Restoran 1

1.8K 20 0
                                    

"Jack. I dah cuba. Susah nak jual konsep makanan you."

Tanpa disedari, air mata Bahrin mengalir. Dia tengah scroll gambar-gambar dalam phone dia. Gambar dia dengan Jack.

Jack adalah bekas kekasih dia yang baru saja meninggal dunia. Bahrin berkapel dengan Jack selama 3 tahun. Jack minta break sebab Jack seorang yang sangat sexually adventurous manakala Bahrin pula lebih konvensional.

Bahrin tak minat kinky. Disebabkan sayang, Bahrin cuba jugak lah untuk puaskan nafsu Jack namun ada batasnya. Minat kinky Jack semakin hari semakin menjadi. Sampai ke tahap Bahrin jadi takut.

Tapi Bahrin dan Jack masih berkawan baik walaupun dah break. Jack siap convince dia untuk invest dalam perniagaan makanan yang Jack nak usahakan.

Kedai dah hampir siap. Barang-barang dah beli. Jack tetiba meninggal dunia. Aneurysm doktor kata. Blood pressure dia terlalu tinggi.

Nak tak nak... Bahrin kena lah usahakan jugak perniagaan tu. Sebab duit KWSP dia dah habis dilaburkan ke dalam bisnes tu.

Tapi bisnes baharu memang susah nak berjaya, terutama sekali bila makanan utama yang dijual adalah vegetarian.

Bahrin tak pasti apa lagi yang dia boleh buat. Kedai dia di Setapak Central Mall takde orang langsung datang untuk makan. Kedai-kedai keliling sentiasa penuh.

Dah dua bulan meniaga, sale kadang-kadang tu tak sampai 50 ringgit pun. Bahrin terpaksa let go waiter dan juga tukang masak sebab tak mampu nak bayar gaji. Sekarang ni semua dia buat sendiri. Tapi dia tak kisah, demi mengejar cita-cita dia untuk meniaga makanan.

Bulan puasa pun takde orang datang kedai untuk berbuka puasa. Orang lebih nak makan kat Chicken Rice Shop atau fast food macam Texas Chicken.

Tapi Bahrin belum nak putus asa lagi. Dia akan cuba juga sampai lah bisnes berjaya. Dah seminggu puasa, sale tetap takde. Adakah dia mewarisi sumpahan lot kedai ni?

Sebelum start meniaga kat situ, landlord tu ada bagitau tentang high turnover kat situ. Sebab tu Bahrin dapat sewa agak murah. Equipment pun banyak yang memang dah tersedia kat kedai tu.

Dah nak dekat berbuka puasa dah ni... kedai lain penuh orang kat dalam. Budak-budak food delivery pun banyak menunggu untuk amek makanan. Tapi kedai dia? Sendu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Eh? Ada budak Food Panda tercegat depan kedai. Dia tersalah kedai ke? Takde pun terima apa-apa order online.

"Salah kedai ke dik?"

"Eh, tak lah bang. Nak tanya ada kosong lagi ke untuk berbuka puasa?"

Budak ni carut ke apa? Sah-sah kosong kot.

"Bukan apa bang, takut dah ada orang booking je."

Dia boleh baca fikiran?

"Takde dik. Nak makan sini ke?"

"Boleh jugak lah bang. Tempat lain dah penuh. Sikit lagi nak berbuka puasa dah ni."

Ceh. Bahrin ingatkan dia memang nak berbuka sini. Rupa-rupanya sebab takde choice. Tak kisah lah. Janji ada customer.

"Masuk lah dik. Duduk je mana-mana. Nak makan apa?"

"Abang rekomen lah. Saya tak pernah makan sini."

Bahrin malas nak masak jadi dia rekemen je nasi sayur, signature dish kedai yang dah siap dibuat. Panaskan aja. Nasi sayur tu sebenarnya macam nasi ayam tapi guna veggie broth instead of chicken broth untuk masak nasi tu. Lauk pun memang sayuran jugak.

Mungkin sebab tu kot takde orang nak makan kat kedai dia. Sapa lah nak makan sayur sahaja. Budak ni pun buat muka bila Bahrin cakap nasi sayur.

"Sedap ke abang? Tak pernah dengar plak nasi sayur."

Bahrin explain kat dia apa itu nasi sayur dan dia akhirnya setuju je lah untuk makan. Mungkin sebab seminit lagi nak bukak puasa.

Bahrin hidangkan portion yang dah diketepikan untuk dia berbuka dan dia buat portion untuk diri sendiri plak.

Azan. Budak tu pun makan. Bahrin duduk kat tempat cashier dan makan jugak. Tetiba budak tu berdiri depan cash register.

"Nak tambah lagi boleh abang?"

Bahrin tengok belakang dia. Nak check. Betul. Kosong dah pinggan dia.

"Sedap betul nasi sayur ni."

Bahrin angguk dan prepare satu portion lagi untuk dia dan dia makan dengan lahapnya.

"Sabar dik. Nanti tercekik."

"Saya tak pernah makan sayur sedap macam ni bang."

Tak lama lepas tu, dengar phone dia berbunyi. Dapat order lah tu. Dia pun bergegas bangun.

"Abang, saya nak tapau untuk sahur boleh? Tapi saya nak kene pegi hantar makanan dulu. Nanti saya datang balik."

"Boleh."

Terus dia lari keluar dari kedai. Eh, dia tak bayar pun makanan dia tadi. Dah kene kencing ke? Takpelah. Bulan baik macam ni Bahrin sedekah je lah.

Dia pun dengan kecewanya kemas kedai dan basuh pinggan. Sampai sudah budak tu tak datang. Nak dekat pukul 10 dah pun. Bahrin pun susun lah meja dan kerusi untuk tutup kedai.

"Hi abang!"

To be continued...

RestoranWhere stories live. Discover now