𝐌𝐏𝐋 | 21

778 42 0
                                    

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu menjadi destinasi mereka sebelum bergerak ke negara Sepanyol.

Perjalanan selama lima belas jam itu bakal mereka hadapi tidak lama lagi.

Mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Istanbul dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kemudian barulah mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Barajas yang terletak di bandar Madrid.

Mata Evan turun wajah Elyvia tanpa sebarang solekan. Walaupun tidak bersolek, tetap saja wajah Elyvia itu cantik di matanya.

"Tengok aje ke? Tak nak pegang?" sengaja Elyvia menggunakan nada sarkastik.

"Pegang aje? Saya kalau pegang, saya nak cium sekali." Evan tidak mahu mengalah.

"Lain macam awak ni. Demam ke?" Tiba-tiba nak cium bagai ni. Ada udang di sebalik batu ke?

"Biasalah demam asmara."

Elyvia mulai berfikir. Mungkin Evan mengalami demam malam tadi dan tersalah makan ubat. Sebab itu jadi pelik bin ajaib ni.

"Kalau dah demam tu makanlah ubat." Tak payah nak ber-demam asmara sangat, desis hati Elyvia.

"Awaklah kena bagi saya ubat." Selamba saja nada Evan.

"Awak ingat saya ni mak awak ke?"

Sudahlah dia tidak menyimpan ubat demam. Dia hanya menyimpan panadol dan ubat yang lain di dalam beg.

"Dah awak isteri saya. Saya tak boleh manjakan diri dengan isteri saya sendiri ke?" Kalau begini, baik bermanja dengan perempuan lain.

Elyvia sengaja menggelengkan kepala.

"Tak apalah. Jangan terkejut pula kalau saya gantikan seat awak dengan perempuan tu. Biar saya bermanja dengan dia."

Mata Elyvia bergerak mengikut gerak mulut Evan. Arah yang diberikan oleh mulut Evan itu sahaja sudah membuat dia rasa tersingkir dari hati Evan.

Evan menantikan respon daripada mulut Elyvia. Tetapi sebarang respon pun tidak diberi. Malah, gurauan mereka berdua itu berhenti begitu saja. Hampa begini.

"Kenapa masih duduk dekat sini? Pergilah belanja perempuan tu tiket penerbangan. Kata nak suruh dia duduk dekat seat saya."

Evan terkejut akan respon itu. Tidak sangka isterinya itu menganggap gurauannya dengan serius.

Evan segera meletakkan telefon bimbitnya di dalam poket seluar lalu memeluk tubuh isterinya itu.

"Hei, jangan cakap macam itu. Saya gurau ajelah. Jangan serius sangat." Dia membelai rambut isterinya.

Selesa. Elyvia berasa selesa dengan belaian Evan itu. Entah mengapa, dia ingin mengekalkan posisi sebegini dengan Evan.

"Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Penerbangan pesawat TK 61 ke Istanbul kita sudah sedia untuk berlepas menerusi pintu nombor satu. Proses pelepasan akan mengikut zon tempat duduk anda dan boleh tunggu sehingga zon tempat duduk anda dipanggil. Sila sediakan pas masuk berserta dengan pasport untuk tujuan pengesahan pelepasan. Kerjasama anda malah dihargai. Kami mengucapkan selamat jalan dan terima kasih."

Ucapan panjang lebar itu bergema. Kedua Evan dan Elyvia saling berpandangan. Syukurlah mereka sudah berada di hadapan pintu nombor satu. Mereka hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam kapal terbang dan berlepas sahaja.



"OH nak cari Evan. Maaf, Evan tak ada dekat sini." Rendy terus menyuap nasi ke dalam mulut. Mulutnya kini penuh.

Ania terpinga-pinga. Tak ada?

My Precious LoveWhere stories live. Discover now