SHEENA menjeling tajam ke arah Sarah. Manakala Sarah menundukkan kepala. Lebih rela menghadap lantai daripada melihat wajah ibu dan ayahnya itu.
"Betul ke apa yang Ian buat ni?" Elvin bertanya kepada Ian.
"Betul pa! Masa tu Ian balik rumah tengah malam. Tiga minggu tanpa khabar, tak balik rumah. Lepas itu dia terjujur dengan Sarah." Sarah merehatkan dahi pada lengan ibunya. Rasa pilu di hati mulai menyelubungi keceriaan.
"Diam. Aku tak tanya kau," jawab Elvin.
"Eh awak ni. Janganlah marah Sarah. Sarah tak buat apa pun. Ian yang buat hal. Ian yang perlu dimarahi." Sheena membela Sarah.
"Jadi kalau kau betul-betul buat anak dara orang tu mengandung, macam mana dengan Sarah ni? Agama kita tak ajar kahwin sampai dua tiga orang." Elvin tidak dapat menahan rasa marah lagi.
Ian menggelengkan kepala. Dia berani untuk menafikan. Ian tidak mengapa-apakan wanita itu.
"Jangan menegakkan benang yang sudah basah, Ian," tegur Sheena.
Ian berhenti menggelengkan kepala.
"Sekarang ni, macam mana? Kau kena bertanggungjawab. Sebab kau dah buat anak dara orang berbadan dua!" nada Elvin semakin meninggi.
"Pa... macam mana dengan Sarah?" Sarah menayangkan wajah sedih.
Suasana di antara mereka berempat damai seketika. Masing-masing sedang berfikir. Sheena melakarkan satu senyuman senget.
"Suruh Evan tanggung."
Jawapan daripada mulut Sheena itu membuat badan Sarah menegak semula.
"Evan tu pun dah kahwin juga, Sheena. Tak perlu nak petik nama dia," jawab Elvin senada.
"Biarlah. Dia dengan Elyvia tu kahwin bukan atas dasar cinta. Mereka disatukan pun disebabkan Erian dan Evie."
Sarah mengangguk. Setuju dengan cadangan ibunya. Elvin menghadiahkan jelingan tajam pada kedua anak beranak itu.
Ian pula mengenangkan nasib diri.
Elvin mulai bertanya pada diri sendiri. Apakah respon Elyvia?
"Tak boleh ke kau orang bincang tanpa libatkan orang luar? Benda senang. Sarah tak boleh mengandung kan? Suruh sajalah perempuan itu berikan anaknya untuk Ian dan Sarah. Biar mereka sama-sama jaga. Kan senang?" Cadangan Elvin hanya mengundang tawa dari Sarah. Tadi bukan main sedih.
"Papa ni buat lawak la. Cuba jangan cadangkan benda macam itu." Sarah mengusir air mata yang keluar menggunakan ibu jari.
"Mereka baru kahwin, Sarah. Jangan kacau hubungan mereka." Ingin saja Elvin meninggikan suara pada Sarah. Tetapi dia masih mempunyai kesabaran.
"Tak apalah, pa. Nanti Sarah pujuk. Mereka tu bukan susah pun untuk dipujuk. Ugut sikit je dia dah takut." Senyuman senget dihalakan pada mereka.
SARAH memberikan cek bernilai sepuluh ribu kepada Evan. Evan mengangkat keningnya.
"Untuk apa ni?" soal Evan dengan hairan. Jarang-jarang sekali ada orang hendak bagi dia cek bernilai sepuluh ribu.
Sarah senyum senget sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ambik cek ni dan tanggungjawab ke atas kandungan Ania."
Mendengarkan itu, Evan tersedak air liur.
"Apa kau cakap?" Evan masih lagi melepaskan batuk. Dia mahu Sarah mengulangi ayatnya. Macam salah dengar aje ni.
"Aku cakap, ambik cek ni dan tanggungjawab ke atas kandungan Ania." Sarah mengulangi ayatnya.
Evan yang masih terpegun itu melirik mata Sarah. Sungguh dia terkejut akan permintaan itu.
YOU ARE READING
My Precious Love
Romance[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...