𝐌𝐏𝐋 | 9

1K 60 4
                                    

PINTU kaca butik pakaian ditolak oleh Evan. Dia membiarkan Elyvia masuk terlebih dahulu lalu dia menutup kembali pintu itu setelah masuk.

Mata Elyvia rambang melihat jenis pakaian yang ada di sekitar butik itu. Patutlah ada ramai pengunjung. Sudahlah rekaan fesyen mereka disini cantik belaka. Harganya berpatutan pula tu.

"Sebelum kau pilih baju, aku nak kau pilih warna biru gelap," kata Evan secara tiba-tiba.

Elyvia kini menoleh ke belakang.

"Kenapa pula saya kena pilih baju berwarna biru gelap?" soalnya pula.

"Aku nak kita matching. Aku pakai sut warna biru gelap dan kau pun kena pakai dress biru gelap juga."

Amboi... Dah pandai ya nak ajak orang matching ni. Ini mesti ada tersorok apa-apa kan dalam hati. Elyvia senyum sendiri setelah mendengar ayat itu.

"Faham." Itu sahaja yang keluar dari mulut Elyvia. Mesti semua akan percaya bahawa mereka bersama pada hari kejadian nanti. Tengoklah nanti!

"Saya rasa saya dah berkenan dengan satu baju ni," ujar Elyvia.

"Mana satu bajunya?"

Elyvia mengambil baju yang disangkut kemas itu. Sungguh cantik dan elegan! Memang patutlah Elyvia berkenan dengan baju itu.

"Hm, cantik. Pandai kau pilih," puji Evan tanpa sedar.

"Kalau saya pakai mesti lagi cantik kan?" usik Elyvia.

Evan terus diamkan diri. Malas hendak melayan kerenah Elyvia pada malam ini. Dekat tempat kerja dengan dekat luar sama sahaja perangainya.

Tangan Evan kini mencapai tag harga pada baju itu. Baju itu berharga 1880 Ringgit Malaysia. Lalu dia menunjukkan tag harga itu kepada Elyvia.

Senyuman Elyvia kini memudar. Mahalnya harga baju ni!

"Mahal sangat la. Jomlah kita pergi butik lain," ajaknya. Ramai yang kata butik pakaian ini menjual pakaian dengan harga yang berpatutan. Tetapi baginya, ini terlalu mahal.

"Murah ajelah. Kalau dekat butik lain, kemungkinan cecah dua ribu baju ni," terang Evan.

Biasalah. Nak hairan apa? Orang T20. Barang berharga beribu ringgit itu dianggap murah sahaja.

"Ambil sajalah baju tu. Kan aku dah cakap aku yang bayarkan." Tak akanlah nak menolak? Dekat pejabat tadi bukan main lagi ajak aku pergi butik ni. Lepas tengok harga terus hilang senyuman.

"Betul ni?"

Evan mengangguk.

"Asalkan baju tu saiz kau. Aku tak bertanggungjawab kalau baju tu tak muat nanti dekat kau," seloroh Evan.

"Saiz saya la ni." Elyvia membelek baju itu. Untuk memastikan saiz baju itu adalah bersaiz M.

"Kalau macam tu, kita cari kasut pula," ajak Evan dan membuka langkah ke bahagian kasut.


"LAMBATLAH aku nanti," dia masih lagi mencari dimana terletaknya telefon pintar miliknya. Dari tadi tak jumpa.

Clutch sudah disediakan di atas meja solek. Cuma, satu je yang tiada di dalam clutch itu. Telefon la jawabnya.

Kemudian, dia terasa ada sesuatu yang bergetar. Lagu yang dimainkan secara tidak sengaja itu sangat familiar.

"Ha, jumpa pun!" Lagu Sangkar Derita itu menyelamatkan masanya.

Butang hijau ditekan lalu telefon pintar itu didekatkan pada telinganya.

"Ya? Dah sampai ke?"

"..."

My Precious LoveWhere stories live. Discover now