𝐌𝐏𝐋 | 14

1.1K 55 3
                                    

SUDAH genap tiga minggu. Akhirnya Ian Alaska pulang kembali ke pangkuan isterinya. Tetapi kali ini dia bukan dalam keadaan seperti orang normal.

Dengan kepala yang berat, mata yang hampir membuta itulah keadaannya pulang ke rumah. Dia bersandar lemah pada daun pintu.

Bunyi ketukan pada daun pintu itu cukup nyaring.

Daun pintu itu dibuka perlahan oleh isteri tercinta. Tanpa bertanya khabar, isterinya terus bertanya.

"Kenapa you macam orang tak betul ni?!" nada isterinya sedikit marah.

Rambut sudahlah tidak seperti disikat. Baju pula seperti tidak diseterika.

"Jangan banyak tanyalah. Bagi aku masuk." Tangan kanan Ian menolak bahu isterinya dengan kasar. Dia sudah begitu lemah. Dia mahu terlantar di atas permukaan katil.

"You ni, nama aje manager. Tapi penampilan you sendiri bukan macam manager," perli Sarah di hadapan suaminya.

Ian hempaskan dirinya di atas permukaan sofa.

"Kau diam. Patutnya kau kena bersyukur tahu tak sebab aku balik ni?" Ian memicit kepalanya yang sedang berdenyut hebat.

Berkerut dahi Sarah apabila memperdengarkan ayat suaminya itu. Apa maksud disebalik ayat suaminya itu?

"Maksudnya?" Semakin ingin tahu, semakin berani dia ingin bertanya.

"Bersyukur la aku balik sini walaupun dalam keadaan macam ini. Tak akanlah kau nak aku tinggal dekat rumah Ania secara berterusan?" jelas Ian kepada Sarah.

Sarah ternganga luas. Adakah selama ini suaminya ada hubungan sulit dengan Ania tanpa pengetahuannya?

Sarah mendekati suaminya.

"Selama tiga minggu ni you tinggal bersama dengan Ania ke?!" Dia memukul Ian dengan bantal.

"Wowowo, relax." Ian mengelakkan diri.

"Kenapa pula kau marah sangat ni?" jelas sekali nada marahnya didengar.

"Siapa aje tak marah ha? Perempuan mana yang bernama Ania tu?" Sarah semakin naik darah.

"Semua kau nak tahu. Apa je yang kau tak nak tahu ni? Aku ni semak tahu tak tinggal dengan kau ni?! Bagilah aku tidur kejap." Ian memicit kepalanya lagi.

"Dahlah tiga minggu tak jenguk I. You boleh pula balik dalam keadaan mabuk macam ni? Patutnya you setia dengan I seorang je tau?"

Ian bangkit daripada sofa. Kini, lelaki itu amat digeruni oleh isterinya.

"Kau jangan lupa mana kau kutip aku pada mulanya. Kau kenal aku daripada akak kau. Itu pun kau sanggup rampas. Kau ingat masa tu aku ni nak sangat dekat kau ke?" Ian menunding jari pada isterinya.

"I tak pernah anggap Elyvia tu sebagai kakak I lah!"

"Sebelum aku tinggalkan kau sepertimana aku tinggalkan Ely dulu baik kau diam," ugut Ian.

Ternganga luas Sarah dibuatnya. Ini pertama kali dalam hidup Ian berkasar dengannya.

Ian beredar dari ruang tamu itu. Meninggalkan dirinya seorang diri berdiri sambil bersandar pada dinding.

Sarah pula bersandar lemah pada dinding. Adakah ini selama ini Ian bersandiwara?

TANGANNYA mencapai satu beg kertas. Sudah lama dia tertanya-tanya. Siapakah pemberinya dan apakah isi dalamannya? Dua soalan itu sering bermain di fikiran.

Isinya tidaklah keras. Tetapi ianya selembut kapas. Belum sempat dia menarik hadiah daripada beg kertas itu, matanya terpanah pada satu kad.

Dia mencapai kad itu.

Ikhlas Daripada: Evan.

Maknanya hadiah ini daripada Evan? Makin tertanya-tanya pula. Apakah tujuan Evan memberi hadiah ini?

Jangan ambil hati dengan apa yang aku cakap sebelum-sebelum ini. Fasal kopi aje, apalah sangat kan? Aku minta maaf sebab dah buat kau rasa kecil hati dengan aku. Terimalah hadiah ni daripada aku. Harga hadiah ni tak adalah sampai beribu. Tapi aku ikhlas. Sebab aku sayang kau.

Meluas mata Elyvia ketika membaca ayat terakhir kad itu.

"Sebab aku sayang kau...?" Elyvia mengulangi ayat itu semula.

Kemudian Elyvia geleng kepala. Mencuba untuk menepis perasaan itu. Alah!

"Tak mungkin. Ni mesti typo," katanya lalu melarikan kad itu daripada tangannya.

"Ini macam..." Dia agak curiga dengan hadiah itu. Kenapa ia berwarna biru? Adakah ini seperti yang difikirkan?

Patung Doraemon. Itulah hadiah yang tersorok di dalam beg kertas itu.

"Wah! Comelnya!" katanya dengan teruja.

"Apa yang wah comelnya ni?" Ireena menguap ketika masuk ke dalam bilik tidur Elyvia. Belum tidur lagi rupanya perempuan ini.

"Eh kau tak tidur lagi? Sekarang dah pukul berapa dah." Ireena menggosok matanya.

Elyvia menghulurkan patung Doraemon itu di hadapan mata Ireena. Kemudian dia menggeleng. Patutlah teruja semacam. Sebab ini rupanya.

"Lah, patutlah tak tidur-tidur. Ada Doraemon rupanya." Ireena masih dalam keadaan yang sama. Mengantuk dan dia perlukan katil.

Elyvia menjeling ke arah Ireena. Tak suka diam-diam sajalah.

"Siapa yang bagi ni?" Mata Ireena terpanah pada kad yang berada di atas bantal tidur.

"Tengoklah siapa yang bagi," ujar Elyvia.

"Evan?!" Nyaring suara Ireena. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

Automatik tangan Elyvia menutup mulut wanita itu. Bak kata ayahnya, dasar mulut full volume.

"Dia cakap dia sayang kau. Biar betul?" soal Ireena dengan nada yang terkejut.

"Manalah aku tahu. Aku pun tak tahu apa tujuan dia bagi benda ni dekat aku. Katanya nak minta maaf. Dia salah bagi ke ni?" Elyvia mengeluh. Silap-silap barang ni kena kembalikan dekat pemilik hadiah yang sebenar.

"Dia nak minta maaf sebab dia marah kau hanya sebab kopi dia dicampur dengan gula. Tapi pelakunya memang betul bukan kau. Jadi dia cari aku juga masa tu untuk beritahu barang apa yang kau suka untuk dijadikan sebagai hadiah," panjang lebar jelasan Ireena. Ini kalau ditanya dengan soalan yang sama sekali lagi tak tahulah nak jawab macam mana.

"I see..." jawab Elyvia dalam nada perlahan.

"Aku masih pelik juga ni. Boleh pula dia tulis yang dia sayang kau dekat kad ni," kata Ireena. Masih tertanya-tanya.

Adakah pernyataan ini betul atau salah? Mereka berdua saling berpandangan. Masih bingung.

"Tak apa. Macam ini, kalau dia sayang aku, esok dia pakai sut hitam." Bibir Elyvia mengukir satu senyuman senget.

Ireena geleng kepala mendengarkan itu. Mustahil jika majikannya itu hendak memakai sut hitam.

"Kau yakin ke dia akan pakai sut hitam? Bos aku tu orangnya anti warna hitam," jawab Ireena.

"Lagilah bagus sebab aku tak nak bos pasang harapan setinggi gunung Everest untuk nak merasa kasih sayang daripada aku." Dia sudah tidak mahu hendak menolak cinta orang. Sudah serik mahu menerima cinta dan sudah serik juga merasa bersalah akibat menolak cinta.

"Apa-apalah, asalkan kau bahagia. Aku nak tidur ni." Dengan mata yang hampir tertutup, dia beredar dari bilik tidur itu.

Elyvia terus menyambung kerjanya yang hampir tertangguh. Ada-ada sajalah yang berlaku pada malam ini.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now