𝐌𝐏𝐋 | 17

942 56 3
                                    

"MALAM ni kau tidur bilik lain la," arah Evan.

Masa majlis berlangsung tadi bukan main lagi bermanis mulut. Biasalah kaum lelaki kan? Nak hairan apa? Mulut aje manis. Sedihlah hidup begini.

"Katil kau tu besar apa? Muat untuk dua orang," jawab Elyvia pula. Keluar dah panggilan aku dan kau.

Evan menayangkan wajah tidak berperasaan.

"Kau jangan ingat kalau kita tidur bersama, kau boleh goda aku. Ingat aku ni betul-betul ada perasaan dekat kau ke?" soal Evan.

Elyvia terpinga-pinga. Bila masa pula dia pernah cakap yang dia ada perasaan dekat Evan? Ada perasaan dekat bos sendiri? Dalam mimpi sajalah.

Muka tak adalah romantik mana. Ada hati nak cakap aku ada perasaan dekat dia? Perasan punya orang.

"Bila pula aku cakap yang aku ada perasaan kau?" Selamba saja kata-kata Elyvia.

Belum sempat Evan ingin membalas, Elyvia lebih pantas menyambung kata-katanya.

"Kalau iya pun aku nak goda kau, dah lama aku sentuh kau. Pakai baju tak cukup kain. Ini aku sentuh kau pun tidak. Tak akan la nak kata aku ada perasaan dekat kau," sambungnya pula.

Evan melepaskan tawa.

"Cubalah pakai. Kalau aku tergoda kau menang," cabarnya dengan yakin. Sudah tentulah dia tidak akan tergoda.

"Eleh, kalau aku betul-betul pakai macam mana? Mesti kau suruh aku tidur sini kan?" Tangan Elyvia dibawa pada dada lalu disilangkan. Sengaja mahu meniru gaya Evan.

"Dah dah. Kau pergi tidur dekat bilik depan tu. Rasa tak selesa boleh tidur dekat stor." Selamba sahaja nada Evan menuturkan ayat itu. Dia tidak mahu menjawab soalan daripada mulut Elyvia itu.

"Suka hati kau je nak suruh orang tidur dalam bilik stor. Tak rasa kesian ke dekat aku ni?" balas Elyvia dengan nada yang sedikit sedih.

"Tak kesian langsung pun. Aku dah suruh kau tidur bilik sebelah kau tak nak. Aku cadangkan dekat stor ajelah." 

"Tak apalah. Kalau aku heret kau sekali tidur dalam bilik stor tu, jangan marah aku pula. Biar sama-sama rasa tak selesa. Kan sweet macam tu?" Elyvia hadiahkan senyuman senget.

Baginya, tak mungkin la badan kecil molek Elyvia Nerissa itu boleh heret dia pergi bilik stor tu. Manalah tahu dia juga yang kena dukung Elyvia yang sudah sakit pinggang kerana sudah heret badan tegap dia itu.

"Heret aku konon. Silap nanti aku yang heret kau. Jangan kata dunia terbalik pula nanti." Kali ini, dia tidak akan membiarkan kaum wanita menang.

Ish!

"Dahlah. Baik aku tidur dekat bilik sebelah. Aku pun tak ingin la nak tidur sekatil dengan kau. Bau katil kau mesti bau masam kan?" Elyvia kini berpura-pura menutup hidungnya.

"Tahu tak apa. Dah pergi sana. Tidur sampai esok pagi." Evan senyum kemenangan.



"LAIN macam kau ni, Ely. Kata tak nak tidur sekatil dengan dia pagi tadi. Ni kenapa sedih semacam bila dia halau kau daripada bilik dia?" soal Ireena yang berada di dalam talian.

"Bukan aku nak sangat tidur dengan dia tu. Aku kenal dia sangat pun tak," jelas Elyvia.

"Dia kan bos kau. Dan hari ini, dia dah sah menjadi suami kau. Tak akan la sebagai pembantu peribadi dia pun kau tak kenal dia sangat."

Elyvia kini terdiam. Dia mencuba untuk memilih ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata Ireena itu.

"Memang la. Tapi tak akan la semua benda aku nak tanya."

My Precious LoveWhere stories live. Discover now