𝐌𝐏𝐋 | 2

1.8K 83 4
                                    

"ELY..."

"Apa?" sahut Elyvia sepatah.

"Janganlah sedih macam ni," pujuk Ireena. Orang dah bagi Kinder Bueno pun masih nak sedih macam ini ke? Coklat kegemaran dia pula tu.

"Mana ada aku sedih," dia menafikan. Biarlah dia seorang je yang rasa. Dia tidak mahu orang rasa apa yang dia sedang rasa.

"Daripada kau sedih macam ini baik kau pergi cari kerja. Kau sibukkan diri kau dengan kerja. Ada juga hasil daripada kau bersedih macam ni," cadang Ireena pada Elyvia yang masih sedih itu. Alah, macamlah si Ian tu seorang je berjantina lelaki dalam muka bumi ini.

Apabila difikirkan semula, ada betulnya juga ayat Ireena itu. Ada juga hasil kalau dia bekerja. Tiadalah membazirkan air mata dia.

"Cadangan yang bagus," puji Elyvia.

"Ha! Alang-alang bos aku ada cari personal assistant. Apa kata kau ambil jawatan personal assistant tu."

Personal assistant? Dalam seumur hidup dia, dia tidak pernah lagi ambil jawatan sebagai personal assistant. Boleh ke dia uruskan? Macam mana kalau bos dia orang tu sejenis orang yang cerewet? Susahlah!

"Dia cerewet tak?"

"Dia lelaki bukan perempuan. Bagi aku, dia tak cerewet. Cuma kalau dia tegur, memang berdegup kencang la jantung kau dibuatnya," jelas Ireena. In character betul la perempuan ni.

Tak dapat nafikan. Apabila bos mereka sudah bad mood, memang terbang segala dokumen.

Kalau macam ini... arh! Tak nak bayangkan la. Makin takut nak ambil jawatan personal assistant tu. Malu kalau kena tengking depan pekerja lain.

"Kau ambil ajelah. Tak payah takut dengan bos tu. Bukan dia makan orang pun. Dia garang-garang pun hensem tahu?!" Sempat pula dia selit pujian. Gatal pula si Ireena ni.

"Eh engkau ni." Menyempat pula si Ireena ni.

"Apa? Betullah apa yang aku cakap. Dia hensem la. Aku rasa kalau kau jadi personal assistant dia, hari-hari hati kau cair." Ireena menepuk bahu kawannya.

"Kau ingat aku ni nak kerja sambil ngorat bos ke? Tak ingin aku! Bayangkan dia ada bini, lepastu bini dia tahu. Tak ke naya kita?"

"Chill. Dia masih bujang."

Hampir tersedak Elyvia dibuatnya. Seriuslah masih bujang? Kalau tak kahwin lagi, mestilah dia ada kekasih hati.

"Iya je kau ni dia masih bujang." Manalah tahu Ireena ni terlepas info terkini.

"Betul. Aku tak tipu."

"Tak tipu fasal apa?" Elyvia blur seketika.

"Fasal bos aku masih bujang. Dia tak kahwin lagi. Dia tak ada kekasih hati langsung," jelas Ireena kepada rakannya.

"Apa kata kau je yang jadi kekasih hati dia? Iyalah kau kan dah puji dia macam itu. Garang pun nampak hensem kan? Jangan malu-malu," usik Elyvia sambil menyiku lengan Ireena.

"Diamlah kau. Memandai je suruh aku ngurat bos tu."

Tawa Elyvia meletus.

"Daripada kita terus cakap fasal bos kau tu, baik kau teman aku pergi karaoke. Dah lama tak karaoke ni," ajak Elyvia.

Semalam baru putus, harini dia ajak pergi karaoke? Biar betul perempuan ni. Lain daripada yang lain.

"Seriuslah kau nak ajak aku karaoke ni?"

"Serius. Kau ada nampak aku ni main-main ke dengan kau?" bidas Elyvia pula.

"Tak. Aku cuma hairan."

"Kenapa pula nak hairan? Aku ajak kau karaoke bukan ajak kau rompak bank," bidas Elyvia lagi.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now