ELYVIA tergamam melihat keluarganya yang sedang berkumpul di situ. Kenapa pula mereka berkumpul dekat rumah? Dia hairan.
"Elyvia.. Balik pun" Sinis saja suara Sarah menyapanya.
"Kalau aku tak balik pun, siapa je yang kisah? Rumah ni memang bukan rumah aku macam seorang tu cakap," ujar Elyvia.
Sarah automatik diam. Ya! Dialah orang yang teringin sangat melihat Elyvia ini pergi dari rumah banglo itu. Lagi cepat lagi bagus.
"Oh... Sebelum kita orang lupa..." Sarah tergelak kecil.
Dah gila agaknya Sarah ni.
"... aku ada jemput seseorang yang kau kenal sangat." Sarah senyum senget.
"Siapa?" Elyvia bertanya.
"Ian Alaska."
Dengar saja sebaris nama lelaki itu pasti dirinya akan tersenyum. Kini tidak lagi. Banyak soalan yang ingin dia tanya. Apa sudah jadi ini? Kenapa Ian berada disini? Bukan Ian ada urusan keluarga ke?
Tidak mungkinlah orang lain...
"Minggu depan aku dengan Ian akan disatukan."
"Kau tipu kan? Ini semua tak betul kan?" Elyvia cuba untuk menepis perasaan negatif.
Sebenarnya, Elyvia terkejut akan kata-kata adik tirinya. mengapa secara tiba-tiba mereka disatukan tanpa pengetahuan dirinya?
"Awak... awak cakap dengan saya secara terus terang. Betul ke apa yang Sarah cakap ni?" Elyvia kini menyoal Ian yang menayangkan muka serba salah.
"Jawablah!" suruhnya.
"Be...betul."
Elyvia terdiam.
Tangan Elyvia terasa ringan. Ingin saja dia melepaskan geram pada muka kedua orang itu. Tiba-tiba rasa benci pula tengok muka Ian. Menguji kesabaran betul!
"Apa semua ni Ian? Awak janji yang awak akan lamar saya jadi milik awak la apa la. Tapi, awak pergi lamar perempuan lain. Awak pergi lamar Sarah. Awak pergi lamar adik tiri saya!" Memang semua orang nak dia hidup dalam penipuan ke?
"Maafkan I. Tapi adik tiri you lebih menarik perhatian I." Dia tidak mahu menegakkan benang yang telah basah lagi. Sekali terbongkar, segala penjelasan tidak akan didengar.
"Maafkan I, sayang. I tak boleh tahan dengan godaan dia. I cuba buang perasaan itu tapi..."
Pang! Entah apa yang merasuk fikiran Elyvia sehingga Elyvia seberani ini melepaskan geram pada pipi Ian.
"Engkau dah kenapa ha perempuan?! Sakit sangat ke hati kau tu? Iyalah, kau tu manalah pandai goda lelaki," Sarah memandang kuku panjangnya.
"Tahulah pandai goda lelaki. Tapi itulah, entah mengapa kau tak ada rasa malu nak goda kekasih orang. Aku tahulah kami tiada ikatan. Tapi rancangan itu dah ada. Terima kasih sangatlah sebab dah rosakkan rancangan kami."
"Sudahlah tu Elyvia. Tak payah nak over sangat. Mulai harini kita putus! Hubungan kita sampai disini saja." Ian tidak sanggup melihat Sarah mendengar kata-kata Elyvia.
"Putuskan aje la aku. Bukan aku mati pun kalau putus dengan kau."
"Heh! Sudah!" arah Tuan Elvin. Tetapi masing-masing masih dalam keadaan berapi.
"Fine, then go away from me!" Halau Ian seakan-akan ini adalah rumah dia.
Elyvia mendekati pintu rumah. Pintu itu dibuka dengan kasar. Malas hendak melayan perangai mereka. Biarlah dia pergi.
YOU ARE READING
My Precious Love
Romance[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...