ELVIN memandang kedua anak beranak itu dengan pandangan yang tajam. Mengerikan! Kali ini, Sarah tak sangka pelan A sudah sampai ke telinga papa.
"Kau memang tak habis-habis nak buat kerja gila. Kau dah dapat Ian daripada Elyvia kan? Cukuplah tu. Tak payah nak hancurkan rumahtangga orang," marah Elvin. Balik saja daripada tempat kerja, dia sempat mendengar perbualan antara jiran dan isterinya.
Memalukan!
"Tapi pa, Sarah buat semua ni untuk kawan Sarah je." Alasan. Tetapi alasannya tidak kukuh.
"Semua ni untuk kawan kau? Sanggup kau buat semua tu sebab nak tengok akak kau tu kecewa? Tak fikir perasaan abang Evan kau tu?" bertubi-tubi soalan daripada Elvin. Satu soalan daripadanya pun Sarah tidak jawab.
"Memang kau berdua nak Elyvia tu menjauh daripada keluarga ni?" tanya Elvin lagi. Kini, Elvin rasa dia gagal menjadi seorang ketua keluarga. Dia gagal didik isteri dan anaknya.
Sarah menyiku lengan ibunya. Dia mahu ibunya bersuara. Dia tidak berani hendak memberi sebarang jawapan.
"Biarlah dia nak menjauh sekalipun. Dia bukan anak saya." Selamba jawapan yang diberikan.
"Habis tu? Awak ingat Sarah ni anak sayalah? Awak kena ingat. Sarah ni anak awak dengan Asrian. Kalau saya tak kutip awak, sampai ke tualah awak menjanda," bidas Elvin. Sudah lama dia pendam.
"Awak jangan nak ungkit masa lalu saya eh!" Sheena bangun dari duduk.
"Saya tak rasa kata-kata saya ada kesalahan. Benda betul. Tak akanlah awak nak menafikan?" soal Elvin, kali ini nadanya sedikit sinis.
"Lepas ni, papa tak nak dengar dah apa-apa kerja gila yang kau berdua pelan. Dan awak Sheena, jangan sampai saya tinggalkan awak." Amaran daripada Elvin. Seusai dia memberi amaran, dia bangun daripada duduk lalu dia memanjat anak tangga.
"Saya tak habis bercakap dengan awak." Sheena mencuba untuk menghalang Elvin. Elvin pekakkan telinga.
"Elvin!" Sheena memanggil suaminya tetapi sama juga. Elvin hanya memekakkan telinga.
Sheena menggeleng kepala. Sarah terdiam. Mungkin selepas ini dia tidak akan melakukan kerja gila lagi.
"GOL!" Leonathan melompat beberapa kali. Macam budak-budak.
Felix yang menyaksikan Leonathan itu hanya menggelengkan kepala. Dah biasa dah dengan perangai budak Leonathan tu.
"Aku dah dua kali gol. Kau nak kata aku noob lagi ke?" riak Leonathan kepada pihak lawan. Pihak lawan mereka ni agak berlagak. Jadi mesti kena riak.
Idris mengecilkan mata. Tak puas hati.
"Tak dapat masukkan bola dalam gol terus jadi cina bukit ke Idris oii." Leonathan mengusik pihak lawan.
"Berlagak." Itu sahaja yang keluar daripada mulut Idris. Ini kalau mereka dapat kalahkan Damianos Veilo, sebulan meraung dalam bilik masing-masing.
"Hek eleh, aku pula yang kena. Bukan kau ke yang berlagak dari awal?" balas Leonathan. Ada hati nak kata aku berlagak.
Rendy yang mengambil bola datang ke arah Leonathan.
"Kau janganlah cari fasal dengan si Idris tu. Dahlah pernah tackle Elyvia masa event company dinner. Tapi kena marah dengan bapak peti ais tu," bisik Rendy pada telinga Leonathan. Leonathan ledakkan tawa. Dia tahu siapa di sebalik gelaran 'Bapak Peti Ais' tu. Mengundang tawa Rendy.
"Apa yang kelakar sangat ni?" soal Felix. Mahu ketawa tetapi dia tidak tahu perkara yang mengundang tawa Leonathan dan Rendy.
"Balik nanti aku cerita," jawab Rendy.
"Balik nanti konon. Aku rasa sampai aku ada anak pun aku tak akan dengar cerita kau tu," bidas Felix. Bukan dia tak tahu tahap kelupaan Rendy tu macam mana. Otak dah tua rasanya.
Rendy garu kepala yang tidak gatal.
"Ya lah. Aku cerita sekarang. Bak sini telinga kau," Rendy dekatkan muka pada telinga Felix.
"Si Idris tu, pernah tackle Elyvia, isteri bapak peti ais tu masa event company dinner. Tak fasal-fasal kena marah dengan bapak peti ais. Orang tu bawa Elyvia untuk jadi fake girlfriend. Tapi Idris ni pergi mengurat pula." Kesian dekat si Felix punya fasal.
Felix senyum. Dia menahan tawa.
"Amboi bukan main eh? Sampai hati Rendy curang," Leonathan pegang dada. Menunjukkan rasa sakit hati. Merajuk.
"Kau ni dah tua pun nak merajuk dengan aku. Pergilah cari bini ke. Boleh merajuk setiap hari dengan bini kau tu," jawab Rendy. Dia sudah biasa dengan drama dramatik daripada Leonathan.
"Ha, kaulah carikan. Tak pun kau bagi je Ireena tu dekat aku." Aduh Leonathan ni.
Felix berdiri di antara Leonathan dan Rendy. Tak habis-habis nak gaduh. Sekejap berbaik, sekejap bergaduh lepas itu berbaik semula macam tak ada apa-apa. Itulah persahabatan mereka.
"Kau orang ni nak bergaduh ke nak main bola ni? Jangan sampai aku jadikan salah satu daripada kau bertiga ni jadi bola futsal," kata Farrel. Farrel Andrean la yang lebih matang daripada mereka.
Mereka kembali kepada Farrel. Tahu takut. Tak lama lagi berbaiklah tu.
"SEMINGGU sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci." Leonathan goyangkan pinggul.
"Ewah!" celah Rendy. Volume speaker dinaikkan.
"Seminggu sekali ku dimanja-manja dan disayang-sayang dirimu."
Makin rancak bilik tidur Leonathan gara-gara lagu dangdut itu. Rasanya, jiran sebelah dah buka mata.
"Duduk berdua di bangku bambu. Merenda cinta aku bahagia!" Leonathan mengibas-ngibas tuala yang berada di atas kepala.
"Duduk berdua di bangku bambu. Bercanda ria dunia terasa milik berdua," sambung Rendy pula.
"Indahnya cinta! Amboi!" Leonathan menyambung lirik seterusnya.
"Indahnya cinta." Rendy menggoyang pinggulnya. Terjangkit dengan Leonathan.
Felix yang sudah lena di dalam bilik perlahan-lahan membuka mata. Bantal di sebelah dibawa ke telinga. Dia menutup telinga. Bising yang teramat!
"Senggol-senggolan cubit-cubitan."
"Aku bernyanyi kau petik gitar. Senandungkan cinta," serentak kedua Leonathan dan Rendy menyanyikan lirik itu. Membuatkan suasana lebih bising.
"Bisinglah dua anak syurga ni," gumam Felix yang cuba untuk menutup mata.
Kan dah kata. Tadi bukan main lagi nak bergaduh bagai. Sekarang berbaik semula. Tak hairan dengan dua anak syurga tu.
Menyesal pula bermalam dekat rumah dua orang ni. Alasan dia bermalam di sini kerana dia malas hendak memandu selama empat puluh minit. Tapi apa boleh buat? Hadap sajalah.
Kemudian, bunyi mercun kedengaran di luar. Membuatkan Leonathan dan Rendy melompat.
"Dah Deepavali!" kata Leonathan.
"Mula dah," gumam Felix di dalam bilik. Memang terjagalah aku kalau macam ini.
"Haahlah! Dah pukul dua belas tepat." Patutlah bunyi mercun mulai kedengaran.
"Patutnya kita pasang lagu Bollywood. Bukan dangdut," kata Rendy yang seakan memberikan idea.
Felix yang mendengar ayat itu terus mengeluh. Ada yang tidur luar ni nanti.
"Amboi. Nak ber-Bollywood bagai. Hormat sikit aku yang tidur ni. Si Felix tu, aku dengar banyak kali mengeluh sebab terjaga," marah Farrel yang keluar daripada bilik tidur. Dia juga turut menumpang di rumah Leonathan.
"Maaf," jawab Leonathan tanpa rasa bersalah di hati.
"Maaf naik lori," jawab Farrel yang kembali meloloskan diri masuk ke dalam bilik.
"Jom sambung!" kata Rendy. Memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Farrel dan Felix yang berada di dalam bilik hanya mampu menahan marah saja. Mereka hanya menumpang di rumah ini.
"Apa-apa la Leonathan, Rendy. Asalkan kau berdua bahagia," gumam Farrel seorang diri di dalam bilik.
YOU ARE READING
My Precious Love
Roman d'amour[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...