𝐌𝐏𝐋 | 10

1.1K 61 2
                                    

"DADDY." Sapa Evan yang baru sahaja tiba di Rays Hotel.

"Sampai pun anak teruna aku ni." Erian tersenyum lebar. Mata Erian beralih kepada perempuan yang berdiri di sebelah Evan.

"Siapa perempuan yang berdiri sebelah Evan tu? Bakal menantu daddy dengan mummy ke?" usik Erian.

Evan sengih terlebih dahulu. Dia sudah agak dan dia memang sudah bersedia untuk dipersoalkan sebegini.

"Yes, she is."

"Apa yang mummy dengar ni betul ke?" Dari mana pula datangnya Puan Evie ni. Dia memandang Elyvia.

Ketiga-tiga manusia itu beralih pandangan ke arah Evie.

"Evan kata iya. Kita restu kan ajelah," jawab Erian kepada soalan isterinya.

Evie tersenyum manis. Mata Evie kini menghadap wajah cantik milik Elyvia.

"Wah, cantiknya bakal menantu mummy seorang ni." Evie memegang kedua-dua belah bahu Elyvia.

Elyvia yang mengenakan dress biru gelap yang sedondon dengan kemeja biru gelap Evan itu menarik perhatian semua orang. Lelaki yang sudah kahwin pun tidak dapat menafikan betapa cantiknya Elyvia Nerissa ni.

"Biasalah mummy. Tengoklah bakal isteri siapa." Evan buat muka berlagak.

Evie tergelak kecil. Sudah pandai ya dia bermulut manis sekarang?

Nampaknya, anak lelaki tunggal mereka sudah pandai nak jaga hati perempuan sekarang walaupun tidak pernah beromantik dengan perempuan sebelum-sebelum ni.

"Saya biasa aje my. Mummy lagi cantik," Elyvia nafikannya.

"Eh kamu ni, malu-malu pula,"

"Nama apa?" soal Evie kepada Elyvia.

"Elyvia Nerissa. Boleh panggil Ely."

"Cantik betul namanya. Sesuai untuk orangnya," puji Evie lagi sekali.

Mereka berborak dan mengenali satu sama lain di situ.

Tiba-tiba Elyvia rasa sedikit tidak selesa. Entah mengapa. Kemungkinan terlampau sesak.

"Em.. Evan, mummy saya nak pergi ke toilet jap." Elyvia meminta diri. Mereka angguk. Evan melepaskan pinggang Elyvia yang hendak pergi ke toilet itu.

KERETA yang terhenti secara tiba-tiba di tengah jalan itu sudah membuatkan hati Ania berasa panas. Masa ini jugalah dia mahu berhenti. Tengah jalan pula tu. Susahnya lahai.

Vie mencuba sedaya-upaya untuk menghidupkan kembali enjin yang sudah mati sebentar tadi. Dia bukan sengaja tetapi dia pun tidak tahu kereta Ania ada masalah.

"Kau ni, cepatlah sikit," gesa Ania supaya Vie mencari jalan untuk menghidupkan semula enjin keretanya.

Vie garu kepala. Kereta dah la rosak. Lepas itu, buat orang rasa tergesa-gesa disebabkannya.

"Aku rasa kereta kau ni ada masalahlah. Tiba-tiba aje enjin mati. Aku rasa habis bateri kut..." duga Vie. Kalau bukan sebab bateri, mungkin sebab alternator rosak.

"Kau ni tak membantu langsunglah. Dasar kawan tak guna."

"Dasar tak hargai kawan. Aku ni ada kerja tau tak? Disebabkan aku kasihan dekat diri kau, aku sanggup biarkan kerja tu terngantung," bidas Vie.

"Kita nak balik macam mana ni? Tak akanlah nak tidur dalam kereta ni?" soal Ania pula.

"Grab ada. Teksi ada. Bas ada. Banyak kemudahan tersedia dekat negara Malaysia ni. Cuma pilih satu aje," jawab Vie dengan mudah.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now