NOURA buat tak endah. Bukannya dia tak perasan susuk Nashif yang berdiri di jenang pintu. Sebab malas melayan, dia sengaja buat tak nampak. Dia dah boleh agak kenapa Nashif mencarinya malam-malam macam ni.
Aku rasa blind date kau hari tu berjaya.
Noura macam nak tercekik air liur kata Nashif itu membuatkan dia laju menoleh mencari wajah si abang. Terdecit bibirnya apabila mata menangkap senyum sinis Nashif.
Blind date yang mana? Ringan saja mulut bertanya, dalam fikiran sudah terbayang wajah Harraz. Memang itu temu janjinya yang terakhir.
Haris.
Noura pandang wajah Nashif tanpa kelip. Statik saja bebola matanya cuba menghadam sebab dalam kepalanya ketika ini hanya muncul wajah Harraz.
Haris mana? Kedua kening Noura hampir bertaut.
Kau punya last blind date. Dari jenang pintu, Nashif melangkah masuk.
Haris ni wujud ke? Hati Noura jadi waswas. Wujud atau hanya rekaan Nashif, atau si abang berpakat dengan Harraz. Manalah tahu.
Kawan Naim. Pernah datang sini a few times dengan Naim.
Mata Noura mengecil pula. Laju digali kotak ingatan sedaya upaya cuba mencari wajah Haris yang disebut Nashif.
Macam aku cakap tadi, blind date kali ini berjaya. Dia suruh Naim bagi nombor telefon dia pada kau. Nashif senyum senget. Hati macam nak melonjak suka apabila pelannya yang dirancang akhirnya berjaya membuahkan hasil.
Pandangan mata Noura masih terpaku di wajah Nashif yang macam tengah mood baik.
Ni nombor dia. Nashif hulur cebisan kertas kuning dan diletak di riba Noura yang diam tanpa reaksi. Hanya mata saja yang jatuh memandang kertas yang dihulur.
Nak buat apa? Noura naikkan pandangan meraih wajah Nashif yang tersengih.
Call him, or text. Do whatever. Atau ajak dia pergi dinner date. Nashif menjawab penuh rasa teruja.
Hmm Hanya itu dijawab Noura. Malas nak melayan. Pening. Belum hilang lagi memikirkan perihal Yakult yang ditinggal Harraz di meja kerjanya siang tadi, dan sekarang ditambah pula dengan hal Haris.
Haris yang dia sendiri tak tahu wujud atau tak. Atau Haris adalah Harraz.
Jangan lupa text dia. Itu kata-kata Nashif sebelum dia keluar dari bilik. Meninggalkan Noura dengan perasaan berbelah-bagi.
Kertas yang tertulis nombor telefon itu direnung lama, cuba mengingati sama ada nombor Haris sama dengan nombor diberikan oleh Harraz.
Noura engsot tubuh sedikit lalu dicapai tas tangan di meja sisi katil. Tangan mengagau dan dikeluarkan helaian tisu yang tersimpan sejak siang tadi.
Lipatan tisu dibuka, mata Noura segera tertancap pada deretan sepuluh nombor itu dan dibandingkan pula dengan nombor di helaian nota yang diberikan Nashif tadi.
Lain.
Jadi mungkin bear telaahnya tadi, Harraz, Haris adalah dua orang yang berbeza. Nama yang seakan sama. Apa yang menganggu fikiran, macam mana Harraz boleh muncul malam itu sedangkan katanya dia tak mengenali Haris, malahan tak kenal Nashif juga. Makin diingat, dia makin pening.
Terbaring, Noura layangkan tisu di tangan kanan dan nota kuning kecil di tangan kiri. Terlepas keluhan, dia bangkit bersila kembali.
Semuanya jadi serba tak kena.
Haris.
Harraz.
Haris yang dia sendiri tak tahu macam mana rupa lelaki itu. Dan yang pelik menganggu fikirannya, macam mana Nashif boleh katakan yang blind datenya dengan Haris berjaya. Sedangkan yang bertemu dengannya pada malam itu adalah Harraz.
Atau Haris dan Harraz saling mengenali? Adik beradik mungkin kalau dilihat nama yang hampir sama.
Dan Harraz, si lelaki yang pernah buat hatinya jadi huru-hara, yang datang pada malam blind date, setia menemani walau pun bicaranya hanya sepatah-sepatah.
Noura.
Kepala diangkat lalu dipanggung ke arah pintu. Wajah si ibu yang tersenyum menggamit pandangan mata, membuatkan dia turut mengulum senyum.
Senyum terpaksa.
Pastinya ada sebab ibu menjengah di bilik. Entah-entah hal Haris tadi sudah sampai ke pengetahuan ibu. Nashif kalau bab macam ni, pantas lagi daripada kilat.
Ibu tak kisah.
Noura mengerut dahi.
Kalau Noura tak suka dipasang-pasangkan macam ni, ibu tak kisah pun. Cari jodoh sendiri pun, tak apa. Janji suka sama suka.
Ibu kalau dah berbicara begini, mulalah buatkan dia jadi serba salah. Dulu betapa kecewanya ibu perihal tunang tak jadinya dulu. Dan dia lagi lah kecewa dengan kenaifan sendiri.
Nyaris jadi bini nombor dua.
Silap-silap ada yang datang bawa parang ke majlis nikahnya kalau betul-betul dia berjodoh dengan lelaki itu.
Kalau ada lelaki yang Noura suka, bawa jumpa ibu. Tak kisahlah lepas Nas nikah atau tak.
Mata Noura lurus memandang si ibu. Sejak bila pula dah berubah fikiran? Sudah tak mendesak seperti sebelum ini.
Atau desakan yang dikatakan Nashif hanya momokan semata-mata. Supaya dia hadiri blind date gila yang diatur Nashif.
Har Noura gigit bibir bawah.
Tak kisah siapa pun, bawa jumpa ibu. Puan Noor senyum.
Mata Noura hanya menatap wajah tersenyum ibunya. Walau sudah keluar dari mulut ibu sendiri, tapi dia tahu Nashif akan tetap mendesak dan memaksa.
Mungkin dia patut jumpa saja Haris. Mungkin sudah tertulis takdir yang dia tak sedar. Kalau tak, mustahil selepas apa yang jadi antara Harraz dan dia, kini muncul pula Haris.
Setelah ibu berlalu pergi, Noura kembali menatap kedua-dua nombor. Haris dan Harraz. Saat mata menatap nombor yang tertulis di helaian tisu, tak sedar tangan sudah menggapai telefon pintar di meja sisi dan mendail nombor.
Telefon terlekap di telinga, bunyi ton di hujung talian membuatkan Noura kembali sedar.
Hello.
Eh.
Telefon dijauhkan. Darah seakan dipam laju dan membuatkan degupan jantung menggila. Suara garau yang sangat dikenali. Suara garau yang cuba dinyah pergi dari fikiran sejak semalam.
Noura.
Sayup suara itu memanggil, membuatkan tubuh Noura jadi kejung. Mata masih tertancap pada helaian tisu di tangan dan silih berganti memandang skrin telefon.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Terngiang suara Dania petang tadi.
Ini bukan jodoh. Ini bodoh namanya. Jari yang derhaka dengan tuan sendiri. Semua berlaku dalam separa sedar. Sekarang akal warasnya jadi pertikaian.
Talian sudah dimatikan, namun gementarnya masih belum surut. Dan tubuh teranjak sedikit ketika telefon pintar bergetar dan muncul notifikasi di paparan skrin.
Noura?
Noura macam nak pengsan apabila notifikasi WhatsApp muncul di layar skrin telefon pintarnya.