𝐌𝐏𝐋 | 16

891 55 1
                                    

TANPA ribut, tanpa petir, tibanya muncul pelangi.

Ya. Itulah merupakan situasi Elyvia sekarang ini. Tiada persetujuan daripada mulutnya dan juga perbincangan tentang hal ini, disinilah dia. Berdiri di sebelah kanan Evan Harrison. Yang telah menjadi suaminya pada pagi ini.

"Memang tak ada orang lain ke selain aku?" desis hati Elyvia. Kenapa mesti memilih dia? Berlambak wanita cantik dan jauh lebih baik daripada dirinya.

Sesi fotografi berlangsung. Wajah mereka dihiasi dengan senyuman bahagia. Tetapi tidak dengan wajah Ian Alaska. Dia cemburu. Meskipun Elyvia telah menjadi sebuah memori di hatinya.

Evan Harrison merangkul pinggang ramping Elyvia dan memandang ke arah kamera. Dirapatkan bibirnya pada telinga Elyvia.

"Elyvia Nerissa, welcome to your husband's heart," bisiknya perlahan pada telinga isterinya.

Dia hanya mahu melihat Elyvia senyum sepanjang majlis hari bahagia mereka berlangsung.

Memperdengarkan itu, isterinya tersenyum manis.

"Amboi kau ni, aku tahulah kau dah kahwin. Boleh tidur sekatil malam ni tapi janganlah tunjuk sangat." Riak wajah Rendy jelas cemburu. Tangan disilangkan dan dibawa ke dada.

Tawa Evan meletus. "Bukan selalu."

Sesudah selesai sesi fotografi, Evan melepaskan pinggang Elyvia. Dia memberi signal kepada Elyvia untuk meluangkan masa dengan kawannya. Pasti ada cerita yang ingin dikongsi dan ingin mengucapkan tahniah.

"Elyvia aku dah tak single." Sempat Ireena bergurau. Ireena memeluk Elyvia. Air matanya mengalir ke pipi. Rasa gembira sangat melihat sahabat sejatinya sudah selamat bergelar isteri kepada Evan Harrison.

"Kau ni janganlah nangis. Nanti aku terikut juga." Elyvia ketawa kecil melihat sahabatnya. Dia cuba menahan air mata di hadapan semua orang.

Dia menepuk belakang Ireena. Ingin menenangkan Ireena yang sudah menjatuhkan air mata.

"Kau jangan lupakan aku dan friendship yang kita dah bina sejak sekolah rendah ni tahu? Apa-apa masalah kau, masalah aku juga. Kalau kau ada masalah kau dah ada Evan untuk luah masalah kau tu. Kalau rasa tak selesa nak luah dekat suami kau, boleh luah dekat aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Walaupun kau dah bergelar isteri orang. Aku sentiasa sayang kau. Jangan lupakan aku tahu?"

Elyvia mengesat air matanya yang sudah mengalir setelah mendengar ayat Ireena itu. Dia terharu kerana dapat berkenalan dengan Ireena. Dari darjah dua sampai sekarang pun Yara Ireena tidak pernah cari pengganti.

"Aku pun sayang kau Ireena. Terima kasih sebab selalu ada dengan aku sampai sekarang. Kau dah tepati janji kau nak jadi bridesmaid aku."

Yara Ireena, sahabat yang paling dia hargai seumur hidupnya. Dimana ada Elyvia Nerissa, disitu juga adanya Yara Ireena.



ELVIN dan Sheena turut hadir menjadi tetamu walaupun mereka tidak ingin hadir. Angkara sahabat suaminya, Erian Harrison, mereka berdua hadir.

Mereka berdua berjalan ke arah pasangan pengantin baru itu.

"Kau ni kalau tak dicarikan jodoh, memang tak kahwin la kau." Itu merupakan ayat pertama yang keluar daripada mulut Sheena setelah Elyvia sah menjadi isteri kepada Evan.

Elyvia mendiamkan diri. Tidak mahu mengakibatkan pergaduhan di tengah-tengah majlis paling penting di hidupnya. Walaupun ia dengan paksaan keluarga bukan dengan kerelaan hatinya.

"Sheena, apa cakap macam itu dekat anak kita? Tak cukup ke apa yang kamu lakukan selama ini dekat dia?" soal Elvin senada.

"Bila masa saya anggap dia ni anak saya? Dia ni anak awak je. Anak saya Sarah seorang je." Wajah selamba tanpa rasa bersalah ditayang.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now