LANGKAH Noura terhenti. Lurus mata memandang susuk lelaki yang sedang melepasi meja pengawal keselamatan di lobi hospital.
Nasib baik dia baru sampai, kalau dah naik ke atas? Tak ke naya bertembung dengan Firdaus.
Sah lah bakal kecoh satu bangunan esok, atau mungkin namanya bakal popular dalam chat group di kalangan staf.
Dan Vee.
Noura gerun sendiri.
Makanan yang dibawa bersama, dijinjing tinggi. Awal pagi dia dah masuk dapur, perkara yang dia tak pernah-pernah buat. Dia bukan hebat sangat memasak, tapi disebabkan mesej Harraz malam tadi, tak tahulah kenapa dia jadi nekad. Sedap atau tak belakang kira.
Noura labuhkan duduk di kerusi batu, diletak bekas makanan di sebelah. Telefon pintar sudah dibuka paparan skrin.
I dekat lobi, tapi I nampak Firdaus. I tunggu bawah sampai dia turun.
Mesej sudah dihantar namun mata masih tertumpu di skrin. Membaca kembali layaran mesej Harraz malam tadi. Yang buat dia geleng kepala.
I cant sleep.
A bit starving but nothing to eat.
Its too dark here.
Its too loud.
Craving nasi lemak.
Jadi, di sinilah dia dengan bekalan nasi lemak buat menjamu mengidam orang sakit yang manja bukan main.
I tunggu.
Muncul mesej Harraz.
Kejap lagi I halau Firdaus balik.
Noura dah senyum sendiri. Malam tadi langsung tak sedar jam dah menyinjak ke tengah malam apabila berbalas mesej dengan Harraz.
Hati berbunga.
Hilang marahnya dengan Nashif yang setiap waktu nak menyakitkan hatinya. Tak habis-habis dengan kisah temu janjinya.
Naik ke wad selepas Firdaus pergi, rasa nak terbang saja nak ke atas. Tak sabar nak menjamu Harraz dengan bekalan yang dia masak sejak pagi.
Sebaik dia menghampiri katil, Harraz dah lempar senyum. Tengok pada pandangan kasar, kondisinya kelihatan sudah bertambah baik berbanding semalam. Dah elok duduk menyandar di kepala katil.
Cuma muka je nampak seperti tak terurus. Entah dah bersihkan diri entah tidak. Tapi, kalau tengok keadaan Harraz begitu, mustahil lelaki itu boleh gagahi diri ke bilik air.
Tapi, tak akan lah tak mandi, tak bersihkan diri.
Noura lirik sedikit, mencuri pandang Harraz dari dekat.
Betul you halau Firdaus? Noura letak bekalan atas over bed table sambil mata membelek muka Harraz. Pecah darah di muka masih jelas kelihatan, namun bengkak di mata dah nampak susutnya.
Bawa apa? Hal Firdaus tak dijawab, Harraz lebih tertarik dengan bekalan Noura.
Bawa hati I. Selamba saja nada suara Noura sambil tangan sibuk mengeluarkan bekas makanan dari beg plastik.
Harraz tahan senyum, tangan naik menyentuh hujung bibir. Pedih, perit walau dengan sedikit gerakan kecil di situ.
Hati masak apa? Harraz mengusik.
Hati masak kasih sayang. Riak wajah Noura masih begitu. Tiada tanda sedang bergurau.
I boleh makan?
Noura menggeleng seraya tangan menghulur pinggan plastik yang sudah terisi nasi lemak dan seketul ayam.
Hati I tak boleh makan. Hati I untuk someone. Noura langsung tak pandang muka Harraz saat ayat itu meluncur tanpa sedar dari bibir.
Someone tu siapa? Pinggan yang disambut diletak atas paha, topik yang sedang meniti bibir Noura lagi menarik perhatian Harraz.
Noura jongket bahu. Hanya sesaat dia mengait pandangan dengan Harraz sebelum alihkan perhatian dengan menuang jus oren ke dalam cawan.
Tangan I sakit.
Hmm? Spontan saja kening Noura terangkat dan mata mencari wajah Harraz dan kemudian jatuh pada tangan yang berbalut sehingga separas pergelangan tangan. Entah patah atau sekadar terseliuh.
Sakit? Noura waswas.
Harraz angguk.
Noura jatuh kesian. Sudah lah dia masih dihambat rasa bersalah. Dirasakan kenalangan ini berpunca daripadanya juga. Kalaulah dia berkeras menolak Harraz dari menghantarnya pulang, pasti semua ini tak akan terjadi.
Seketika kemudian, dia berisgtifar dalam hati. Rasa berdosa dengan hakikat dia menyalahkan takdir yang sudah berlaku.
Nak I suapkan? Dan kali ini bagai nak meletup muka dengan tawaran sendiri. Noura telan liur. Tak sedar dia bertanya sebegitu.
Sengaja cari nahas. Sepatutnya dia buat tak tahu atau tak faham. Apabila dah terperangkap begini, dia jadi malu sendiri.
Tak apa lain kali. Melihat raut wajah Noura yang sudah bertukar merah dan tingkah mulai menjadi serba salah, segera Harraz membalas. Tangannya bukan patah sehingga nak makan pun bersuap. Dapat menjamu makanan rumah begini pun dia dah bersyukur sangat, ditemani pula Noura.
Tiada respons, Noura keluarkan sudu dari beg plastik, diambil pinggan daripada Harraz sebelum dia melabuh duduk di birai katil.
I suap. Pandai baca doa tak? soal Noura serius.
Tiba-tiba ruang wad jadi sunyi sepi.
Noura tunduk kaku. Tak berani mengangkat muka memandang Harraz. Tak tahu kenapa lidah lancang berbicara sehingga lupa hal sensitif begitu.
Apa lagi pasal I yang you tahu?
Diam. Kelu lidah Noura. Benar selama ini Harraz tak pernah membicarakan hal itu. Semua dia tahu daripada Dania.
You tahu pasal background I? Selagi lagi Harraz menyoal.
Perlahan-lahan Noura angkat kepala sedikit dan mengangguk.
Sikit. Terang Noura.
Tak takut?
Pandangan mata Noura statik. Tak faham dengan soalan yang diaju Harraz.
Tak takut kawan dengan I? Seakan mengerti, terluncur pula soalan itu.
Kenapa I nak takut? You hiding something yang I tak tahu ke? Ada isteri? Soalan penuh berani, Noura ajukan. Pakej dengan riak wajah serius.
Jauh you fikir. Harraz hanya mampu tersenyum. Terkedu sebenarnya dengan bentuk soalam Noura. Jauh rupanya si gadis berfikir tentangnya.
Jauh lah. Mana tahu tiba-tiba nanti isteri you datang serang I bawa parang. Naya.
Terletus tawa Harraz, namun kemudian wajahnya menyerigai apabila bibirnya mulai menjalar dengan rasa sakit.
Kalau ada isteri, dia serang I dulu. Tawa Harraz masih bersisa, seakan tiada tanda akan berhenti.
Noura tercebik. Entah-entah betul dah ada isteri.
You nak makan tak? Ke nak tunggu isteri datang suap? Perli Noura apabila Harraz masih ketawa.
Nak. Isteri tu kena jatuh dari langit baru muncul. Harraz senyum senget, mata memerhati tingkah Noura yang sedang mengaut nasi dengan sudu dan dibawa ke bibirnya.
Jangan komplen kalau tak sedap.
Hrarraz sekadar senyum sebelum dia membuka mulut dan membenarkan sudu yang disua Noura masuk ke mulut. Kunyahan pertama membuatkan matanya terpejam. Nikmat tak terhingga lantaran sejak semalam dia kelaparan.