𝐌𝐏𝐋 | 22

754 44 3
                                    

RENDY berlari-lari anak ke arah Ireena. Dia rela meredah hujan yang turun dengan lebat.

"Sorry, Reen sayang. Tadi jalan jem, jalan pun licin sebab basah." Rendy kini sudah basah kuyup. Rasa bersalah membiarkan Ireena menunggu ketibaannya selama tiga puluh minit.

Tangan Ireena yang tersedia dengan sapu tangan itu naik pada muka Rendy. Dia mengelap air yang mengalir.

"Tak apa." Dia faham mengapa lelaki itu lambat.

Rendy lorekkan senyuman tatkala Ireena mengelap air yang mengalir dari kepala akibat meredah hujan tadi.

"Oh, ya. Saya ada belikan ni." Rendy mengeluarkan empat biji egg tart dan dia hulurkan pada Ireena.

"Untuk saya?" Ireena ragu-ragu ingin mengambil egg tart itu.

Rendy mengangguk. Memang niatnya belikan untuk sang kekasih. Untuk pujuk hati sang kekasih la katakan.

"Untuk awaklah. Tak akan untuk Leo pula." Haih! Orang dah hulur tu ambil sajalah.

"Manalah saya tahu. Kutlah awak suruh saya pegangkan untuk dia," jawabnya secara selamba.

"Buat apa saya suruh awak pegangkan untuk Leo? Dia ada tangan sendiri. Dua tangan pula tu. Belah kiri dan kanan pun ada." Rendy menahan geram.

Ireena tergelak kecil. Mula dah dia membebel!

Baru sahaja Ireena memasuki tangannya ke dalam beg plastik berisikan egg tart itu, Rendy menghalangnya.

"Makan dekat kereta. Jangan makan dekat sini."

"Ala..." rengek Ireena. Manja!

"Makan duduk. Tak baik makan berdiri."

Ireena akur walaupun dia sedang lapar. Sudah beberapa jam dia menahan lapar.





TIBA saja di hotel, Evan terus meletakkan semua barang yang dibawa di atas permukaan lantai. Lalu dia melabuhkan duduk di atas sofa. Kepalanya rasa berat sementelah berjam-jam menaiki pesawat.

Dia memandang isterinya. Sudah lama isterinya itu memerhatikan dia.

"Awak okey?" tanya isterinya.

"Okey."

Padahal hanya Tuhan saja yang tahu betapa susahnya dia mengangkat bagasi mereka ke bilik dengan kepala yang berat.

"Janganlah tipu saya. Awak nampak macam tak okey aje."

Tangan Elyvia terus membuka zip bagasi. Dia mencari beg yang berisi dengan segala jenis ubat. Dia mengambil Panadol.

Elyvia mencapai sebotol air mineral yang berada di atas meja.

"Nah." Dia menghulurkan sebiji Panadol dan air mineral itu kepada Evan.

Evan mengambil daripada Elyvia.

"Kalau sakit kepala tu cakaplah. Tak payah nak berpura-pura kuat," ujar Elyvia yang mencuba untuk menghalau kesunyian.

"Macam mana awak tahu?"

"Dah awak dari tadi asyik picit kepala."

Evan tersenyum. Alahai, jarang sekali dia jumpa orang yang peka sebegini.

"Ha sukalah tu," usik Elyvia.

Makin melebar senyuman Evan.

"Eh! Mestilah. Siapa je tak suka dimanjakan dengan isteri?" usik Evan.

"Amboi. Kalau macam ni, tak payahlah saya manjakan awak. Manja sangat hilang aura bos Evan nanti."

Senyuman yang terukir di bibir Evan pudar sekelip mata.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now