EL RETIRO menjadi tempat persinggahan mereka. Suasana di taman El Retiro sungguh menarik perhatian.
"Wah! Cantiknya!" Elyvia kagum. Dia suka akan permandangan indah yang berada di depan matanya.
Evan senyum. Wanita mana je yang tidak suka akan benda cantik ni?
Mata Elyvia meluas apabila melihat patung The Fallen Angel. Seumur hidupnya, dia pertama kali melihat patung The Fallen Angel dengan mata kasar.
"Itu patung The Fallen Angel kan?" Dia bertanya. Ingin memastikan.
"Betullah tu." Evan menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya.
"Nak sikit, boleh?" pinta Elyvia. Nampak sedap je aiskrim yang Evan makan. Dia mengambil sudunya tetapi Evan terlebih dahulu menyuakan sudu kepada Elyvia.
Elyvia memandang Evan terlebih dahulu.
"Awak tak jijik ke?" Manalah tahu kan, Evan ni sejenis yang tak suka berkongsi sudu dengan orang.
"Kenapa pula?" Soalan dibalas soalan. Evan blur.
"Iyalah. Awak guna sudu awak untuk suap saya. Awak tak rasa jijik ke?"
"Tak adanya saya jijik. Patutnya saya yang tanya awak. Awak tak jijik ke dengan sudu yang saya dah pakai ni?" Evan mengulang soalan Elyvia.
Elyvia hanya geleng kepala. Tapi rasanya Evan tidak jijik. Dia dah hulurkan sudu dah. Cair dah pun.
"Awak tu isteri saya. Ada masalah ke kalau saya kongsi sudu dengan awak? Kan lagi sweet macam tu?" usik Evan.
"Iyalah." Elyvia terima suapan Evan itu.
Melihat Elyvia kembali menikmati aiskrim, Evan bertanya.
"Awak nak tahu sesuatu tak?"
"Nak. Beritahulah." Siapa saja tak nak tahu sesuatu tu? Manalah tahu boleh tambah bahan gosip.
"Wo ai ni," luah Evan dalam bahasa Cina.
Elyvia mengerti akan maksud perkataan tersebut.
"Saya pun tak cintakan awak," luah Elyvia tetapi dengan tapisan. Malu hendak berterus terang di tempat awam.
"Iyalah tu. Jangan salahkan saya kalau saya berjaya curi hati awak," usik Evan lagi.
Hati Elyvia berbunga-bunga. Entah mengapa. Padahal usikan Evan itu hanya usikan biasa.
"Heih, saya ada hak untuk salahkan awak sebab awak dah berjaya curi hati saya." Elyvia tidak mahu mengalah.
Evan tergelak kecil.
"Oh ya ke? Saya dah berjaya? Baguslah tu." Bangga. Elyvia tergelak kecil.
"Meow."
Suara anak kucing itu membuatkan Evan terlompat. Dia menjauhkan diri daripada kucing itu. Elyvia sempat mencangkung lalu membelai bulu putih milik kucing tersebut.
"Hai awak, comelnya awak," kata Elyvia sambil tersenyum. Dia melihat Evan yang berdiri di belakangnya. Kenapa pula dengan Evan ni?
YOU ARE READING
My Precious Love
Romance[ON GOING | IN EDITING | SLOW UPDATE] - Evan Harrison & Elyvia Nerissa - Start: 27/12/2023 (prolog) Fully release: 1/1/2024 Finish: - WARNING! ❌ NO PLAGIARISME ALLOWED ! ⚠️ MOST OF THE CHARACTERS ARE NON MUSLIM ! ⚠️ CARA PENULISAN YANG SANTAI ...