HARI ini hari pertama dia bekerja sebagai personal assistant di bawah syarikat Harvens Group. Rasa gementar itu memang ada. Sampaikan dia tidak tidur lena malam tadi akibat terlalu memikirkan tentang kerjanya.
Boleh dikatakan... Fikirannya agak terganggu.
Dia tenung nasi goreng di atas permukaan meja makan. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu makan. Tetapi...
"Jangan lupa makan sarapan esok pagi! Kalau kau pengsan, jangan harap aku nak angkat kau bawa pergi hospital." Sempat Evan menasihati Elyvia.
Sudahlah dia gastrik. Kalau tak makan, boleh jadi dia pengsan.
"Elyvia. Kau termenung jauh eh?" tegur Ireena dengan nada suara yang mengusik.
"Mana ada!" Elyvia menafikannya. Padahal memang betullah dia termenung jauh. Cumanya dia tak nak mengaku.
"Ke kau bayangkan ada bos Evan depan kau? Ke kau tengah bayangkan dia suap nasi goreng tu ke dalam mulut kau?" Setelah itu, tawa Ireena meledak.
"Mana ada!"
"Habis itu kenapa kau asyik tenung je nasi goreng tu dari tadi?" Mesti ada apa-apa kan?
"Aku tak nak makanlah. Tak ada selera la nak makan." Entah mengapa mulut ni berat sangat nak kunyah makanan pepagi ni.
"Makan. Jangan tak makan. Kau tu gastrik. Lagipun, kau lupa ke apa yang bos Evan cakap semalam? Kena makan sarapan sebelum pergi kerja. Kau tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?"
"Macam mana pula kau tahu dia nasihatkan aku suruh aku makan sarapan sebelum pergi kerja?" Elyvia kini terpinga-pinga.
Ireena kini tersedar dia sudah terlanjur. Alamak! Kantoi.
"Kau intai aku ke semalam?" duga Elyvia.
"Mana ada! Tak adanya aku nak intai kau semalam," nafi Ireena.
"Habis itu? Macam mana kau tahu bos Evan nasihatkan aku semalam? Kalau telinga kau sepanjang leher zirafah tu tak apa juga."
Ireena ledakkan tawa. Boleh pula dia angkut zirafah dalam perbualan mereka? Pagi-pagi dah terhibur dah ni! Haha.
"Betul apa. Ke kau nak aku cakap sepanjang Sungai Nil?"
Makin kuat bunyi tawa Ireena. Dah senak dah ni!
"Kau ni. Tak payahlah nak mention Sungai Nil. Kau nak buka kelas sejarah ke apa pepagi ni?" Ireena merapatkan gelas kaca pada bibirnya.
"Malas aku nak buka kelas sejarah. Kau belajarlah balik dekat YouTube."
"Kalau kau malas, aku lagi malas," jawab Ireena dengan selamba.
Elyvia menjeling Ireena. Kalau dia betul-betul buka kelas sejarah, kemungkinan mereka berdua tidur berbantalkan permukaan meja.
"Makanlah Ely. Kau tu dah la gastrik," suruh Ireena. Tengah serius ni. Jangan di buat main pula orang tengah serius ni.
"Aku minum air je tak boleh ke?" Elyvia menayangkan wajah comelnya. Acah aje lebih! Huh.
"Tak! Minum air banyak-banyak memang buat kau kenyang. Tapi satu je masalah yang kau akan hadap nanti. Kau akan susahkan diri sendiri untuk cari tandas sana sini," bebel Ireena. Nak makan pun tak tenang. Mulut ni bukan untuk makan je dekat atas meja ni. Tetapi untuk membebel juga.
Elyvia terdiam. Dia hanya akur.
Elyvia suap nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Nasi goreng itu dikunyah secara perlahan.
"Dengar cakap pun." Ireena berpuas hati.
"Nanti kau yang drive okey?" suruh Elyvia.
"Eh! Sedapnya mulut kau suruh aku drive nanti."
YOU ARE READING
My Precious Love
Romance[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...