MELIHAT tiada yang menemani, hati Noura jadi sayu. Dalam keadaan begini, macam mana Harraz nak menguruskan diri.
Ingin bertanya tentang keluarga Harraz, namun lidah terasa berat.
Sedangkan dia yang bukan sesiapa, sanggup bercuti semata ingin menemani
Ya, memang akan ada jururawat yang menguruskan. Tapi, bukannya terjaga 24 jam.
You awak.
Dalam keadaan begini, boleh pula jadi hilang bicara.
Mata Harraz terbuka, mengukir senyum kecil yang kelihatan memeritkan. Luka dan lebam menjadi penghias sementara di wajah.
Nak apa-apa? Nak I belikan apa-apa? Lapar tak? I belikan makanan? You nak makan apa? Bertalu pertanyaan Noura utarakan. Risaunya kalah kerisauan seorang ibu.
Bibir Harraz kelihatan bergerak dalam kesukaran. Membuatkan Noura rapatkan kepala mendekat, ingin mendengar butir bicara lelaki itu.
Nak you
Kepala Noura tegak. Terkejut dengan kata-kata Harraz, namun apabila melihat bibir lelaki itu masih bergerak-gerak dia kembali menunduk.
teman I. Sebaris ayat mudah begitu, terasa payah hendak ditutur dalam keadaan Harraz begitu. Seakan putus nyawa.
You kena makan. Kalau I teman je, tak kenyang. Noura carik senyum, cuba memujuk.
Tak apa
Mata Harraz kembali tertutup.
janji you ada.
Harraz. Lembut Noura memanggil.
Harraz. Sekali lagi, dan langsung tiada respons. Hairan, tak akan lah begitu cepat terlena? Atau mungkin kerana kesan ubat?
Har.
Ya. Mata tertutup, hanya sahutan dihulur lemah. Dahi sedikit bergerak, seakan ada perkara yang sedang berperang dalam fikiran Harraz.
Tak ada orang nak jaga you ke?
Ada. Harraz dah buka mata semula. Terhala tepat di wajah Noura. Meneroka setiap inci wajah ayu si gadis.
Waktu melawat dah nak habis. I kena keluar. Mulut berkata begitu, namun hati memberat. Noura jadi tak sampai hati pula meninggalkan lelaki yang sedang terbaring lemah ini. Kalaulah dia boleh menemani.
You boleh teman I.
Hmm? Terangkat kedua kening. Jauh diteroka anak mata lelaki yang sedang memandangnya ketika ini. Dalam usaha meyakinkan apa yang dia baru dengar.
Teman?
Senak perut mendengar permintaan Harraz itu.
You tahu kan, kita tak ada ika
Ya, I tahu. Seakan hilang sakit di pipi, Harraz pantas memintas. Hakikat yang satu itu, tak perlu dijelaskan lagi.
Habis tu? Soal Noura.
Tak apa. Suara kembali mengendur, lalu Harraz pejam mata semula.
Tak apa tu untuk apa?
Diam.
Har.
Hati jadi sebak. Tak tahu kenapa. Kalaulah dia boleh peluk Harraz, dah lama dia buat. Kalaulah dia boleh raup wajah Harraz, dia tak akan teragak langsung.
Tapi, hukum agama menghalang semua itu.
Harraz. Noura jadi teragak-agak hendak meneruskan bicara apa yang terencana dalam hati.
Berat untuk disuarakan.
Kalau you suami I
Mata Harraz terbuka perlahan, melurus pandangan ke arah Noura yang sedang menunduk. Kelihatan bahu si gadis bergerak turun naik sedikit.
Pasti sedang menahan emosi supaya tidak berantakan. Bukannya dia tak dengar sedu sedan Noura tadi. Bukannya dia tak dengar setiap bicara saat si gadis datang dan duduk di kerusi. Hanya dia mendiamkan diri, berpura-pura sedang tidur.
Macam mana I nak teman kalau kita ada batasan. Noura angkat muka dengan mata yang memerah. Menyulam pandangan mata layu Harraz.
Macam mana I nak jaga, kalau I bukan isteri you. Gugur juga air mata Noura. Tak tahu kenapa hati dilanda sedih begini. Atau mungkin kerana peritnya hakikat yang dia tak boleh lakukan apa-apa untuk Harraz.
Kahwin dengan I, Noura.
Air mata seakan tersedut naik. Noura hanya memaksi pandangan tanpa kelip.
Hati yang sedih, tiba-tiba jadi gelihati dengan kata-kata Harraz. Diseka air mata dengan kekura jari.
Pandai Harraz memujuk hati yang tengah lara.
You high sangat ni, Harraz. Noura ketawa berbasa-basi. Sempat dikerling drip di tangan kiri Harraz.
Tapi Bicara terhenti, Harraz sedut nafas panjang.
Hidup dengan I, you hanya akan ada I saja. No one else. Harraz pandang wajah Noura.
Majlis kahwin you tak akan sama seperti orang lain. Tak akan sama seperti yang you impikan. Mendatar saja suara Harraz. Seakan ada emosi lain yang sedang disembunyikan, walaupun raut wajahnya tenang saja.
Noura memandang tanpa kelip. Cuba menghadam dan memahami.
You sanggup, Noura? Soalan mudah itu Harraz lontarkan. Jawapannya semudah ya dan tidak. Dan tak perlu penjelasan apa-apa. Cukup itu saja.
Famili you Terputus-putus suara Noura bertanya. Bukan nak sibuk hal Harraz, cuma rasa ingin tahu terlalu membuak untuk dibendung.
Jelas air muka Harraz berubah serta-merta. Dibiarkan pandangan meneroka anak mata Noura yang jelas ingin tahu semuanya. Mata terpejam seketika, seakan cuba mengusir rasa sakit yang membengkak di dalam.
Ada.
Haraz lepas nafas pendek dengan mata yang masih terpejam rapat. Tubuh yang tadi dalam keadaan mengiring sudah beralih menghadap siling.
Kenapa famili you tak datang melawat?
Dont ask. Intonasi suara Harraz sedikit mendaki tonnya. Seakan kurang senang diaju soalan tentang keluarga.
Kenapa I tak boleh tanya? Degil. Bukan namanya Noura kalau dibiarkan saja amaran Harraz tanpa menjawab. Mungkin kata-kata Harraz tadi akan membuatkan dia tak boleh tidur malam seperti malam-malam sebelumnya ini.
Sebab I tak akan jawab. Harraz palingkan kepala menghadap Noura. Memandang dengan seribu harapan supaya dinoktahkan saja apa-apa yang sedang berlegar di dalam kepala si gadis.
I nak tahu, kalau I bakal jadi isteri you.
Ternaik sedikit kelopak mata yang hendak tertutup kembali. Anak mata Harraz seakan bersinar mendengar kata-kata Noura.
Jadi isteri you, bukan ke I kena tahu semua tentang you? Noura membidik pertanyaan lagi. sengaja mengumpan Harraz.
Perkahwinan terjalin antara lelaki dan perempuan. Cukup itu saja. Harraz pusingkan badan membelakangi Noura. Mungkin isyarat supaya tidak lagi bertingkah bicara dengannya.
Har. I balik ya. Jaga diri. Noura capai tas tangan. Hati tiba-tiba saja disayat rasa pedih. Melihat tingkah Harraz begitu, mudah saja dia terasa hati.
Ditundukkan kepala, ingin membisikkan sesuatu. Namun sepantas itu juga Harraz pusingkan badan semula, membuatkan wajah masing-masing berada dekat. Merenung antara satu sama lain tanpa bicara. Keduanya hilang kata.
Akal kembali, Noura tegakkan badan. Berdeham kecil dan palingkan wajah sedikit. Cuba mengusir rasa yang singgah tiba-tiba.
Jangan tak makan ubat.
I tak makan kalau you tak ada.
Allah.
Lelah juga apabila terhidang dengan sifat kebudak-budakkan Harraz ini. Rasa macam nak tarik saja lelaki ni jumpa tok kadi.
Nak sangat kahwin express. Nak sangat dia jaga makan minum.
Youre 28, not 8 Harraz. Noura ketap rahang.
27."
Hmm. Noura hempas nafas geram. Dalam keadaan begitu pun masih sempat nak buat lawak tak kelakar.
Esok I datang lagi. Bukan harapan, tapi itu janjinya. Noura bingkas bangun dan melangkah pergi walau hatinya memberat.