Bab 7

80 5 0
                                    

RASA tak tertelan air liur. Mata Noura hanya lurus ke depan. Kaki terasa kaget, seakan terpaku pada lantai.

Why? Why?

Noura macam nak patah balik, tapi apabila melihat pintu lif ternganga luas menanti dia menerobos masuk, dia jadi hilang akal tak tahu nak buat apa. Dan paling dia rasa macam nak menghilang, si Harraz sedang tayang muka tak beriak.

Tak tahu apa perasaannya ketika ini. Mungkin malu dan entah apa-apa rasa lagi yang sedang memual dalam perut. Kalau diingatkan insiden tempoh hari, siapa saja yang tak malu? Walau mungkin si lelaki tak ingat, tapi dia?

Mungkin esok dia dah boleh haramkan penggunaan lif dalam hidup dia. Apa sangatlah mendaki tangga sampai ke tingkat empat. Seakat berpeluh dia boleh hadap lagi daripada nak menggendong rasa malu begini.

Pintu lif tertutup sebaik Noura masuk dan mata sempat menjeling butang aras. Butang empat dan enam sudah ditekan Harraz yang tengah ralit dengan telefon pintar.

Maknanya Harraz ingat dia lagi.

Sah lah juga masih ingat lagi hal tandas dan semua yang berkait.

Noura mengundur sedikit ke belakang dan mata nakalnya menilik si lelaki di depan.

Berkemeja hitam dengan seluar slack hitam juga. Kenapalah lelaki suka dengan seleksi warna gelap yang seperti ini? Adakah semata hitam terlihat sebagai warna maskulin? Atau mahukan imej misteri supaya perempuan seperti dia teruja seperti perasaannya ketika ini.

Ya.

Pandangan mata Noura ternaik. Suara garau yang menyapa anak telinga membuatkan apa yang sedang bermain dalam fikiran hilang seperti buih-buih sabun di udara.

I know.

Sekali lagi Noura fokuskan pada Harraz.

By nine.

Tak sedar, mata Noura makin ralit memerhati.

Suara, penampilan, sama-sama seiring menjalin imej maskulin buat lelaki bernama Harraz ini.

Yeah, I know her.

Her.

Bibir Noura terherot.

Bukan lelaki kalau tak terlepas bicara tentang perempuan.

Yup. Harraz toleh ke belakang. Menyulam pandangan dengan Noura yang sedang memandangnya. Bibir terukir nipis sebelum dia kembali pusingkan kepala ke asal.

Jantung Noura bagai hilang ritma. Terkedu apabila mata dijamu senyuman Harraz. Gugup terasa tidak semena. Dan apabila pintu lif terbuka, dia masih tercegat cuba menghadam apa yang baru saja berlaku.

Miss. Tegur Harraz apabila sedar Noura masih kaget berdiri di belakangnya.

Hah? Mata Noura terpasak ke wajah Harraz dan ketika itulah baru dia sedar pintu lif sudah terbuka. Tergocoh keluar, dia dah tak berani nak toleh ke belakang.

Kau kenapa?

Suara Dania mematikan langkah Noura.

Tak ada apa. Noura sengih tutup rasa kekok walaupun bayangan senyuman Harraz terus bermain dalam fikiran. Tangan tak semena naik melekap di dada kiri, degupan jantung terasa membadai kuat.

Aneh-aneh saja cara jantungnya berkerja tatkala bersama dengan Harraz tadi.

So aku nak dengar pasal blind date kau ni.

Hilang bayangan Harraz dalam kepala apabila kisah temujanji dua hari lepas ditanya Dania. Noura dah buat muka. Ingatkan di rumah saja, kisah temujanjinya jadi topik hangat, rupanya Dania pun berminat.

Tiba-tiba saja kau nak tahu. Noura jongket kening sebelah. Dibawa langkahan kaki ke pantri sambil menjinjing air yang dipesan Dania tadi. Waktu makan yang masih berbaki setengah jam, boleh lah dihabiskan di situ saja.

Saja. Dania sengih, pantas dia mengekori langkah Noura.

Malas lah nak cerita. Buat sakit hati. Noura jawab tanpa riak. Nak ingat pun sakit hati, apatah lagi nak bercerita. Nasib baik lah Nashif terima saja keputusannya tentang Fitri setelah dia memujuk ibunya.

Hensem tak blind date kau tu?

Noura dah nak tergelak. Terus terbayang muka Fitri. Kalau tang raut wajah, tak dinafikan yang Fitri tergolong dalam kategori lelaki yang ada rupa. Yang dia tak berkenan cuma perangai lelaki itu saja.

Kalau dia beritahu siapa teman temujanjinya, pasti Dania pun tergelak.

Kau ingat Fitri? Air yang dijinjing diletak atas meja sebaik masuk ke dalam pantri. Noura melabuh duduk.

Fitri aka keding? Dania bertanya. Dia duduk di sebelah Noura.

Noura tahan gelak. Memang nama itu nama samaran Fitri dulu. Kurus, tinggi dan lagi satu kelam kabut. Sebab perangai nan satu itulah penyebab dia jatuh dalam longkang dan berjahit di dahi.

Fitri yang buat kau berparut macam Harry Potter ni. Mata Dania pandang sekilas dahi Noura. Parut yang kalau tak dibelek, memang tak perasan namun meninggalkn parut kekal.

Kau ingat pun. Akhirnya Noura tergelak.

Mesti lah ingat. Ngeri kalau diingat cara kau jatuh. Terjerit aku tepi longkang ingat kau dah hilang nyawa. Dania buat muka ngeri. Dah la masih dengan pakaian sekolah ketika itu. Kain koyak sampai ke paha, baju putih bersalut lumpur.

Memang wajar pun kalau Noura bencikan Fitri. Kalau di jadi Noura, dia pun akan trauma sampai sekarang.

Eh, jangan cakap Fitri blind date kau. Dania seolah baru sedar kenapa nama Fitri ditanya Noura.

Noura angguk lemah.

Gila betul abang kau. Muka Dania menyerigai. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Kau pun tahu Nas macam mana. Itu baru sikit gila dia yang kau tahu. Kau belum tengok gila dia dekat rumah, sampai stres aku. Noura mengeluh perlahan.

Habis tu? Soal Dania.

Habis apa? Noura jongket kening.

Kau dengan dia? Next step?

Dengan Fitri? Noooo! Laju Noura menggeleng. Minta jauh!

Mana Nas jumpa Fitri. Kita ni pun lepas sekolah terus lost contact dengan mamat tu. Dia boleh pula terjumpa sampai siap nak pasangkan jodoh dengan kau pula. Dania hairan. Selepas lima tahun, boleh pula nama muncul Fitri kembali.

Nas. Dia memang suka buat benda yang tak terjangkau dek akal, terutama perkara yang melibatkan aku, terang Noura.

Nak marah pun tak guna kalau perkara yang Nashif lakukan ini semua di dalam pengetahuan mama. Boleh tak kalau dia katakan semua ini perancangan bersama Nashif dan mama untuk mencari jodohnya. Supaya dia boleh lupakan Luth, supaya kisah dia dan lelaki itu boleh dilupakan.

Noura hela nafas perlahan.

Kalaulah melupakan itu semudah A, B, C.

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now