𝐌𝐏𝐋 | 3

1.4K 74 8
                                    

ELYVIA menyimpan barang keperluannya di dalam tas tangannya. Maklumlah, hari ini adalah hari dia interview di syarikat Harvens Group.

Rasa gementar dan pada masa yang sama dia teruja.

"Amboi-amboi. Cantiknya anak orang seorang ni. Jodoh siapa la ni. Mesti untung kan siapa yang dapat dia kan," Ireena memecahkan hening. Dia bersandar pada dinding sambil menyilangkan tangannya pada dadanya.

"Puji aku cantik ni nak apa? Nak membodek aku ke apa?" Pagi-pagi dah kena puji. Mesti nak suruh belanja nasi lemak tepi jalan kan? Tak suruh belanja nasi lemak, belanja roti canai.

"Alah, dah memang kau cantik. Tak akan la kau nak aku cakap kau hodoh," bidas Ireena.

"Nak membodek la tu." Elyvia menyapu bedak pada mukanya.

Ha! Memang. Itu adalah ayat yang sering didengar apabila Ireena memuji Elyvia.

"Alang-alang aku dah puji kau ni, nanti kau belanja aku makan dekat Woodfire ya?"

Ha! Dah agak dah. Mesti minta belanja punya.

"Aku ni interview pun belum tahu lepas ke tidak. Apatah lagi dapat gaji," kini giliran Elyvia pula membidas.

Ireena hanya sengih. Buat muka tak bersalah.

"Harini siapa drive kereta? Kau ke aku?" soal Ireena kepada Elyvia.

Elyvia tidak dengar. Dia sibuk dengan menyapu lip matte berwarna nude pada bibirnya.

"Elyvia Nerissa," Ireena memanggilnya dengan nama penuh.

"Ya! Nak apa lagi?!"

"Ha dengar pun. Ingatkan kau ada maslah pendengaran."

"Mana ada! Aku tak dengar apa-apa pun tadi. Bukan kau diam aje ke tadi?" Bukan ke mereka sudah menamatkan perbualan mereka sebentar tadi? Ataupun Ireena ingin menukar topik lain untuk jadikan bahan borak? Ataupun disebabkan dia berada di dalam alam imaginasi dia jadi tidak fokus akan sekelilingnya.

"Siapa akan drive kereta nanti? Kau ke aku?" Terpaksalah seorang Yara Ireena ulang kembali soalannya.

"Kaulah."

"Alah! Asyik aku aje."

Elyvia menjeling Ireena.

"Kalau macam itu, dah kenapa pula kau tanya aku siapa yang akan drive kereta nanti?" mata Elyvia kembali menghadap cermin. Dia belum puas lagi dengan wajahnya.

"Saja nak tambah bahan borak." Ireena sengih.

"Engkau ni kan!"

"Dah! Jangan marah-marah. Nanti lekas tua."

"Macam mana aku tak marah kalau kau suruh aku pilih sesuatu tapi akhirnya kau sendiri tentukan pilihan." Siapa je tak marah? Nasiblah hanya pilihan. Kalau sekali dengan pendapat macam mana? Tak ke bazir air liur bercakap dengan si Ireena tu?

"Bawa bersabar, akak Elyvia. Aku tahu kau pengawas dekat sekolah menengah kita dulu. Tapi tolonglah jangan buka mode pengawas kau sekarang ni. Baik kau bersiap cepat sikit. Kalau lambat, bos aku marah, aku tak akan bertanggungjawab."

"Engkau ni la yang buat aku lambat." Macam manalah nak bersiap kalau mulut ni asyik bergerak je untuk jawab soalan Ireena?

"Asal aku pula?" Eh! buat-buat tak tahu pula dia ni.

"Dah kau ajak aku borak masa aku bersiap ni. Kau pun tahu kan kalau orang ajak aku borak masa aku tengah buat sesuatu memang aku tak akan fokus sebab mulut aku bergerak." Salahkan orang pula.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now