Pagi itu badan Fairy terasa lesu meski tidak melakukan apa-apa aktiviti. Kepalanya juga pening. Seakan-akan ada benda tajam yang mencucuk kepalanya.
Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Laju kaki Fairy melangkah ke arah tandas mahu memuntahkan segala isi perut. Masuk saja ke dalam tandas, dia terus terduduk di hadapan mangkuk tandas.
Uwerk! Uwerk!
Segala isi di dalam perut Fairy keluarkan. Mualnya semakin menjadi-jadi. Terpejam matanya apabila tekaknya terasa perit sebaik saja selesai memuntahkan segala isi perut.
Fayzen yang mendengar suara dari dalam kamar mandi segera bergegas bangun untuk melihat apa yang terjadi.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Baby flower, baby okay tak tu? Bukak pintu ni hubby nak tengok."
Terpancul wajah Fairy yang pucat dan mukanya terlihat sangat tidak bermaya.
Tanpa membuang masa, Fayzen segera mendukung Fairy lalu diletakkan diatas katil dengan berhati-hati. Tanganya naik mengelus wajah pucat itu.
Sungguh hatinya berasa risau.
"Kenapa ni baby? Baby ada salah makan ke semalam?" Soal Fayzen .
"Takde salah makan pun hubby. Apa yang hubby makan, macam tu jugak la saya makan." Jawab Fairy tidak bermaya.
Tanganya naik memeluk tubuh Fayzen. Mukanya disembamkan di dada milik Fayzen.
"Jom pergi klinik baby. Hubby risau la baby sakit macam ni. Hubby takut apa-apa jadi kat baby."
" Tak nakkkk." Fairy membuat muka comel sambil wajahnya diangkat dari dada Fayzen. Tanganya masih lagi memeluk Fayzen.
"Okay takpe kalau tak nak. Tapi baby kena makan ubat boleh?"
"Arghhhh tak nak jugakkk." Kata Fairyy. Matanya sedikit berair. Mulutnya juga tersebik-sebik. Wajahnya mula merah kerana ingin menangis.
Fairy sangat anti hospital atau klinik. Haritu yang masa dia pengsan Fayzen angkat tu pun sebab dia tak sedar je. Kalau sedar lambat lagi dia nak pergi.
"Shhh. Shhh. Jngan la nangis baby. Meh kita tidur dulu . Harini hubby cuti jaga baby okay. Baby good girl kan."
" O-kay hubby."
Mereka pun terlena.
Ting! Ting ! Ting !
Bunyi dari telefon milik Fayzen, menandakan ada mesej yang masuk.
Fairy tersedar dari tidurnya. Dia melihat ke sisi. Ada Fayzen yang masih lagi tidur.
Fairy mengambil telefon Fayzen perlahan-lahan lalu membuka mesej itu.
Alangkah terkejutnya Fairy apabila orang yang sama menggangu suaminya.I rindu you Zen
You tak rindu I ke?
Isteri you tu tak bagus pun. Baik you kahwin dengan I.
I love you Zen.
I tak boleh la kalau takde you.
Bila you nak jumpa I lagi.
Beberapa gambar terselit di dalam chat itu . Jelas kelihatan gambar Fayzen dan Hanim sangat gembira . Gambar mereka ibarat seperti pasangan kekasih.
"Kenapa hubby tak pernah cakap pun dengan saya pasal semua ni? Ni kali kedua saya ternampak mesej ni. Hati saya sakit sangat. Mungkin saya memang tak layak untuk hubby ." Kata Fairy sambil merenung wajah Fayzen yang sedang tidur.
Matanya sudah lencun dengan air mata. Sungguh mudah hatinya terasa dengan perkara begini.
Tsk... Tsk... Tsk...
YOU ARE READING
Be Mine My Baby Flower{C}
RomanceAll idea is mine. Do not copyright ©. Menjadi PA kepada seorang yang serius 24 jam? Itu adalah mimpi buruk untuk seorang gadis yang bernama Fairy Nurasya. "Habislah aku, mesti dia marah nanti. Aku pun satu , first day masuk kerja dah lewat." -Fairy...