𝐌𝐏𝐋 | 18

772 46 1
                                    

KEDENGARAN bunyi heboh di dalam bangunan itu. Entah apa yang dibicarakan. Elyvia tidak mahu ambil tahu.

"Pengantin baru!" jerit Pearly apabila matanya terpanah pada wajah Elyvia. Hampir semua mata pekerja kini terpanah ke arah Elyvia.

Elyvia terus mendekatkan jari telunjuk miliknya pada bibir. Evan yang tengah santai berjalan di sekitar itu menjeling Pearly.

Pearly tersengih apabila menangkap jelingan tajam Evan itu.

"Diamlah kau ni. Aku selotip mulut kau nanti. Baru tahu," ugut Elyvia.

Dia mahu merahsiakan status dia dan Evan buat sementara waktu. Ini pun sebab Evan yang menyuruhnya merahsiakan status mereka.

"Aku cakap aje. Bukan petik nama laki kau pun," jawab Pearly tanpa rasa bersalah.

"Memanglah." Ish! Baru masuk pejabat dah kena macam ini.

"Ha! Kantoi datang lewat. Mentang-mentang dah kahwin dengan..."

Tangan Elyvia lebih pantas mendarat pada bibir merah ceri milik Ireena sebelum Ireena nemetik nama pasangannya.

"Diam," ujar Elyvia dengan nada perlahan.

"Ely, kau dah kahwin?" soal seorang lelaki pula. Nadanya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut.

Perlahan-lahan Elyvia memusingkan kepalanya.

"Erh..."

Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Sudah jelas dia mahu merahsiakan semuanya dari awal. Tetapi semuanya musnah akibat jeritan Pearly tadi.

"Jawablah. Dah ke belum?" soal lelaki itu lagi. Kesabaran lelaki itu menipis.

"Biarlah dia,

Elyvia buntu.

Jika jawab, sudah tentu hati lelaki itu akan retak. Dia tahu lelaki itu telah jatuh cinta padanya.

Jika tidak jawab, pasti makin menipis kesabaran lelaki itu menanti responnya.

Tetapi Elyvia sudah pun berjanji dengan Evan untuk merahsiakan status mereka berdua buat sementara waktu. Walaupun seribu kali mereka bertanya, seribu kali itu jugalah kita perlu mendiamkan diri.

"Elyvia, masuk pejabat saya kejap. Saya ada hal nak bincang dengan awak," sampuk Evan yang mendekati mereka bertiga. Kepala Evan memberi satu isyarat untuk Elyvia terus mendiamkan diri.

"Uh... okey." Elyvia sempat berpaling ke arah Aiden, Ireena dan Pearly yang semakin jauh daripada pandangannya.




EVAN memandang Elyvia yang jelas dalam ketakutkan itu.

"Tutup pintu tu," arah Evan.

Elyvia lantas menutup pintu itu. Menanti Evan untuk membuka bicara.

"Kenapa bos panggil saya datang sini? Saya ada buat salah ke?" Elyvia setia menanti topik yang hendak dibicarakan.

Dia memaksa dirinya dengan berbahasakan diri 'saya'. Kerana itu adalah salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Evan. Dilarang sama sekali berbahasakan diri 'aku' dan menggunakan 'kau' ketika bersemuka dengan Evan.

"Tolong jangan panggil saya dengan panggilan bos lagi." Evan menyilangkan tangannya.

Dia jelas tidak suka apabila Elyvia masih mengelar dirinya sebagai majikan dan bukan sebagai suami.

"Habis itu? Nak panggil apa? Hubby?" tutur Elyvia dalam nada sarkastik.

"Panggilan itu baru sedap didengar." Senyuman manis dilakarkan pada bibirnya. Jelas puas hati.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now