Fairy melangkah masuk ke dalam rumah dengan riak wajah yang mendung. Tiada sepatah kata pun yang terbit dari bibir Fairy.
Semua ahli keluarga yang berada di ruang tamu hanya memandang Fairy yang berlalu ke tingkat atas .
"Kenapa dengan adik tu my?" Soal Faris.
"Mummy pun tak tahu la long. Mendung je muka dia. Pagi tadi mummy tengok elok je dia pergi kerja." Jawab Puan Fatma.
"Haah bibiy. Sayang pun ada nampak adik ceria je nak pergi kerja pagi tadi." Sampuk Sherl juga.
"Haih anak awak sorang tu banyak betul kerenah." Ucap Tuan Fairuz.
"Eh abang ni. Fairy tu anak kita berdua tau. Abang jangan nak macam-macam. "
"Mummy dengan daddy jangan risau. Jap lagi along naik tanya adik." Sampuk Faris.
"Ye la. Tanya elok-elok jangan bagi adik stress. Apa-apa bagitahu daddy dengan mummy." Ujar Tuan Fairuz.
"Hai cintaa. You sibuk ke?" Hanim mendekati Fayzen lalu melabuhkan punggung di kerusi.
" Macam mane you boleh masuk?" Soal Fayzen dingin. Matanya tajam menatap wajah Hanim tanpa secalit senyuman.
"I masuk sebab PA you takde pun kat depan tu. So I masuk je la." Jawab Hanim . Matanya tak habis-habis melihat merenung wajah Fayzen.
"Nak apa datang jumpa I? Kalau benda tak penting you boleh keluar sekarang." Wajahnya semakin merah menahan marah yang membara.
"Ololo cinta hati I ni. Takkan I nak datang melawat you pun salah?" Ujar Hanim sambil mengusap pipi Fayzen.
Fayzen segera menepis usapan itu lalu memberi sebuah tamparan yang kuat.
Pang!
Merah padam mukanya ketika ini. Hanim dah mencabar tahap kesabaranya.
"Kau sentuh aku lagi. Siap kau." Amaran diberi kepada Hanim.
"Sampai hati you tampar I. You dayus, I akan pastikan hidup you hancur Fayzen." Kata Hanim lalu keluar dari bilik itu sambil menghentak-hentak kakinya.
"'Arghhh!!!!!!!!"
Fayzen menyelerakkan semua fail di atas meja.Dia melangkah masuk ke dalam bilik khas lalu menumbuk katil di dalam bilik itu sampai tanganya terluka.
Dia terlalu tertekan . Orang yang dia cintai telah menjauh darinya.
Shark yang nampak wajah Hanim merah serta terdapat luka dihujung bibir segera memdapatkan bossnya itu.
"Miss okay?" Tanya Shark dengan riak risau.
"You dah nampak kan I tak okay kenapa tanya lagi." Jawab Hanim kasar.
"Jom balik. Nanti singgah farmasi belikan I krim untuk sapu kat luka I." Arah Hanim lalu dia masuk ke dalam kereta.
"Baik miss."
Tuk! Tuk! Tuk!
"Adik , boleh abang masuk?" Tanya Faris terlebih dahulu.
"Hm masuk la."
Faris melabuhkan punggungya di sebelah Fairy. Dia melihat mata Fairy lebam dan berair. Wajah Fairy juga kelihatan muram seperti besar sahaja masalah yang adiknya hadapi.
"Adik abang okay? Ada tak apa-apa yang adik nak share dengan abang." Faris mengusap belakang adiknya.
"Erm abang , hati adik sakit." Kata Fairy sambil memukul dadanya dengan kuat.
Faris segera menarik adiknya ke dalam pelukan. Sangat sayu bunyi tangisan adiknya.
Selepas setengah jam Fairy menangis. Faris melepaskan pelukan dan menyapu air mata adiknya
"Adik jangan macam ni. Cerita kat abang apa yang dah jadi. Takmo la nangis macam ni. Adik buat abang dan yang lain risau tau." Pujuk Faris.
" A-dik se-dih orang yang adik cinta lukakan hati adik." Tersedu-sedu Fairy memgungkan kata kepada Faris.
"Sapa? Bagithu along. Biar along ajar dia." Dia paling pantang orang lukakan hati adiknya.
"Tengku Faiz Fayzen. Adik baru nak luahkan yang adik suka kat dia tapi tadi dia marah adik. Dia cakap berambus kat adik."
"Adik tahu adik salah sebab tak datang kerja, tapi dia tak boleh la tengking adik macam adik ni tak de perasaan. Adik kecewa dengan dia." Terang Fairy lagi.
"Ouh kawan abang. Takpe nanti abang ajar dia. Sekarang ni adik rehatlah dulu. Jangan fikir pasal ni lagi. Jangn nangis untuk lelaki yang belum halal untuk adik. Adik cuba move on je dari dia. Mungkin di bukan terbaik untuk adik." Ujar Faris panjang lebar.
"Baik abang. Adik nak tidur kejap sakit kepala hm." Tersebik-sebik Fairy. Fairy memang manja dengan abangnya maklumla dua beradik je.
"Alolo adik abang ni, manja betul. Adik rehat la nanti makan ubat tau. Abang takut adik demam ." Kata Faris lalu pamit untuk keluar dari bilik itu.
________
Buk! Buk! Buk!
3 tumbukan yang diberi pada Faris tepat ke wajah dan perut Fayzen. Fayzen tak sempat nak elak sempat sampai je tempat yang mereka berjanji terus kena tumbuk. Sakit woo.
"Aduh,kau ni kenapa tumbuk aku. Sakit tau tak." Kata Fayzen sambil meludah air liur ke tepi.
"Kau tanya aku kenapa?. Kau buat apa hah kat adik aku. Dia balik dari office semalam muka dia suram dan mata dia sembab. Tak pernah lagi tau aku tengok adik aku sedih macam tu." Ujar Faris panjang lebar.
"Aku termarah dia. Sebenarnya aku nak dia sedar dan tahu yang dia tak boleh tak datang kerja sesuka hati. Aku tak sangka yang dia terasa sampai macamtu sekali."
"Bro hati perempuan mana tak terasa bila kau tinggi-tinggi suara kat dia." Ucap Faris sambil menepuk-nepuk belakang Fayzen.
"Sumpah aku takde niat. Aku cinta dan sayng dia sepenuh hati aku. Aku hajat nak lamar dia, tapi ku termarah dia. Sorry bro kalau sebab aku adik kau jadi macam ni. Aku betul-betul mintak maaf."
"Selama ni aku tak holeh nak lupa arwah isteri aku. Aku bersikap dingin dengan semua orang tapi Fairy yang bukak mata aku untuk terima orang baru . Sejak dari itu aku mula obses dengan adik kau. Dia pergi mana dan buat apa semua aku tahu. Aku betul-btul dah jatuh cinta kat adik kau bro. Mata Fayzen sedikit berair selepas meluahkan segala isi hatinya.
"Ye mata kau menceritakan segalanya Fayzen. Aku tak nak perkara ni berlaku lagi. Aku harap sangat kau dapat jaga adik aku dengan baik." Faris melihat Fayzen mengalirkan air mata itu terus memberi tisu.
Dia boleh nampak keikhlasan Fayzen . Fayzen seorang yng sukar jatuh cinta, tapi bil dah jatuh cinta memang dia takkan lepaskan .
"Pegang kata-kata aku ni. Aku takkan biarkan lagi adik kau mengalirkan air mata sebab aku. Aku akan bahagiakan adik kau. Itu janji aku." Tangan Fayzen diangkat seperti berikrar. Dia sudah tekad untuk tidak lagi sakitkan hati Fairy.
"Baik, aku pegang kata-kata kau. Sekali lagi aku nampak kau buat adik aku nangis memang nahas aku kerjakan."
"Baik abang Faris."
"Eh kau . Jangan panggil aku abang la aku geli."
"Hhahha tau. Aku pun geli jugak ." Mereka pun ketawa terbahak-bahak lalu meneruskan perbualan sampai lewat malam .
Bersambung...
Vote n komen ❤️
YOU ARE READING
Be Mine My Baby Flower{C}
RomanceAll idea is mine. Do not copyright ©. Menjadi PA kepada seorang yang serius 24 jam? Itu adalah mimpi buruk untuk seorang gadis yang bernama Fairy Nurasya. "Habislah aku, mesti dia marah nanti. Aku pun satu , first day masuk kerja dah lewat." -Fairy...