𝐌𝐏𝐋 | 13

1K 57 0
                                    

HENING. Itulah situasi yang mengambarkan suasana dalam kereta milik Elyvia. Hanya dia seorang sahaja di dalam kereta itu dan lagu Melayu 90-an menjadi hiburan.

Andai ada Ireena disisinya, pasti mereka berdua tengah borak, bergurau-senda dan berhibur dengan lagu dangdut.

Tangan Elyvia mencapai cermin mata hitam apabila melihat matahari tanpa segan silu menyilaukan mata miliknya.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi siren yang kuat. Dia melihat kedatangan bunyi itu melalui rear view mirror yang dipasang secara kemas di keretanya.

Ada ambulan yang datang meluncur laju menuju lebuh raya.

Matanya kembali fokus menghadap jalan raya.

Tetapi mengapa dia berasa tidak sedap hati secara tiba-tiba? Firasatnya juga mengatakan ada perkara buruk yang berlaku. Apa yang sedang berlaku?

Dia memandu keretanya dengan perlahan-lahan. Mengekori langkah ambulan itu dari belakang.

Lokasi ini nampak familiar...

Fikirannya automatik dipenuhi dengan nama Ireena, rakan baiknya.

"Tak mungkin." Dia menyedapkan hatinya.

Walhal, firasatnya seakan-akan benar. Tidak mampu dia menyedapkan hatinya begitu sahaja sedangkan dia tidak tahu keadaan rakan baiknya.

Dia berhenti di tepi jalan. Tangan mencapai telefon pintar. Nombor telefon Ireena didail lalu telefon itu didekatkan pada telinganya.

Tidak dijawab. Hanya voicemail yang dapat didengari.

Lokasi Ireena yang ditunjukkan adalah di kawasan itu. Elyvia mulai cuak dengan menghadapi situasi ini.

Ramai orang sedang melihat sesuatu dengan wajah yang risau dan takut. Ada juga yang tidak berhenti menelefon seseorang.

Kemudian, dia ternampak bayang kereta berwarna biru. Firasatnya kuat mengatakan bahawa kereta itu milik Ireena. Dia keluar daripada perut kereta lalu berlari mendekati orang yang di sana.

"Tumpang lalu," katanya lalu menyelit pada ruang yang kecil.

Dia terkaku seketika. Matanya membulat melihat manusia yang terlentar di atas jalan tar itu. Kepala manusia itu ditutupi dengan darah yang mengalir secara berterusan.

"Ireen!" Jeritnya lalu mencangkung untuk melihat keadaan rakan baiknya itu...


TELINGANYA dapat menangkap satu bunyi yang amat kuat. Ini pasti bunyi berdekatan dengannya.

Angkara bunyi itu, dia sedar daripada terus hanyut di dunia mimpi.

"Ha, tidur aje kerja. Patut aku panggil dari tadi kau tak dengar," tegur Evan yang berdiri di sebelahnya. Ingatkan siapalah tadi. Rupanya bos sendiri.

"Suka hati sayalah nak tidur ke apa ke. Nak ketuk-ketuk meja orang buat apa? Ketuklah hati pujaan hati ke apa ke." Tangan Elyvia dibawa untuk menggosok matanya.

"Jangan gosok mata. Nanti rosak mata tu," tegur Evan lagi. Tadi tegur supaya sedar dari tidur. Sekarang tegur supaya Elyvia berhenti menggosok mata.

Secara spontan tangan Elyvia berhenti.

"Dan sejak bila pula kita sebagai manusia ni boleh ketuk hati manusia lain?"

Elyvia mengeluh kecil. Siapalah suruh buka mulut selepas baru bangun tidur? Kan dah ditanya sebegitu.

"Ketuk dengan hati la," selamba saja jawapan Elyvia.

"Kalau macam tu, aku ketuk hati kau ajelah. Boleh?"

My Precious LoveWhere stories live. Discover now