Part 4💕 (FAIRY×FAYZEN)

1.7K 63 5
                                    

"FAIRYYYY NURASYAAA MASUK BILIK AKU NOW!!!! Laung Faiz dari dalam bilik . Dia sengaja panggil Fairy kuat-kuat sebab dia suka tengok muka Fairy merah apabila menahan marah .

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk "

"Ye Tengku ada apa panggil saya? Ade apa-apa yang Tengku nak ke?"

"Eh you ni banyak pulak soalan , ikut i la nak panggil you ada sebab ke takde sebab ke ." Ucap Faiz sambil memandang tajam ke arah Fairy.

"Ish singa beku ni kalau aku hempuk sia-sia je dia ni . Kejap aku kejap I ,mamat beku ni ada split personaliti ke apa sebenarnya " Bisik hati Fairy.

"Hah mengumpat I la tu ingat I tak boleh tengok ke reaksi muka you . Mesti macam-macam kan you mengata pasal I. I tolak gaji you bulan ni baru you tahu."

"Eh mana ada saya puji ada lahh. Saya cakap Tengku dah la handsome , baik hati ,kaya, dan bertanggunjawab pulak tu. Saya bersyukur sangat dapat bekerja dengan Tengku." Puji Fairy cepat-cepat. Dia takut kena potong gaji la tu.

"Okay , ikut you la nak cakap apa pun. Sekarang ni I nak bagitahu you yang meja you akan berada dalam bilik I. Sebab senang I nak pantau you, you ni bukan boleh harap sangat tahu mengelat je." Ujar Faiz. Dia malas nak layan perangai Fairy yang suka melawan ni.

"Ala Tengku bagi jela saya duduk luar,saya tak nak duduk sebilik dengan Tengku takde vibes la macam ni."

"No excuse dear Fairy, mulai esok you akan duduk dalam bilik I. "

"Baik Tengku . Ada apa-apa lagi ?"ucap Fairy sambil memaniskan muka walau dalam hati sebenarnya rasa nak meletup dengan sikap majikanya.

"Tak ada . You boleh keluar."

Fairy berjalan keluar dari bilik Faiz sambil menghentak -hentak kaki dengan menunjukkan dia protes terhadap Faiz.

Pintu bilik Faiz dihempas dengan kuat ,terkejut Faiz dibuatnya.

"Haihh Fairy, Fairy comel jugak you ni sebenarnya."ucap Faiz dalam hati.

Tepat pada pukul 1 semua pekerja berpusu-pusu ingin keluar makan tengah hari, tapi tidak bagi Fairy kerana dia masih lagi berada di dalam office Faiz.

Tuk! Tuk!

"Masuk" arah Faiz kepada orang yang mengetuk pintu.

"Minta maaf Tengku boleh tak saya nak cakap dengan Fairy kejap?"soal Adelia kepada Faiz .

"Hm , 5 minute only go now" ucap Faiz tanpa memandang langsung ke arah yang bertanya.

Dengan cepat Adelia menarik tangan Fairy keluar dari biliknya .Dia cukup gerun dengan sifat bossnya yang tidak pernah senyum malah bertegur sapa dengan staf.

"Eh kau ni kenapa tarik-tarik tangan aku, ada masalah apa?"soal Fairy apabila Adelia tergesa-gesa menarik tangannya keluar dari bilik .

"Takde apa pun Sya sebenarnya, aku nak ajak kau lunch. Kau free tak? Jom la weyh ." Ajak Adelia sambil buat muka comel dan mengoncang-goncang tangan Fairy.

"Aduh kau ni pun satu takkan la tak faham lagi perangai boss singa beku kau tu. Selagi dia tak keluar lunch sekali dengan aku la tak lunch. Kau keluar la dengan yang lain eh . Lain kali kita lepak sama."

"Ye la ye la janji eh nanti kalau kita lepak kau belanja. "

"Ye aku janji . Dah la mengamuk pulak singa kat dalam tu nanti."

Fairy melangkah masuk ke bilik dan duduk semula dikerusinya sambil memegang perut. Dia tak sempat ambil sarapan pagi tadi. Alasanya dah lambat pastu sekarang dah menyesal la penyakit dia datang menyerang.

Mummynya dah siapkan bekal tapi dia boleh pulak pergi tinggal kat dapur. Memang mendapat la dia hari ni.

Faiz yang ralik menandatangan fail- fail yang belambak di atas meja menoleh ke arah Fairy .

"Aik kenapa pulak minah ni ,period ke asal pucat semacam je muka dia." Gumam Faiz di dalam hati.

"Erm Fairy ? You kenapa tak buat kerja ? I tengok you pucat semacam je you sakit ke?" soal Faiz sambil memandang tepat ke arah Fairy. Dia bukan la jahat sangat sampai nk biarkan pekerja sakit.

"Sa-ya sebe-nar-nya gas " belum sempat Fairy meneruskan kata-katanya dia sudah pengsan di dalam dakapan Faiz . Nasib baik Faiz cepat bertindak.

"Eh , you kenapa ni? Bangun Fairy!!! Bangun!!" Kata Faiz sambil menepuk-nepuk muka Fairy dengn perlahan.

Tanpa membuang masa Faiz terus mengangkat Fairy menuju ke ke kereta untuk dibawa ke hospital. Dia melanggar semua lampu isyarat kerana betul-betul risau dengan keadaan Fairy yang tak sedarkan diri.

Semua yang berada di pejabat semestinya memandang pelik ke arah boss mereka. Tak pernah pun boss mereka ni perhatian tahap macam tu sekali.

"Weyh Adel, betul ke boss kita tu?"

"Betul la. Ke kau nampak sapa?"

"Aku macam tak percaya yang boss kita ni tiba-tiba ambil berat pasal orang luar. Biasanya kalau kita sakit mesti dia suruh orang lain yang bawa ke hospital. Ni tak dia sendiri pergi dukung si Fairy tu. Cemburu pulak aku."

"Eh kau ni kepo betul la. Kebetulan je kut, kan Fairy duduk kat dalam bilik Tengku. Mesti la Tengku ambik berat pasal dia." Terang Adel . Dalam hatinya sudah membara. Dia sebenarnya dah lama suka Faiz tapi Faiz selalu buat tak layan je.

Sampai sahaja Faiz di hospital dia segera mendukung Fairu berlari ke wad kecemasan.

Faiz diminta untuk tunggu diluar sementara dokter membuat peperiksaan.

Beberapa minit kemudian .

"Macam mana dengan pekerja saya dokter?" Soal Faiz.

"Alhamdulillah dia okay. Dia pengsan disebabkan dia ada gastrik. Mungkin dia tak jaga pemakanan dia dengan betul." Terang dokter.

"Ouh alhamdulillah. Bila dia boleh discharge dokter?"

"Esok dah boleh. Sebelum discharge esok saya akan cek sekali lagi keadaan pekerja encik untuk pastikan dia betul-betul dah pulih."

"Okay , terima kaseh dokter."

"Sama-sama. Saya minta diri dulu."

Bersambung....

Vote n komen ❤️

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now