Bab 17

45 1 0
                                    

NOURA dah tak boleh nak lari ke mana. Berada di dalam lif ini, seakan berada di dua dunia berbeza. Hanya ada Harraz dan dia. Kenapa terlalu banyak kebetulan dengan lelaki ini? Benarkah jodoh seperti yang Dania katakana?

You never return my calls. Suara garau Harraz memecah kesunyian. Membuatkan wajah yang menunduk sejak tadi, memanggung sedikit.

Or reply me a simple text.

Mata Noura terus terpaksi di wajah Harraz. Mengait renungan mata redup yang langsung tidak mengalihkan pandangannya sejak tadi.

Tak tahu nak text apa. Noura membalas dengan nada suara perlahan. Itu lah hakikatnya.

Harraz berdecit tawa kecil. Entah apa yang melucukan dengan jawapan Noura itu.

Simple hey pun dah okey kut. Harraz senyum senget.

Ekor mata Noura terlirik di wajah Harraz.

Atau sayang. Harraz mengusik pula.

Pipi Noura jadi hangat dan berdiri berdua begini langsung tak membantu. Pasti kulit wajahnya sudah bertukar kemerahan.

Hmm? Kedua kening Noura hampir bercantum. Lama dibiarkan matanya mengait pandangan Harraz. Tak tahu lah kenapa dirasakan Harraz di hadapannya ketika ini, sedikit berbeza berbanding Harraz yang menjadi teman temu janji blind datenya seminggu lepas.

Atau pun Bicara Harraz terhenti apabila sedar pintu lif terbuka. Dia mendekati Noura yang masih terkesima. Berdiri rapat dan kepala sedikit senget ke kiri.

Anything yang you suka panggil I. Harraz memandang pasangan yang masuk ke dalam lif, namun bibir berbisik dekat dengan telinga Noura. Bisikan yang tak macam berbisik pun, boleh dikatakan agak kuat sehingga pasangan yang baru masuk itu terpusing kepala ke belakang sambil menyungging senyum.

Bahu Noura terangkat dan kepala menyenget. Sedikit terkesima dengan tingkah Harraz.

Abang pun okey. Harraz berbisik lagi.

Tubuh Noura teranjak setapak ke kiri.

Oh, please.

Noura dah jadi seram sejuk. Terasa lama pula lif mendaki naik ke restoran Hotel Golden Place. Lagi terasa lama apabila mata Harraz tak lepas memandangnya. Entah apa yang ditilik atas dan bawah.

Keluar saja pasangan tadi, Noura jauhkan sikit tubuh dari Harraz.

You buat apa dekat sini? Soal Noura ingin tahu. Ini bukan kebetulan kalau asyik terserempak saja. Kemusykilan memuncak yang memerlukan jawapan. Entah-entah sama macam dulu, datang sebagai penganggti teman blind date.

Makan. Harraz senyum.

Sorang? Baru sesaat terpacul soalan, Noura kemam bibir. Menyesal dengan lancangnya mulut bertanya. Sibuk sangat nak tahu urusan orang lain. Nanti dikatakan kepochi pula.

Berdua. Blind date. Harraz tak teragak menjawab tanpa selindung. Riak wajahnya selamba saja.

Dada menyentak. Noura diam seketika dan kemudian mengangguk. Anggukan yang apabila diamati sememangnya tak sesuai sebagai reaksi kepada jawapan Harraz itu. Jadi, keduanya punya urusan yang sama. Masih mendambakan jodoh di kalangan orang asing yang mungkin boleh bibitkan perasaan saling jatuh cinta dan saling merindu.

Nampaknya Harraz dan dia berada di jalan takdir yang sama, mencari jodoh yang entah wujud atau tak.

You pun sama?

Soalan Harraz buatkan Noura sedikit mendongak. Mencari anak mata si lelaki yang bertanya. Saat mata saling menyulam, dia memgangguk kecil.

Haris?

MENCARI SEMPURNAWhere stories live. Discover now