𝐌𝐏𝐋 | 19

742 53 12
                                    

PEARLY dan Ireena saling berpandangan. Masing-masing berdiamkan diri. Entah mengapa mereka rasa bos Evan sudah berubah. Berubah sekelip mata! Lagi-lagi setelah bos Evan sah menjadi suami kepada rakan mereka, Elyvia.

Mata mereka bertentangan. Dari mata sahaja mereka sudah tahu. Tidak perlu menggunakan mulut untuk menerangkan apa yang sedang difikirkan.

Ireena menyedut jus tembikainya dengan santai.

"Peliklah aku tengok bos tu. Bukan dia selalu kata dia tak nak kahwin ke?" cebik Pearly. Tidak puas hati ketika mengenangkan itu.

"Kau ni dah kenapa? Apa masalahnya? Kan lagi bagus," jawab Ireena.

"Kenapa? Kau suka bos Evan juga ke?"

Pearly menggelengkan kepala.

"Mana ada! Kau kena ingat tahu. Aku ni dah bertunang." Pearly mengingatkan Ireena tentang itu.

Ireena memutarkan bola matanya.

"Ya. Aku gurau aje tadi. Janganlah serius sangat," Ireena sengaja memuncungkan bibirnya.

"Ni mesti terjangkit dengan Ania kan? Suka nak muncungkan bibir?"

"Eh kau ni." Sudah jelas Ireena tidak mahu disamakan dengan Ania.

Pearly ledakkan tawa.

"Rileks la, beb. Kau dengan dia jauh beza."

"Ania, kau jangan buat malu boleh tak dekat sini? Ini tempat awam! Nanti kalau Sarah nampak macam mana?"

Mata Ireena dan Pearly melarikan pandangan ke arah lelaki itu. Itu bukan ke...

"Eh, bukan tu ex Elyvia ke?" bisik Pearly yang mendekatkan diri kepada Ireena.

"Memang pun. Aku dah agak dah. Mamat tu tak akan berubah." Ireena hanya memerhati kedua Ian dan Ania yang sedang bertengkar itu.

"Elyvia memang bijak kan? Dia pergi tinggalkan lelaki ni dulu. Aku ingat lagi. Kau ceritakan yang Elyvia ni tak ada rasa sesal pun. Rasa lega adalah," puji Pearly. Jauh dari sudut hatinya sekarang ini, dia memang kagum dengan keputusan Elyvia.

Ireena mengangguk berkali-kali. Tanda mengiyakan kata-kata yang dituturkan oleh Pearly.

"Ian, you kena bertanggungjawab! I dah berbadan dua sebab you!" jeritan Ania itu menarik perhatian kedua Ireena dan Pearly. Kali ini meluas mata mereka mendengarkan itu.

Ireena dan Pearly saling bertentangan mata.

Mereka mulai berfikir. Jika Ian tidak mahu bertanggungjawab, sudah pasti Ania akan melakukan kerja gila. Antara cari kambing hitam ataupun mengugurkan kandungan itu.

"Aku takut kalau Ian ni tak nak bertanggungjawab ataupun suruh Ania gugurkan kandungan dia, Ania akan gunakan anak dalam kandungan dia itu untuk perangkap Evan."

Ireena dari sekarang sudah risau. Risaukan tentang rumahtangga dan perasaan kedua pasangan pengantin baru itu.

"Aku setuju dengan kau. Boleh jadi macam itu." Pearly mengiyakan.

"Jomlah kita pergi tempat lain. Aku takut dia tu tengok kita nanti," ajak Ireena. Tangannya sudah mencapai tas tangannya yang berada di atas meja makan itu.

Pearly hanya mengikut kehendak Ireena.





LEONATHAN dan ahli Damianos Veilo yang lain memandang wajah Evan dengan hairan. Bukanlah kerana wajah Evan lain ataupun ada sesuatu di muka kacak itu tetapi...

"Kau kata tayar Lambo kau pancit. Macam mana kau boleh datang sini? Jalan kaki ke?" soal Leonathan.

"Gila ke aku nak jalan kaki? Aku drive kereta bini aku tadi," sahut Evan.

My Precious LoveWhere stories live. Discover now