Part 37💕 (FAIRY & FAYZEN)

1.2K 41 5
                                    

Fairy melangkah longlai menuju ke dapur. Dia menyediakan makanan untuk Fael dan Nacha. Fikirannya mula menerawang ke arah lain. Seminggu dia tak boleh tidur lena kerana memikirkan keadaan suaminya.

Sudah seminggu juga dia tidak nampak kelibat jejaka itu. Makan ke dia? Sihat ke?Macam mana keadaan dia? Semua soalan itu terus berputar di fikiran Fairy.

Tanpa dia sedar dia sudah terhiris tanganya.

"Aduh!"

Rafi yang mendengar Fairy mengadu sakit segera melangkah mendekati.

"Kenapa ni puan?" Soal Rafi dengan cemas.

"Takde apa lah jari saya luka sikit je masa potong bawang ni." Jawab Fairy sambil tersenyum.

"Tak payah masak la puan. Biar saya je beli makanan untuk kembar."

Fairy mengelengkan kepalanya lalu tersenyum pahit.

"Takpe Rafi. Saya boleh je masak ni. Lagipun saya tak nak anak saya makan makanan dari luar. Tak tahu bersih ke tak untuk kesihatan diorang." Tolak Fairy.

"Okay tapi boleh saya tolong puan? Saya risau kalau nanti puan terluka lagi." Pinta Rafi. Dia tak mahu isteri kepada bosnya terluka lagi. Kalau dapat tahu kat bos dia ni mampus kena tembak.

"Okay boleh."

Fayzen mengeluh.

"Mampu ke aku nak lafazkan cerai nanti? Mampu ke aku jauh dari anak-anak aku?Mampu ke aku jalani hidup ni tanpa isteri disisi?" Banyak persoalan yang terluah dari mulut Fayzen.

Dirinya tak terurus. Rambut sedikit panjang. Jambang tak terurus. Badannya sedikit susut.

Tuk! Tuk Tuk!

"Masuk."

Adam dan Akwa melangkah masuk lalu duduk di kerusi berhadapan dengan meja Fayzen.

"Kau okay tak ni Iz?" Soal Akwa.

" Bodoh jugakkan soalan kau ni. Of course la dia tak okay. Siapa je yang okay bila isteri mintak cerai?" Bidas Adam.

"Ye tak ye jugakkan maaf la otak aku jem sikit."

"Aku okay je. Korang jangan risau." Fayzen mula bersuara. Tiada secalit pun senyuman terukir dibibirnya.

"Okay apa macam ni Iz? Nak dekat seminggu dah kau datang pejabat dalam keadaan tak terurus lepastu kau terpuruk je dalam ni. Semua meeting kau cancel."

"Kau tak faham apa yang aku rasa." Mata Fayzen mula berkaca.

"Kau tak boleh lemah macam ni Iz. Iz yang aku kenal tak lemah dan mudah mengalah macam ni." Kata Akwa. Dia menepuk bahu sahabatnya itu.

"Pastu korang nak suruh aku buat apa? Merayu? Melutut depan isteri aku supaya dia ubah keputusan dia?" Soal Fayzen. Nada suaranya meninggi.

Adam dan Akwa terdiam.

"Korang tak faham perasaan aku. Hati aku ni sakit sangat masa dia mintak cerai. Banyak kali aku tanya betul ke nak cerai tapi jawapan dia tetap sama."

"Korang ingat aku nak sangat ke bercerai? Ingat aku ni suka dapat berjauhan dengan anak bini? Aku sakit tapi aku hormat keputusan Fairy. Aku akan lepaskn dia walaupun hidup aku hancur. Hanya Allah je yang tahu betapa aku sayang dan cinta kepada isteri aku. Aku dah tak mampu nak halang dia lagi. Biar la dia jaga anak kami."

Air mata Fayzen laju menuruni pipi. Tatapannya kosong. Badannya memang sudah tidak bermaya.Semua semangatnya telah hilang semenjak isterinya meminta cerai.

Keluarga Fairy dan Fayzen berkumpul dia rumah Fayzen. Mereka hanya tahu yang Fairy masih hidup tapi mereka tidak tahu yang anak mereka mahu berpisah.

"Sha dengan Zen nak berpisah." Ucap Fairy bagi memulakan perbualan.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now