𝐌𝐏𝐋 | 15

978 51 5
                                    

EVAN mengambil botol minyak wangi kegemarannya. Wangian berjenama Tom Ford Oud Wood itu menjadi wangi pilihan untuk hari ini. Baunya yang klasik dan tahan sehingga sembilan jam atau lebih.

"Uiyo, macam mafia ya anak CEO ni," usik Leonathan yang entah datang dari mana. Evan menjeling Leonathan.

"Diamlah," sahutnya begitu sahaja.

"Kau mimpi apa malam tadi?" soal Leonathan. Yang pelik-pelik ajelah dia ni.

"Aku tak mimpi apa-apa pun. Kau dah kenapa?" Evan membalas soalan Leonathan itu.

"Iyalah. Kau jarang sangat pakai hitam ni. Hari ni tiba-tiba nak pakai warna hitam. Itu yang aku hairan tu." Leonathan berterus terang. Ini mesti ada udang disebalik batu.

"Tak ada apa-apa yang menarik pun. Aku sengaja pakai," jawabnya pula.

Leonathan hanya sekadar mengangguk. Okeylah kalau begitu. Nampak lebih macho! Sudah pasti ramai pekerja perempuan akan cair dengan Evan di sana nanti.

"Evan," panggil Leonathan. Dia terfikir hendak main satu permainan ringkas dengan Evan.

"Ya."

"Siapa gerak dia bayar makanan nanti."

Badan mereka automatik membeku. Nasiblah tidak mengangkat berat ataupun membuat aksi yang senang untuk membuat badan bergerak.

Tiba-tiba Evan mengalah.

"Yey! Evan bayar."

"Aku gerak ke tak gerak ke aku juga yang bayar nanti, dah jom gerak." Dia mengambil kunci kereta miliknya lalu keluar daripada biliknya.





MELUAS mata Elyvia melihat pakaian Evan. Ireena turut mengintai Evan di belakang Elyvia.

Mereka berdua saling memandang satu sama lain.

"Biar betul..." kata Ireena dengan nada yang tidak percaya.

"Doa kau yang semalam tu termakbul ke?" soal Ireena.

Macamlah aku tahu doa aku termakbul atau tidak. Elyvia bermonolog sendirian.

Kedua Elyvia dan Ireena fokus memerhatikan pergerakan Evan. Datangnya pula seorang pekerja perempuan mendekati Evan.

"Eh bos, jarang-jarang pakai hitam," ujar pekerja perempuan itu.

Evan tersenyum sebelum dia membalas kata-kata wanita itu.

"Saya pakai ni pun sebab saya nak tunjukkan rasa sayang dekat si dia," balas Evan pula.

Ternganga luas kedua Elyvia dan Ireena. Tunjukkan rasa sayang dekat si dia? Maksudnya?

"Ada kekasih hati rupanya," usik pekerja perempuan itu sebelum dia menjauhi Evan. Mata pekerja perempuan itu kini terpanah pada mata Elyvia. Pekerja perempuan itu tersenyum.

"Aku rasa la kan, mesti bos tu ada simpan perasaan dekat kau. Kau tu je yang lalai," ujar Ireena secara selamba.

"Mana ada bos macam bos Evan tu nak dekat aku ni?" Dia tidak mampu memiliki hati Evan. Pasti ada wanita yang lebih baik daripada dirinya mampu memiliki hati Evan.

"Elyvia! Elyvia!" Pekerja perempuan itu tadi berlari-lari menghampiri Elyvia.

Automatik hati Elyvia berkompang. Apa dah jadi sekarang ini?

"Ya, Pearly? Ada apa?" soal Elyvia kepada pekerja perempuan yang bernama Pearly itu.

"Ania datang. Dia kata dia nak serang Ely. Saya pun tak tahu kenapa," kata Pearly. Dia risau akan Elyvia. Setakat lawan mulut saja tidak mengapalah. Tapi kalau sampai tangan dan kaki naik? Tak ke naiya?

My Precious LoveWhere stories live. Discover now