Bab 12

64 2 0
                                    

SELERA Noura mati. Fokusnya pun entah hilang ke mana. Hanya bayangan wajah Harraz yang datang bertimpa-timpa dan suara garau yang menerpa anak telinga.

Take care.

Terngiang lagi kata-kata terakhir Harraz.

Harraz jumpa kau masa kita dekat kafeteria buat apa? Mata Dania melirik pada Noura yang jauh mengelamun. Entah apa yang difikirkan sehingga air kopi panas depan mata dah jadi sejuk agaknya. Tadi beria sangat mengajaknya minum selepas waktu kerja, tapi sekarang berangan entah ke mana.

Anak mata segera dibawa ke wajah si pengaju pertanyaan. Tergerak sedikit bibir Noura seakan teragak untuk menjawab.

Kenapa? Dia macam kenal kau. Siap tahu nama kau juga. Soal Dania lagi.

Tak ada apa. Pantas Noura membalas. Takut makin panjang persoalan Dania. Takut dia yang terlepas bicara.

Hal blind date antara Harraz dan dia perlu dikunci rapi supaya tiada siapa yang tahu.

Lagi pun kisah itu baru saja berakhir tadi. Penamat yang sebenarnya tiada pemula.

Pelik juga dia tiba-tiba tanya kau. Dengan nada suara penuh keterujaan, Dania luah kemusykilan.

Tak ada apa. Masih kata-kata yang sama menjadi respons Noura. Dia dah cukup masak dengan perangai Dania yang tak jemu mengaju pertanyaan sehingga bertemu dengan jawapan yang diinginkan.

Kau punya nothing tu mesti something kan? Mata Dania mengecil. Lurus pada Noura yang melarikan pandangan matanya.

Memang sesuatu sangat.

Dia suka kau? Soalan tak agak-agak, Dania lontarkan. Matanya memerhati tingkah Noura. Dia tahu kalau bab menipu ni memang Noura belum pakar lagi.

Anak mata Noura statik di wajah. Dia agak terkesima. Nasib baik tak tersembur apa yang ada dalam mulut. Tapi, tak salahkan juga apabila pertanyaan itu diaju Dania. Kalau ikutkan logikal akal, memang patut Dania bertanya begitu. Sesiapa saja akan curiga. Perbuatan Harraz membuatkan semua orang tersalah sangka.

Tak lah. Yakin Noura menjawab. Mana mungkin lelaki itu sukakan dia. Mustahil.

Kalau dia suka kau, sayang sungguh. Nada suara Dania bersahaja saja namun cukup untuk menarik perhatian Noura. Sehingga si teman tak jadi menyedut minuman.

Anak mata Noura segera mencari wajah Dania. Ada apa dengan maksud bait kata si teman itu?

Kalau suka, dia patut approached kau dulu lagi. Sebelum dia berhenti.

Dup!

Dan kemudian terasa lenyap degupan jantung buat seketika.

Hmm? Hilang kata, hanya itu yang keluar dari celahan bibir Noura.

Hari ni last day dia. Dapat better offer dekat Shah Alam. Itulah yang aku dengar. Bersungguh-sungguh Dania bercerita. Bukan dia tak sedar raut muka si teman yang berubah serta-merta. Seperti ada perkara berlaku di luar pengetahuannya. Di luar jangkauan fikirannya. Tipulah kalau dia tak curiga.

Noura cuba menghadam.

Berhenti kerja?

Jadi, ucapan jaga diri itu menjadi pengganti ucapan selamat tinggal?

Buat lap mulut, boleh. Buat lap peluh, boleh. Atau simpan nombor telefon I dekat tisu tu pun boleh.

Noura melepaskan nafas perlahan saat kata-kata itu kembali bersesak dalam fikiran. Pakej sekali dengan imej empunya diri.

Tisu.

Kalaulah dia ambil saja, tapi nak menyesal pun tak guna. Tapi bukan juga salah dirinya. Kalau sudah bicara Harraz yang buatkan dia jadi tawar hati.

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now