"IREENA. Come to my office, now," suruh Evan.
Tangan Ireena automatik menjatuhkan fail di atas meja. Dia tertanya-tanya. Mengapa pula majikannya perlukannya?
"Iya bos?" tanya Ireena sebaik saja dia tiba di pejabat Evan.
"Nak tanya, Elyvia suka apa?"
"Suka apa? Maksud bos?" Ireena terpinga-pinga.
"Saya nak belikan sesuatu untuk Elyvia. Nak pujuk dia. Macamlah awak tak tahu apa yang saya buat setiap kali saya marah pekerja saya," kata Evan.
"Oh!" Dia sudah faham apa yang dimaksudkan oleh majikannya.
Perkara yang biasa baginya. Pekerja lama sudah biasa dengan perangai rare Evan. Setiap kali setelah dia sudah marah seseorang pekerja, pasti dia akan pujuk dengan suatu hadiah yang mereka inginkan.
"Oh, oh. Cuba jawab apa yang dia suka."
"Dia suka kartun Doraemon. Dia teringin sangat nak beli plushie Doraemon yang gebu. Dia nak beli tapi tak kesampaian. Sebab dia lebih pentingkan perut dia daripada barang yang dia nak." Dia bagi pakej dengan penjelasan sekali.
"Faham."
Rupanya pekerjanya juga merupakan peminat Doraemon. Ingatkan dia seorang sahaja yang minat. Walaupun usianya tidaklah begitu muda, tetapi kartun budak-budak yang dia pernah tengok tidak akan dilupakan.
"Bos betul ke nak belikan dia plushie Doraemon tu?" soal Ireena.
"Betullah. Awak ingat saya ni seorang yang suka berbohong ke?"
"Alah, manalah tahu bos tiba-tiba ubah fikiran."
"Tak adanya saya nak ubah fikiran."
"Kalau macam tu, belikan. Mesti dia tak akan tolak hadiah bos. Nanti bos beli yang comel-comel untuk dia. Lagi dia suka." Orang yang nak beli, dia yang semangat nak suruh beli itu ini.
"Okey." Evan hanya melayan karenah Ireena.
"Bos nak apa-apa lagi ke?"
"Tak, terima kasih. Awak dah boleh pergi sambung balik kerja awak."
DIRINYA telah terpacak di hadapan pejabat Evan. Berdebar kencang itu pasti. Sampai dia dapat rasa debaran jantungnya.
Tuk! Tuk!
Dia mengetuk pintu pejabat Evan.
"Masuk," pelawa orang yang berada di dalam pejabat itu.
Perlahan-lahan dia membuka daun pintu. Takut kena marah lagi. Apa-apa yang akan terjadi setelah dia membuka pintu ini, dia akan terima walaupun hatinya mungkin akan berkecai.
"Silakan duduk."
Elyvia hanya menuruti kata-kata Evan.
"Saya nak minta maaf sebab hal semalam."
Setelah dia melihat video yang ditunjukkan oleh Rendy itu, Tuhan telah menjentik hatinya supaya dia meminta maaf pada Elyvia.
"Tak mengapa. Saya dah maafkan. Salah saya juga sebab tinggalkan kopi tu macam itu je."
"Maksudnya?"
"Masa tu ayah saya ada call saya. Dia nak tanya khabar saya. Jadi, saya pergi tempat yang lebih sunyi untuk berbual dengan ayah saya. Mungkin sebab itu, Ania ambil peluang untuk letak gula dalam kopi awak," jelas Elyvia.
"Faham." Kini barulah dia faham mengapa boleh berlakunya hal itu.
"Saya yang patut minta maaf sebab..."
YOU ARE READING
My Precious Love
Dragoste[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...