Bab 22

148 7 0
                                    

SEJAK pagi lagi Noura dah masuk dapur. Barang-barang yang hendak dimasak hari ini sudah dibeli sejurus dia balik dari melawat Harraz semalam.

Kalau dulu, memang liat dia hendak ke dapur. Bukan tak pandai memasak, namun kalau masakan si ibu lagi sedap berbandingnya, lebih baik diserahkan saja sepenuhnya pada ibu. Dia sekadar membantu saja.

Dan hari ini, pagi-pagi lagi dia dah turun ke dapur. Tiba-tiba aktiviti memasak jadi menyeronokkan pula tambahan pula apabila dapat pujian dari pada Harraz. Buatkan dia jadi bertambah bersemangat nak memasak.

Sibuk kau dua hari ni. Tak pernah-pernah memasak. Nak tengok kau masak sebelum ni macam nak tunggu Malaysia ni turun salji.

Tak berpaling, Noura buat-buat tak dengar. Memang sejenis yang suka cari pasal hari-hari. Kalau melayan, memang dia sama gila dengan Nashif.

Selama ni, kau bukan jumpa Haris kan?

Tubuh Noura tegak mendengar pertanyaan Nashif. Terhenti tangan yang sedang menggoreng ayam sambil menanti apa lanjutan bicara si abang.

Murah betul kau, tukar pasangan untuk 500 ringgit.

Masih mendiamkan diri, perlahan-lahan Noura berpaling ke arah suara yang sedang menguji sabarnya di belakang. Mata mengecil cuma memahami maksud Nashif yang sedang tersenyum sinis.

Kau cakap apa ni? Suara Noura ternaik seoktaf. Geram melihat riak wajah Nashif yang menjengkelkan.

Lah, kau tanya lah pasangan blind date ganti kau.

Aku tanya kau, bukan dia. Lagi pun kau yang tiba-tiba bangkitkan hal ini, jadi kau lah yang jawab. Noura lepas sudip di tangan. Kalau ikutkan hati nak lempar ke muka Nashif, namun dia sabarkan diri. Dia tahu bergaduh dengan Nashif tak mendatangkan apa-apa manfaat pun. Sekadar melelahkan diri sendiri sahaja,

Kau yakin lelaki macam tu akan bimbing kau? Nashif menembak dengan soalan sinis.

Bahu Noura turun naik menahan rasa geram yang sudah menguasai diri.

Lelaki tak guna yang sanggup beli kau dengan duit. Nashif menyambung lagi. Tak puas hati apabila Noura hanya mendiamkan diri.

Habis tu kau yakin lelaki lain yang kau nak kenalkan dengan aku tu boleh bimbing aku? Noura bertanya lantang. Tak tahu lah kenapa hari ini bicara Nashif buatkannya jadi hangat hati. Selama ini dia turutkan saja apa kemahuan Nashif, tanpa banyak cakap, tanpa banyak soal juga.

Sekurang-kurangnya aku tahu dan aku kenal. Balas Nashif penuh sinis.

Apa yang kau tahu? Noura tahan geram. Bibir bawah diketap kuat. Menahan amarah yang meruap panas.

Nashif mencerlung pandang, memerhati gerak geri si adik yang dah macam naik hantu.

Semua kerana hanya seorang lelaki.

Kau nak nikah dengan Yani. Go on. Teruskan. Jangan ganggu life aku. Mama pun dah bagi green light yang aku tak payah pergi blind date mengarut kau kalau aku tak suka. Suara Noura dah menggeletar. Emosi kian berantakan. Benci dengan sikap Nashif sejak dia putus tunang dengan Luth. Meletakkan semua kesalahan itu di bahunya seorang:

Kau jadi macam ni sebab jantan tu? Soal Nashif sinis.

Nafas Noura dah turun naik.

Kau nak cakap dia tak baik untuk aku? Mata merah Noura memanah wajah Nashif.

Memang dia tak baik. Jantan dayus macam tu yang guna duit untuk dekati kau. Macam tu kau kata baik? Nashif terus menembak.

Dan penilaian kau hanya semata tu? Kau nampak buruk orang hanya semata tu? Nada suara Noura sudah meninggi.

Kau memang dari dulu tak pandai memilih lelaki. Tengok lah Luth. Suami orang. Sengaja ditekan perkataan suami orang supaya si adik sedar diri.

Kau pula dari dulu tak habis-habis mengungkit. Tutup api dapur, Noura meluru keluar dari dapur. Hilang mood hendak memasak.

Aku mengungkit untuk kebaikan kau.

Kebaikan apa? Hambur Noura. Ditahan air mata walau hati sudah jadi sebak.

Supaya kau tak jumpa orang yang ambil kesempatan dengan kebaikan kau. Kau mudah sangat jatuh hati dengan lelaki yang entah apa-apa. Panjang lebar Nashif membebel.

Noura pekakkan telinga.

Masalahnya kau dari dulu macam ni lah. Tak pernah nak dengar nasihat aku. Ikut kepala kau saja. Masa dengan Luth pun aku dah cakap selidik dulu latar belakang lelaki tu, tapi kau tak dengar. Kau cakap Luth tu baik. Nashif terus membebel. Panas hatinya apabila si adik bagaikan tak hiraukan kata-katanya.

Dah lah, Nas. Noura pusingkan badan dan hadap Nashif yang masih berdiri di belakang langsung tak bergerak walau seinci.

Kau kalau aku nasihat, kalau aku cakap elok-elok, mana kau nak dengar. Kau ikutkan sangat hati kau tu.

Rahang pipi Noura kelihatan mengetat. Tersentap dengan kata-kata Nashif.

Boleh tak Noura pandang lama wajah Nashif.

Boleh apa? Soal Nashif.

Boleh tak kalau bagi aku ruang untuk cari bahagia aku sendiri.

Bahagia? Nashif ketawa besar.

Noura ketap rahang. Raut wajahnya ketara berubah apabila Nashif menghambur tawa begitu. Seakan bahagia yang dia katakan itu hanya kata-kata gurauan yang boleh diambil enteng.

Bahagia dengan lelaki yang gunakan kau macam tu? Nashif menyindir. Langsung tak hiraukan Noura yang wajah sudah memerah dan bila-bila masa saja akan menghambur tangis.

Whoever it is, kalau aku bahagia dengan dia, tak ada kena-mengena dengan kau pun Nas. Dada mengetat, akhirnya Noura putuskan untuk duduk di kerusi di ruang dapur. Tak guna dia menghabiskan tenaga dengan berbalah dengan Nashif yang tak akan pernah cuba nak memahami walau sebesar zarah sekali pun.

Lepas tu ending up kau malukan mama macam kau dengan Luth.

Sudah lah, Nas. Kau tak penat ke mengungkit kisah Luth. Aku dah moved on, kau tak perlu nak sebut nama dia lagi dan tak perlu kau ingatkan lagi apa yang dah jadi. Tolonglah. kedua tangan naik menongkat di meja dan memegang pelipis kepala.

Kau nak aku biarkan kau dengan lelaki tu? Supaya kau boleh malukan mama lagi? Macam tu? Tembak Nashif lagi.

Aku letih, Nas. Tangan di pelipis kepala, sudah melekap di wajah, Noura menangis dalam diam

Aku tahu aku malukan mama, tapi kenapa kau terus nak hukum aku macam ni? Kau tak boleh ke bagi aku peluang untuk kenal orang lain dengan cara aku? Bahu Noura turun naik menahan esak. Entah kenapa hatinya jadi sensitif hari ini. Mungkin kondisi Harraz menjadi penyebab tanpa dia sedar.

Lepas apa yang jadi antara kau dengan Luth dan lepas kau malukan mama? Hell no! Nashif terus dengan tekadanya, Langsung tak hiraukan perasaan Noura, dia sebagai abang tahu tanggungjawabnya terhadap Noura, si adik adalah amanah dan tanggungjawabnya.

Aku nak rehat. Noura bangun dan berjalan melepasi Nashif tanpa menoleh lagi.

Dia dah penat.

Dia cuma mahu ruang.

Ruang yang mustahil akan diberikan Nashif.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now