Bab 14

45 2 0
                                    

MATA Noura melirik dalam waswas. Niat hendak melabuh duduk pun jadi terbantut. Tadi sebelum dia keluar makan tengahari, memang tak ada apa atas meja. Dan sekarang ini ada beg kertas putih elok terletak.

Noura pandang kiri kanan dan kemudian menjengah kubikel depan mejanya. Mungkin si teman itu tahu siapa yang meletakkan beg kertas di atas mejanya.

"You nampak siapa letak beg atas meja I ni?" Dalam tak pasti, diaju juga pertanyaan itu. Kut lah Gina nampak.

"Nampak. That guy. Hmm, I tak tahu nama dia." Gina garu pipi. Seakan sedang mengingatkan sesuatu. Tadi si lelaki yang bertanyakan di mana meja Noura dan beredar tak lama selepas itu.

"Apa entah nama dia. That guy from sixth floor."

Dada seakan dipalu debaran. Tak ada imej lain yang muncul dalam kepala, hanya wajah Harraz semata. Namun agak mustahil pula kalau benar tanggapannya

Bukan ke dah resign seperti yang Dania ceritakan semalam?

"So he just walked in, letak beg tu atas meja I?" soal Noura penuh tanda tanya.

"Dia just tanya mana meja you, then berlegar kat meja you lepas tu terus keluar tak cakap apa-apa. I tak sempat nak tanya apa-apa, dia dah hilang."Jawab Gina.

Noura pandang kembali beg kertas atas meja. Curiga memuncak. Nak meneka apa dalam beg itu pun dia jadi risau.

Harraz memang pakar dalam menghuru-harakan hatinya. Tapi benarkah dari Harraz? Atau orang lain?

Luth?

Ah, mustahil.

Tadi Gina cakap lelaki dari aras enam. Pastinya lah Harraz. Siapa lagi lelaki yang dia kenal selain lelaki itu.

Noura gagau beg kertas dan tangan menarik tisu yang diletak bersama. Membaca nombor yang tertulis tulisan tangan itu, jadi benarlah andaiannya. Harraz.

"Siapa bagi?"

Bahu Noura sedikit ternaik. Tak perlu menoleh, dengar suara pun dia dah tahu siapa yang bertanya.

"Wow, yakult. Elok untuk perut kau yang selalu meragam." Dania dah ketawa mengekek di belakang Noura sambil tangan mengagau beg kertas di atas meja Noura.

"Tapi kalau dah melampau banyak ni. Nak buat stok sebulan ke?" Dania terus bersuara. Dikeluarkan satu-satu pek minuman berkultur itu dan disusun di atas meja Noura.

"Lima pek. Means 25 botol. Minum sehari sekali elok untuk penghadaman dan buang bakteria jahat dalam perut kau." Dah serupa iklan, Dania menyakat Noura.

Noura diam tak berkutik.

"Siapa bagi?" Dania angkat satu pek separas penglihatan Noura. Kalau dah dilihat dengan cara minuman itu diletakkan di dalam beg kertas, pasti lah ada pengirimnya, walaupun macam pelik jika benar tanggapannya ada yang berikan kepada Noura.

"Someone." Lambat-lambat saja Noura menjawab. Mati kena usik kalau dia beritahu siapa gerangan yang tinggalkan air minuman ini. Tisu yang diserta bersama, awal-awal lagi dah disumbat dalam tas tangan. Nasib baik dia tergerak hati hendak melihat isi di dalam beg itu, kalau Dania yang jumpa dulu, haru dibuatnya.

"That guy from sixth floor."

Air muka Noura berubah keruh. Hantu punya Gina tak boleh simpan rahsia!

Noura lontar jelingan tajam dengan mulut Gina yang terlebih ramah.

"Siapa? Siapa?" Dania baru nak melabuh duduk di birai meja. Tubuhnya kembali tegak dan menjengah meja Gina.

"I tak tahu nama dia. Tall, handsome sikit."

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now