Part 23💕(FAIRY&FAYZEN)

1.3K 35 0
                                    

Tersentak tubuh Fairy apabila merasakan seseorang memeluknya dari belakang. Nasib tak terpotong tangan. Dah la dia tengah siang ikan.

"Hish hubby ni, terkejut tau saya. Lain kali bagi salam dulu sebelum terjah tu. Ni tak main peluk je." Bebel Fairy.

"Sorry baby, hubby tak sengaja." Kata Fayzen lalu mengetatkan lagi pelukan.

"Hubby jangan la, saya nak siang ikan ni kang tak pasal-pasal tersiang tangan hubby ."

"Alaa kejap la baby, hubby rindu tau. Tadi kat office asik teringat baby je." Adu Fayzen sambil memusingkan tubuh Fairy menghadapnya.

"Ye tahu rindu. Tapi bagi la saya siang ikan ni dulu. Nanti hubby lapar, merengek pulak kat saya cakap lambat la apa la."

"Hubby dah katakan jangan buat kerja rumah. Kita ada chefkan untuk masak."

" Hehe, tapi saya nak masak untuk hubby. Mana sama masakan isteri dengan orang lain. Kalau boleh saya nak, saya je boleh masak untuk hubby. Orang lain dilarang." Kata Fairy sambil membasuh tanganya. Dia menarik tangan Fayzen lalu ditolak ke sofa .

Fairy mengambil remote lalu membuka siaran kartun . Dia juga mengambil popcorn dan just oren di dapur lalu diletakkan di atas meja kecil di hadapan sofa.

"Hubby duduk sini diam-diam tengok tv nanti saya dah siap masak kita makan sama-sama okeyh." Tanganya mengusap pipi Fayzen lalu menghadiahkan ciuman kedua-dua belah pipi milik Fayzen.

Terselah lesung pipit milik Fayzen apabila diciun Fairy. "I love you so much sayang ,baby, cinta dan semua laa." Kata Fayzen lalu mengucup dahi Fairy.

"Okay saya masuk dapur dulu tau. Jangan rindu saya pulak." Ujar Fairy lalu berlalu ke dapur untuk menyambung tugasnya.

" Hubby perasan je sebenarnya yang baby tak pernah balas kata i love you hubby. Tapi hubby sabar. Hubby akan usaha supaya baby cintakan hubby. Hubby takkan putus asa." Gumam Fayzen sendiri. Dia sedikit kecewa kerana sudah 2 bulan dia dan Fairy berkahwin. Fairy masih saja tak membalas kata-kata darinya.

Kadang-kadang dia hampir give up tetapi dia kuatkan jugak hati untuk memikat hati cik isteri. Dia siap ada buku tau. Dalam buku tu semua isi hatinya ditulis disitu.

Fayzen sentiasa berharap suatu hari nanti isterinya menerima dirinya sepenuh hati dan hukan kerana terpaksa.

___

Fayzen melangkah masuk ke dalam kawasan perkuburan. Dia menghampiri makam arwah isteri serta anaknya.

Dia membentangkan tikar lalu membaca al-fatihan dan Yaasin.

"Assalamualaikum sayang , lama dah abang tak datang sinikan. Mesti sayang ingat abang tak rindu sayang. Tapi semua tu tak betul. Abang masih sayang dan cintakan sayang sampai sekarang. Sayang adalah wanita yang selalu dan sentiasa akan ada di dalam hati abang. Abang minta maaf sebab dah lama tak melawat sayang. Abang dah kahwin sekarang. Nama isteri abang Fairy Nurasya. Abang sayang sangat kat dia. Tapi abang tak tahu apa perasaan dia kat abang. Sebab setiap kali abang cakap abang sayang dia. Mesti dia mengelak. Sayang rasa dia sayang tak kat abang?

Hm abang rindu sangat kat sayang dengan anak kita. Kalau sayang dengan anak kita ada mesti best kan . Mesti kita jadi keluarga yang bahagia sangat saat ni. Takpa abang dah redha sayang dengan anak kita dah pergi. Tunggu abang kat syurga tau." Hiks... Hiksss. Air mata Fayzen laju mengalir ke pipi. Dia sungguh merindukan perempuan yang pertama dah menjadi suri hatinya.

Flashback

"Abang nak tahu tak apa beza abang dengan cicak?" Soal Fazrina sambil merenung mata Fayzen.

"Tak tahu. Apa tu sayang?" Dagu Fazrina dicuit sedikit.

"Cicak melekat kat dinding, tapi abang melekat kat hati sayang. " Muka Fazrina sedikit merah apabila berkata bergitu. Wajahnya segera disembamkan didada Fayzen .

"Alolo isteri abang malu ke ni? Dah nak jadi ma budak pun malu lagi dengan abang hm." Sakat Fayzen.

"Ish abang, jangan la usik sayang. Sayang malu laa." Wajanya semakin memerah apabila disakat begitu.

Endflash back

Fayzen beralih pulak ke kubur anaknya.
"Assalamualaikum anak daddy. Maafkan daddy tau sebab lama tak melawat awak dengan mummy awak. Daddy busy sikit sehari dua ni. Ni baru sempat datang. Lain kali daddy bawak isteri daddy datang sini melawat awak. Daddy balik dulu tau jaga mummy elok-elok . Daddy love both of you so much."

Fayzen mengemas tikar yang dibentangkan tadi lalu berlalu meninggalkan tanah perkuburan itu.

__

" Hubby dari mana? Kenapa mata sembab je ni?" Soal Fairy apabila melihat mata suaminya sedikit sembab.

"Hubby pergi kubur tadi. Melawat arwah isteri dengan anak hubby."

"Ouh kenapa tak ajak saya?"

" Hubby nak privacy tadi. Lain kali hubby ajak baby." Ujar Fayzen lalu mengucup dahi Fairy dan berlalu ke tingkat atas.

"Ya Allah apa aku dah buat ni?"

Baru sahaja Fairy ingin masuk ke dalam bilik tapi dia terdengar suaminya menadah tangan membaca doa.

"Ya Allah,kau ampunkan dosaku, dosa isteri serta keluargaku. Berikanlah kami rezeki yang secukupnya. Ya allah kau lembutkan hati isteriku supaya menerima diriku sebagai suaminya. Aku dah tak tahu lagi apa nak buat supaya isteriku mencintaiku. Aku buntu ya allah. Apakah ini balasan terhadapku kerana pernah menyakiti hatinya."

Menitis airmata Fairy mendengar doa ya g dipinta oleh Fayzen. Dia sedar yang dia ego. Dia layan suaminya baik tapi dia tak pernah membalas cinta suaminya.

"Maafkan aku ya allah. Aku dah betul-betul cintakan hambamu ini. Aku mohon kau permudahkan urusanku untuk mencintainya keranamu ya allah." Fairy mengelap airmatanya menggunakan hujung baju lalu mengetuk pintu bilik.

"Ya Allah sayang, kenapa menangis ni?" Sol Fayzen apabila melihat airmata isterinya jatuh .

"Maafkan baby hubby. Baby buat hubby terluka dengan perbuatan baby. Ampunkan baby sebab ego dan tak pernah nak tunjuk yang baby sebenarnya sayang hubby." Airmatanya semakin laju menuruni pipi. Sungguh dia sangat kesal telah abaikn perasaan suaminya .

Fayzen menarik Fairy ke dalam pelukan hangatnya sambil mengosok belakang Fairy.

"Takde apa la sayang. Bukan salah sayang pun. Ini semua takdir. Mungkin Allah nak uji kita. Hubby bersyukur sangat sebab baby dah mula sayang hubby."

"Sorry tau hubby. I love you more hubby." Ucap Fairy sambil menghadiahkan kucupan di pipi Fayzen.

"I love you more from the botton of my heart baby flower."

"Baby boleh hubby mintak sesuatu tak?" Tanya Fayzen.

" Apa hubby? Insyallah baby tunaikan." Jawab Fairy tanpa ragu.

"Hubby nak tambah ahli keluarga kita boleh tak? Hubby teringin sangat nak penuhkan rumah kita dengan suara budak-budak."

"Kalau baby tak sedia lagi takpe hubby tak paksa." Ujar Fayzen lagi.

"Baby dah sedia. Baby milik hubby. Hanya hubby je berhak ke atas diri baby." Tangan Fairy naik memaut leher Fayzen.

"Baby jangan goda hubby sangat."

Mereka pun melayari bahtera rumah tangga dengan begitu indah di malam hari.

Bersambung....

Vote n komen❤️

Berhenti menunding jari kepada orang lain, ada sikap yang perlu diperbaiki agar tiada lagi yang tawar hati.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now