Bahrin terus duduk sebelah lelaki tu dan letak tangan kat bahu dia.
"Maaf. Abang tak tau."
"Takpe bang."
Dia cakap takpe tapi muka macam dah nak menangis dah. Nampak sangat dia masih lagi terkesan dengan kematian isteri dia.
Bahrin tak dapat tahan tengok kecomelan baby lalu dia pun main-main cak dengan baby. Lelaki tu pun tersenyum, kira berjaya lah Bahrin distract daripada kesedihan yang melanda. Budak tu gelak tak ingat dunia. Comel anak dia. Dia pun agak hensem. Isteri mesti cantik.
Lepas tu azan berkumandang. Bahrin pun tinggalkan dia untuk makan. Tapi dia hanya melayan anak dia yang agak meragam tu sebab Bahrin dah bangun.
"Encik nak saya pegang anak dulu? Sementara Encik makan?"
"Eh? Takpe lah bang. Tak nak menyusahkan abang plak."
"Tak susah pun. Abang suka baby."
Aku pun amek baby tu dan biarkan lelaki tu buka puasa.
"Abang tak buka puasa ke?"
"Dah minum tadi. Takpe. Awak makan lah dulu."
"Terima kasih bang."
Dia pun terus makan dan aku bawak anak dia ke belakang kaunter untuk aku amek makanan aku.
"Abang makan apa tu?"
"Nasi sayur."
"Sedap ke bang? Tak pernah rasa."
"Boleh lah rasa nanti."
Dia senyum. Memang hensem. Aku bawak sikit nasi sayur ke depan dan bagi dia.
"Rasa lah."
Dia pun makan.
"Sedapnya bang. Naper abang tak hidangkan saya ni tadi?"
"Dah awak order pasta. Takkan abang nak paksa awak makan mende lain."
Dia tergelak.
"Bungkus lah satu portion bang. Saya makan sahur kang."
Aku angguk. Dia mintak baby dia balik dan aku pegi ke belakang kaunter untuk bungkuskan makanan dia.
"Nama saya Husin. Anak saya ni Naim."
"Bahrin."
"Jumpa lagi ye bang."
Husin pun pergi dengan anak dia. Bahrin pun kemas lah kedai. Nak balik sebab esok raya. Walaupun meniaga jugak esok. Huhu.
Tengah-tengah kemas, Iskandar mesej. Hantar gambar dia tengah bakar lemang. Gambar dia tak berbaju dan berseluar pendek je. Berkilat-kilat badan sebab berpeluh.
Budak ni memang sengaja menggoda ke apa ni? Stim plak jadinya.
To be continued...
YOU ARE READING
Restoran
General FictionRestoran mengisahkan Bahrin, seorang lelaki yang agak berisi berusia 40an. Dia sedang melaksanakan janjinya terhadap ex dia yang telah meninggal dunia iaitu membuka restoran dan kisahnya bermula apabila dia bertemu dengan Iskandar, seorang pemuda 20...