Part 35💕 (FAIRY & FAYZEN)

1.3K 42 3
                                    

Fairy sedang bersiap-siap kerana ingin bertemu dengan Fayzen. Fayzen ada hubungi dia tadi. Dia sangat bersyukur kerana Fayzen masih lagi nak berbincang denganya elok-elok.

Fayzen melangkah masuk ke sebuah restoran yang berhampiran dengan tepi pantai. Dari jauh dia sudah nampak Fairy yang sudah ada di meja makan yang ditempah.

Dia menapak menuju ke arah Fairy. Wajahnya diseriuskan. Dia ada rancngan dia tersendiri malam ni. Anak-anak pun dia tak bawak.

"Dah lama sampai?" Soal Fayzen.

"Tak la baru je." Jawab Fairy. Matanya meliar di sekeliling tempat mencari keberadaan anaknya. Tadi masa Fayzen call dia cakap nak bawak anak sekali.

"Aku tak bawak anak kita." Ujar Fayzen apabila dia perasan yang Fairy macam tengah tercari-cari sesuatu.

"Kenapa awak tak bawak? Saya rindu Nacha la. Tak puas lagi ke awak seksa saya?" Tanya Fairy. Kelopak matanya sudah dipenuhi dengan air.

"Baru 2 hari baby. Aku ni 2 tahun tau kehilangan kau dan anak kita. Aku dah macam orang tak betul dah. Setiap masa aku fikir kenapa Allah ambik kau dari hidup aku. Sebab firasat aku mengatakn yng kau masih hidup."

"Hari-hari aku suruh anak buah aku cari korang. Kalau anak buah aku tk dapat cari aku pukul diorang. Aku marah diorang. Kau tahu kan betapa tersiksanya aku."

"Bukan awak sorang je tersiksa Fayzen. Saya lagi la tersiksa. Awak ingat saya nak ke berpisah dengan awak dan anak kita? Awak ingat mudah ke untuk saya jalani semua ni sorang-sorang? Hari-hari saya doa supaya Allah temukan kita kembali." Nada suara Fairy sedikit meninggi. Air matanya sudah laju menuruni pipinya.

Fayzen terdiam.

"Sekarang ni aku nak tanya kau. Kenapa kau lari dari hidup aku? Kau tak bahagia dengan aku? Kau dah tak sayng aku?" Soal Fayzen bertubi-tubi.

"Se-bab..."

"Sebab apa!!!!!"

"Sebab ada orang ugut saya. Dia chat saya hari-hari bagitahu saya yang dia nak bunuh awak. Dia selalu perhatikan pergerakan saya. Dia suruh saya tinggalkan awak selepas saya bersalin kalau saya nak awak selamat." Terang Fairy panjang lebar.

Fayzen mengeluh.

"Aku ni sapa baby? Kenapa kau tak pernah cerita semua ni pada aku? Aku dah fikir macam-macam dah masa nampak kau dengan lelaki lain kat pantai haritu."

Tsk... Tsk.. tskkk... Fairy makin teresak.

"Sua-mi saya..."

"Lepastu? Kenapa tak bagitahu aku? "

"Saya takut diorang tahu yang saya bagitahu awak." Ujar Fairy perlahan. Dia sudah menunduk. Dia tidak berani ingin menatap wajah merah padam milik Fayzen.

"Haih.. kau ni cakap macam aku ni tak boleh nak tolong isteri aku sendiri. Aku malas nak gaduh la baby. Jom ikut aku balik jumpa anak. Nanti kita selesikan perkara ni kat rumah."

"Tak-nakkkk." Fairy mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sangat takut sekarang ni kerana dia telah bagitahu Fayzen sebab kenapa dia lari.

"Jom baby." Kata Fayzen lalu menghampiri Fairy. Tangan Fairy dipegang.

"Tak-nak....." Mulutnya tersebik-sebik.

Fayzen geram dengan Fairy lalu tanpa membuang masa dia mengangkat Fairy.
"Kau yang cabar aku baby."

Fairy hanya diam tanpa membantah. Tanganya di kalungkan di leher milik Fayzen. Matanya hanya memerhati wajah tegang milik Fayzen.

Fayzen membawa Fairy masuk ke dalam kereta. Dia meletakkan Fairy di atas ribanya.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now