Bab 11

63 4 0
                                    

NOURA tekan perut.

Kenapa? Dania dah kerut muka. Mata turun memandang tangan Noura yang menekan perut, siap dengan mimik muka seperti menahan kesakitan. Dia dah dapat agak kenapa.

Sakit perut. Noura pasang sengih. Apa lagi alasan yang paling logik saat lensa mata menangkap susuk Harraz dalam kafe. Dia tak sanggup nak hadap.

Mengelak adalah jalan terbaik. Bertembung setelah apa yang jadi semalam, dia lebih rela berlapar. Atau betul-betul sakit perut pun dia sanggup.

Jangan jatuh cinta dengan I, Noura.

Noura gigit bibir bawah. Ayat itu bermain dalam fikiran sejak malam tadi tanpa henti. Sampai termimpi-mimpi. Nasib baik dia sampai tak mengigau.

Atau ada? Atau dia saja yang tak sedar.

Macam dia yang terlalu kemaruk nak mencari jodoh.

Atau dia yang masih bengang Harraz yang anti klimaks pada kisah blind date mereka malam tadi.

Bukankah tujuan blind date untuk saling mengenali dan melangkaui ke fasa seterusnya yakni jatuh cinta. Atau semua itu tak tertulis dalam kamus blind date milik lelaki bernama Harraz?

Jumpa hanya untuk suka-suka? Jumpa dan kalau tak berkenan, tinggalkan atau buat apa yang Harraz lakukan padanya malam tadi.

Jangan jatuh cinta dengan I, Noura.

Terngiang lagi.

Noura ketap rahang.

Kau tak habis-habis dengan sakit perut. Dania buat muka curiga. Kebelakangan ini setiap tingkah Noura mengundang seribu tanda tanya. Tadi elok saja bergelak sakan, dan sekarang boleh pula sakit perut.

Dah nak sakit. Bukan aku boleh set masa bila aku nak sakit perut. Tangan masih di perut dengan riak muka minta simpati.

Boleh. Lain kali pergi tandas siap-siap sebelum ajak aku pergi kafe. Kang mula lah aku melangut sorang-sorang tunggu. Kau dengan tandas berjam kalau dah jumpa. Sinis bicara Dania. Perkara yang dia dah masak sangat tentang Noura.

Aku pergi sekejap je. Kau oderkan air untuk aku dulu. Macam biasa. Noura sengih terpaksa.

Kenapalah dia sebut tandas, kenapalah tak sebut nak naik ke ofis saja. Itu lebih selamat. Kalau boleh memang dia nak mengelak bersua muka dengan si lelaki lif atau si lelaki blind date pilihan Nashif.

Tanpa menanti bicara balas Dania, laju saja Noura menonong ke tandas di sudut kiri luar kafeteria. Boleh dijadikan tempat persembunyian sehingga Harraz beredar pergi.

Kalaulah dia tak lepas kata tentang tandas, pasti dia dah naik mendaki ke tingkat empat. Selepas apa yang jadi antara Harraz dan dia malam tadi, terasa macam nak lafaz sumpah tak akan sesekali menjejak kaki ke kafeteria.

Dah duduk lama bertapa dalam ruang tandas, Noura keluar dan berdiri menghadap cermin singki. Membelek muka, membelek tudung. Sekadar membunuh waktu untuk beberapa ketika. Berharap melangkahnya dia ke kafeteria nanti, susuk Harraz sudah tiada. Supaya dia boleh menjamu tekak dengan tenang.

Namun harapan itu hanyalah harapan semata, keluar saja dari tandas mata sudah menangkap susuk yang ingin dihindari. Elok saja menyandar di dinding lorong tandas. Rasa nak melompat keluar jantung yang sedang berdegup kencang.

Noura sedut nafas cuba bertenang, namun sebaik Harraz mendongak dagu dan menoleh padanya, terbang segala tenang yang dizikirkan dalam hati.

Yang tinggal hanya rasa gementar yang membadai ruang dada.

Saat Noura mendekat, Harraz sudah tegakkan badannya. Menanti dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Tunggu aku ke?

Dia berkira sendiri.

Tapi seperti mustahil selepas pengakhiran kisah blind date mereka malam tadi. Kenapa tidak diputuskan saja untuk saling mengelak.

Melihat Harraz yang sudah halakan tubuh menghadapnya, Noura mati langkah.

I tanya Dania.

Tak perlu bertanya, Harraz terlebih dulu berikan jawapan untuk persoalan dalam kepala. Mata Noura berhenti berkelip. Hanya lurus pada wajah tak beriak Harraz.

You left something. Suara garau Harraz menerjah pendengaran Noura.

Cukup-cukuplah segala kemusykilan, jangan ditambah lagi. Seakan ketenangan sudah tak wujud sejak dia mengenali Harraz.

Apa? Perlahan saja suara Noura, seakan soalan itu diaju buat diri sendiri. Nada suara tanda dia cukup gementar ketika ini. Mata memerhati gerak tangan Harraz yang menyeluk poket seluar seakan ingin mengeluarkan sesuatu.

Malam tadi. Harraz menghulur tangan serentak dengan senyuman yang menyimpul nipis di bibir.

Silih berganti mata Noura memandang tangan dan muka Harraz.

Hmm? Kening Noura sedikit ternaik.

Tak ke pelik melihat helaian tisu putih di tangan Harraz. Tisu dengan nama restoran seisi blind date mereka berdua malam tadi. Seisi yang sepatutnya dilipat menjadi sekadar memori yang akan dilupakan.

Take it.

Terkerut dahi mendengar kata-kata Harraz dengan suara senada begitu. Seakan arahan yang perlu dipatuhi. Sama seperti arahan untuk tidak jatuh cinta dengannya malam tadi.

Buat apa? Noura teragak.

Buat lap mulut, boleh. Buat lap peluh, boleh. Atau simpan nombor telefon I dekat tisu tu pun boleh.

Kedua kening Noura hampir nak bercantum. Bukan dia salah dengar. Atau bukan juga tengah bermimpi.

Nombor telefon?

Sedang bermimpikah dia ketika ini?

Selepas bicara sinis yang menghuni akal dan fikirannya, kini untuk apa nombor telefon yang dimaksudkan Harraz?

Atau sekadar sindiran untuk dia sedar diri?

Noura lepas nafas sedikit goyah. Sama seperti hatinya ketika ini:

Atau pun buang. Segaris senyuman Harraz seakan mengendur. Kembali mengukir wajah tenang, namun matanya tak lepas memandang riak keliru Noura.

You la buang sendiri. Noura tak nak kalah. Biar Harraz tahu apa yang menghuni hatinya sekarang.

About last night

Please. Laju Noura memotong. Dia sudah tak mahu dengar apa-apa kisah yang berkait tentang malam tadi. Biarlah semua ternoktah saat keduanya melangkah keluar dari restoran.

Hakikatnya blind date mereka tidak berjaya.

Let me explain about something. Harraz melangkah setapak mendekat.

Untuk apa? Dan Noura mengundur setapak ke belakang.

Tak perlu apa-apa penjelasan. Tak apa, I faham. Kita sama-sama move on. Noura senyum paksa walau hati meremuk.

Memang patut dibiar hatinya dalam keadaan begitu. Itulah sibuk nak mengharapkan sesuatu yang mustahil. Lelaki macam Harraz bukan tercipta buatnya. Biarlah rasa suka kekal menjadi hanya satu perasaan yang bakal menghilang apabila tiba waktu.

Im not gonna Bicara Harraz mati. Tisu yang tergenggam di tangan kembali disimpan ke dalam saku seluar.

Well, nevermind. Harraz senyum.

Noura diam tanpa bicara. Tak tahu hendak beriak bagaimana dengan reaksi Harraz yang tiba-tiba terasa sedikit canggung. Buatkan dia sendiri terasa janggal juga.

Take care. Harraz senyum lagi.

Noura pandang Harraz. Bicara si lelaki yang seakan ucapan perpisahan membuatkan hati sedikit meronta.

You too. Perlahan saja suara Noura terluncur. Cukup untuk Harraz dengar dan faham.

Mungkin itulah penamatnya kepada kisah blind date antara dia dan Harraz. Temu janji yang sangat mustahil untuk direalisasikan.

Biarlah semuanya tamat di sini saja.

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now