kanak melangkah ke kawasan perkuburan. Kanak-kanak kecil itu hanya ketawa riang kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Assalamualaikum baby. Hubby rindu baby sangat. Kenapa cepat sangat baby tinggal hubby. Hubby tak puas lagi rasa kasih sayang dari baby. Sumpah hubby tak kuat tanpa baby di sisi.Baby je yang hubby sayang,cinta,kasih dan semualah. Tanpa baby hancurlah hubby." Rintih Fayzen. Air matanya mengalir dengan sangat laju.

"Why daddy cry? Daddy shedih ke?" Tanya kanak-kanak itu.

"Haah. Bidadari daddy tinggal daddy cepat sangat tu yang daddy shedih. Fael boleh buat daddy happy?"

"Boleh. Menantuk-menantuk nak tido mana." Nyanyi Fael Noah.

"Hahah. Pandai anak daddy ni. Dah jom kita baca doa untuk mummy."

"Ocey."

Fayzen melangkah masuk rumah ibubapanya dengan wajah muram. Tiada senyuman yang ikhlas lagi yang terukir dibibirnya setelah ketiadaan isterinya.

"Iz, kamu dari mana ni?" Soal Tengku Fazura.

"Dari kubur mama."

"Ouh , Iz bawak Fael sekali ke?" Soal Tengku Fazura lagi .

"Ye. Sorry ma Iz nak naik atas dulu nak rehat." Ujar Fayzen . Dia melangkah naik ke tingkat atas

"Haih anak mama. Cinta betul Iz dengan isteri Iz tu. Mama sedih sangat tengok Iz tak gembira macam dulu lagi." Ujar Tengku Fazura sendirian.

Fael menghampiri Tengku Fazura lalu menarik hujung baju neneknya.

"Tok ma Fael nak shushu boleh?" Soal Fael matanya terkebil-kebil mendongak ke atas.

Tengku Fazura menundukkan sikit tubuhnya lalu mengusap bahu cucunya.
"Boleh sayang. Jom ikut Tok ma pergi dapur." Kata Tengku Fazura sambil mengangkat Fael ke dukunganya.

"Yeahh cayang tok ma banyak-banyak. Muahhhhh."

Fayzen merebahkan tubuhnya di atas katil. Fikiran hanya terbayang wajah isterinya. Sungguh dia tak sangka dia akan kehilangan isteri yang dia sangat cinta.

Matanya dipejam lalu dia pun terlena.

"Tok ma nak tidur dengan daddy boyeh tak?" Tanya Fael.

"Tak boleh sayang. Daddy penat tu. Biar daddy rehat . Malam ni Fael tidur dengan tok ma dan tok pa boleh?"

"Ocey." Jawab Fael tanpa membantah.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bilik Fayzen mengetuk pintu bilik mama dan papanya. Tidak lama kemudian pintu terbuka dari dalam.

"Ye Iz ada apa?" Soal Tengku Fikri.

"Tak de apa . Saja nak tanya anak Iz tidur dengan papa ke? Sebab dia tak de masuk bilik Iz pun lagi." Jawab Fayzen.

"Haah, papa tak nak dia ganggu Iz."

"Tak ganggu pun pa. Meh Iz ambik dia."

" Jap papa dukung dia." Ujar Tengku Fikri lalu mengambil Fael dan diberikan kepada Fayzen.

"Okay thank you papa."

"Okay welcome son."

Fayzen meletakkan anaknya yang sedang tidur itu perlahan-lahan takut anaknya itu terjaga. Tanganya naik mengusap rambut Fael.

Muka Fael mirip sangat denga Fairy. Perangai pun manja macam Fairy. Kuat betul genetik isterinya yang melekat kat anak mereka.

"Sleep well Fael. Jadi anak yang baik tau. Walaupun mummy takde dengan kita. Tapi mummy tetap ada dalam hati kita. Daddy janji daddy akan jaga Fael elok-elok." Bisik Fayzen perlahan.

"Daddy?" Panggil Fael . Matanya kuyu kerana masih mengantuk.

"Ye anak daddy. Daddy kacau awak tidur ye."

"Tak la Fael rindu daddy. Tadi tokma tak bagi Fael tido dengan daddy." Mulutnya dimuncungkan.

"Sorry anak daddy. Tadi daddy ada kerja sikit. Lain kali daddy promise. Daddy takkan biar Fael tidur dengan tokma dan tokpa. Biar Fael tidur dengan daddy je."

"Sokay papa."

"Jom tidur. Meh daddy puk-puk anak daddy yang handsome ni." Ujar Fayzen lalu memeluk tubub kecil itu.

"Okay. Tapi daddy kita belum baca doa tidhur laa."

"Ouh hehe. Lupa pulak daddy." Fayzen mengaru sedikit kepalanya.

"Okay Fael baca daddy nak dengar."

Fael pun membaca dengan lancar sekali.
Fayzen mencium kepala anaknya.

"Pandai anak daddy. Okay now time to sleep."

Mereka pun terlena.

"Daddy-daddy i want mummy.." Ujar Fael apabila dia tersedar dari lenanya.

Fayzen mendukung anaknya itu lalu mendodoi perlahan.
"Mummy kat syurga boy."

"Nak ikut mummy pergi syurga . I mishhh mummy so much daddy." Ujar Fael. Matanya sudah berair. Mulut juga tersebik-sebik.

"Fael nak tinggal daddy ke? Daddy pun miss mummy more." Matanya turut berkaca. Dia tidak dapat menahan sebak.

"No i love daddy so much . Muahhhh." Ujar Fael lalu mengucup pipi Fayzen.

Fayzen juga mencium pipi anaknya . Tidak lama kemudian mereka pun terlena kembali.

"Iz tak makan dulu ke?" Tegur Tengku Fazura apabila melihat Fayzen berjaln menuju ke pintu.

"Tak mummy,  Iz busy sikit pagi ni. Ada meeting nak kena attend." Ujar Fayzen sambil memakai kasut miliknya.

"Ouh okay la kalau macam tu. Elok-elok pergi kerja tu jangan stress sangat Iz." Pesan Tengku Fazura.

"Baik mama. Bye Assalamualaikum." Ujar Fayzen lalu mengucup tangan tua itu dan masuk ke dalam kereta.

"Pagi Tengku." Ujar Adelia.

"Hm."

"Harini Tengku ada meeting kejap lagi dengan AH Empire. Tengah hari Tengku free dan petang Tengku ada meeting pasal pembekal senjata yang baru." Terang Adelia.

Adelia? Yup Adelia. Sejak Fairy dah takde Fayzen menyuruh Adelia mengantikan tempat isterinya. Dia tak mahu orang lain kerana dia hanya mempercayai Adelia.

"Okay . Out."

Adam dan Akwa masuk ke dalam bilik Fayzen. Mereka melabuhkan duduk di hadapan Fayzen.

"Hm pahal datang bilik aku ni? Kerja takde ke?" Tanya Fayzen.

"Takde la saja datang melawat kau. Kau tu sibuk je memanjang. Takde masa nak melepak dengan kitaorang." Jawab Akwa.

Fayzen mengeluh.

"Korang kena faham. Aku kena ops I mean harus padatkan jadual aku. Kalau aku free aku selalu terfikir pasal arwah isteri aku." Terang Fayzen. Tanganya naik memicit pelipis.

"Normal la tu teringat."

"Iz kau masih tak percaya ke isteri kau dah takde?" Soal Akwa .

"Bukan aku tak percaya tapi.. hati dan firasat aku ni kuat mengatakan yang isteri aku masih hidup." Ujar Fayzen.

"Kau kena percaya yang isteri kau dah takde. Bukan aku tak kasi kau ingat arwah bini kau tapi aku tengok kau dah macam orng tak betul. Tengok la diri kau langsung tak terurus. Semua orang dalam pejabat kena marah dengan kau." Nasihat Adam.

Fayzen hanya mendengar tanpa berkata apa-apa.

"Keluar." Ujar Fayzen.

"Iz kau halau kita-"

"Get out from my office nowwwww." Jerkah Fayzen kuat.

Adam dan Akwa segera melangkah keluar dari bilik Fayzen.

"Baby flower, hubby tak gila kan? Hahahhahahhaha." Tiba-tiba Fayzen ketawa dengan kuat.

"Aku tak gilaaaa. Isteri aku hidup lagi. Kenapa orang tak percaya aku." Ujar Fayzen lagi.

Bersambung...

Vote n komen❤️

Akan ada flashback di bab seterusnya nanti.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now