"KALAU mama nak tahu la kan, si Elyvia tu diam-diam dah ada kekasih," tutur Sarah yang baru sahaja menelan cucur pisang yang dihidangkan di atas meja kopi.
Mata Sheena meluas. Dia tidak sangka wanita itu sudah mempunyai pasangan sekarang ini.
"Patutlah dia dah tak cari kita. Dia dah bahagia tu," kata Sheena yang seakan-akan sakit hati dengan Elyvia kerana diam-diam dia menjalinkan hubungan dengan seseorang.
Sarah hanya diamkan diri. Manakala Elvin yang baru meletakkan barangnya di dalam bilik tidur itu bertanya sesuatu sebelum melabuhkan punggung di atas sofa.
"Siapa pula yang tengah bercinta ni?"
"Tak ada siapa pun, pa." Sarah tidak mahu jujur.
"Tapi tadi papa dengar dekat atas tadi Sarah cakap ada yang bercinta. Jangan tipu papa. Papa tak pekak lagi ni." Elvin mahu tahu juga siapa yang tengah dilamun cinta.
"Elyvia." Itu sahaja yang keluar dari mulut Sarah. Mendengar nama itu pun sudah cukup buat Elvin terkejut. Dia tidak percaya.
Setahu dia, anak perempuannya yang satu itu sudah tawar hati untuk menerima mana-mana lelaki yang ingin menambat hatinya. Kenapa boleh tiba-tiba hati anaknya buka kembali seperti dahulu?
Sarah mengangguk apabila ayahnya memandangnya dengan menayangkan wajah yang begitu tidak sangka akan cerita yang disampaikan oleh Sarah tadi.
"Sarah dapat tahu cerita ni dari mana?" soal ibunya yang ingin tahu lebih lanjut.
"Sarah ternampak dia dengan lelaki tu dekat sebuah hotel ni. Masa tu, Sarah cuma temankan Ian pergi Rays Hotel sebab ada anjuran company dinner." Sarah tidak mahu sembunyikan lagi tentang hal ini. Walaupun Elyvia tiada di rumah ini, dia tetap mencari kesalahan wanita itu.
"Dekat Rays Hotel?!" Kedua-dua suami isteri itu terkejut.
Sarah hanya mengangguk kepala. Dia berasa puas hati apabila melihat kedua reaksi mereka.
"Sarah kenal tak lelaki itu siapa?" soal ayahnya.
"Dia orang kata nama lelaki tu Evan. Tak silap Sarah nama penuh lelaki tu Evan Harrison," jawab Sarah.
Nampaknya makin lama makin panas keadaan.
"Papa kenal ke?" sengaja Sarah bertanya.
"Kenal sangat."
"Papa nak buat apa sekarang?"
"Nak hancurkan hubungan dia dengan Evan. Dia tidak boleh bersama dengan lelaki selain lelaki yang papa dengan mama pilihkan untuk dia." Elvin menayangkan wajah tegang. Dia langsung tidak terima akan hubungan pasangan itu.
Sheena dan Sarah kini bertentang mata. Senyum senget dikoyakkan pada bibirnya. Nampaknya kali ini dia berjaya memusnahkan hubungan Elyvia bersama dengan lelaki lagi sekali.
Sejujurnya... dia memang sakit mata apabila melihat Elyvia berbahagia.
TIADA senyuman yang diukir di bibirnya. Muka tegang ditayangkan dan itu cukup saja mengerunkan para manusia di dalam bangunan itu.
Evan yang membelek dokumen itu memandang Elvin dengan hairan. Dah kenapa pula dia datang ke sini?
"Uncle!" Laung Evan dari jauh sambil melambai Elvin. Elvin angkat kepala. Sapaan dari Evan itu dibiarkan begitu sahaja.
Tangan Evan diturunkan apabila melihat wajah tegang lelaki tua itu. Evan mendekati Elvin.
"Uncle cari dad ke?" soal Evan yang mahu tahu.
YOU ARE READING
My Precious Love
Romance[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...