Bab 8

99 6 1
                                    

SEKALI lagi.

Dalam banyak-banyak tempat, dalam banyak-banyak ruang ceruk di bangunan ini. Tak tahu kenapalah nasib dia asyik bertemu si lelaki.

Laju saja Noura nak lencongkan kaki saat mata menangkap susuk yang sedang duduk di luar bersantai.

Baru pasang niat nak duduk di luar kafe yang menghirup udara petang. Itulah degil lagi tak nak terima pelawaan Dania sekadar minum dalam pantri.

Kenapalah dia yakin sangat tak akan terserempak dengan lelaki bernama Harraz ini. Walau pun berlainan syarikat, tapi kalau dah namanya berkerja dalam satu bangunan. Kebarangkalian dan peratusan untuk tersua muka tetap juga masih agak tinggi.

Kaki terasa disimen ke lantai apabila Harraz menoleh ke arahnya dan serta-merta pandangan mata lelaki itu dan dia bersulam. Mata tanpa kelip itu seakan ingin menyatakan sesuatu.

Sama seperti pandangan beberapa hari lalu, ketika dalam lif. Ketika Harraz berbicara tentang tandas. Atau saat lelaki itu melempar senyuman padanya pagi tadi.

Ah, tandas!

Kenapalah saat ini hal tandas yang menganggu gugat rasa amannya?

Noura lepas nafas kuat. Kali ini, perut bukan meragam sebab sakit, tapi memual dengan rasa loya. Ditambah pula dengan dada yang diamuk rasa yang menggila.

Saat Harraz bangun, Noura dah mula menggelabah. Nak buat-buat tak nampak, memang dah terang-terang mereka berdua sedang bertentang mata antara satu sama lain ketika ini.

Tapi, masalahnya kaki dah tak nak beri kerjasama. Tercegat saja seakan menanti Harraz mendekat. Tak tertelan liur di anak tekak saat langkahan kaki si lelaki makin menghampiri.

Tudung.

Hah? Noura toleh memandang Harraz yang menghentikan langkah di sisi kirinya.

Sama macam the other day.

Kata-kata Harraz buat Noura bertambah keliru.

Dalam lif. Perlahan saja suara Harraz seakan memahami riak tak faham di raut wajah Noura.

Tudung senget.

Hah? Sekali lagi hanya itu yang terlantun di celahan bibir Noura sambil tangan meraba kepala sendiri.

Dekat sink ada cermin. Betulkan tudung tu. Harraz melirik ke arah deretan singki yang terletak di luar kafeteria.

Apabila Harraz berlalu pergi. Noura masih tercengat dengan rasa keliru. Kali ini kedua tangan pula naik menyentuh kepala.

Tak ke pelik apabila difikirkan hal tudungnya menjadi perhatian Harraz. Bukan sekali, tapi ini dah kali kedua. Ingatkan di pertemuan pertama dalam lif, Harraz perasan yang dia sedang menahan sakit perut. Rupanya pasal tudung.

Tapi betul ke tudungnya senget pada hari itu dan ketika ini?

Noura lencongkan kaki ke arah singki. Saat mendekat, baru dia sedar memang tudungnya sedikit senget. Dan ada anak rambut yang terkeluar terjuntai di dahi.

Ah, malu kalau hal auratnya yang ditegur Harraz. Seorang lelaki yang lahirnya bukan sebagai Islam.

Kenapa?

Terangkat sedikit bahu Noura, melihat wajah Dania yang muncul di cermin, segera dia menoleh.

Cakap nak break dekat pantri je.

Malas. Bosan lah asyik dengar gosip Vee dengan Sara. Rasanya aku terkaut sekali dosa dorang mengumpat, jawab Dania. Memang dari dulu dia malas betul nak bergosip hal orang lain.

Kau ada jumpa sesiapa masa nak datang sini tadi? soal Noura.

Dania geleng.

Dalam lif? Soal Noura lagi.

Sekali lagi Dania menggeleng.

Lif.

Kebelakangan ini dia cukup fobia dengan lif. Paling seram saat dia menanti pintu lif terbuka. Takut terserempak dengan susuk lelaki yang buatkan dia rasa tak tenteram.

Ada apa dengan lelaki bernama Harraz semenjak dua menjak ini.

Meresahkan.

Nia. Noura rapatkan tubuh dekat dengan Dania. Tak mahu mukadimah ayatnya didengari staf yang sedang menggunakan singki di sebelah.

Kau ingat tak aku lambat masuk miting dua hari lepas. Kemusykilan yang memerlukan jawapan. Kemusykilan yang tanpa jawapan hanya membuatkan dia tak tidur malam, waima seremeh-remeh perkara.

Miting Encik Lim?

Laju Noura mengangguk.

Kenapa dengan miting tu? Dania toleh sedikit kepala ke kiri. Mencari wajah resah si teman.

Kau perasan tak apa yang tak kena dengan aku hari tu?

Tak. Sepatah saja Dania menjawab.

Kau perasan tak tudung aku senget ke. Rambut aku terkeluar ke?

Dania kerut dahi. Spontan mata ternaik memandang tudung Noura. Mata dikecilkan dan kemudian dia menggeleng.

Hairan pula ditanya soalan sebegitu.

Apa aku makan pagi tadi pun aku lupa. Inikan perihal tudung kau. Kenapa dengan tudung kau?

Noura geleng lambat-lambat. Malas pula nak bertanya lagi.

Sama macam the other day. Terngiang suara Harraz tanpa dipinta.

Dania yang dia dah kenal bertahun-tahun pun tak pernah ambil peduli dengan benda-benda kecil sebegitu, inikan si lelaki yang dia baru kenal.

Bukan kenal.

Tapi baru beberapa kali terserempak.

Sama macam the other day. Terulang lagi kata-kata itu.

Noura halakan pandangan ke arah cermin, memerhati wajah sendiri. Membelek setiap inci bentuk di wajah, hidung, mata, bibir.

Luth kata, dia jatuh cinta kerana wajah cantiknya. Wajah yang membuatkan dia tak tidur malam.

Entah betul atau tak. Atau hanya kata-kata lelaki buaya macam Luth. Mungkin Harraz spesis yang sama juga. Atau mungkin Harraz juga dah punya isteri sama macam Luth. Spesis sama bermulut manis dan selalu buatkan perempuan macam dia tak tentu arah.

Kau dah oder air?

Pertanyaan Dania itu menghilangkan kedua-dua wajah lelaki itu. Pantas Noura menggeleng. Sampai lupa apa tujuannya datang ke kafeteria.

Nak apa? Aku oder kan. Melihat reaksi si teman begitu, segera Dania bertanya.

Teh tarik. Noura lorek senyum lebar.

Moga teh tarik akan menghilangkan wajah-wajah lelaki yang menganggu fikiran dan hatinya ketika ini:

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now