SATU🤍

52 5 0
                                    

~♡~

DARI nun jauh sana. Dia berlari membelah angin. Anak tekaknya tidak keletihan dalam terpekik terlolong dan mengomel kepada diri sendiri. Adakalanya, kaki hampir tersadung di tengah-tengah lorong tersebut namun cepat-cepat dia menarik tubuh semula dan meneruskan perjuangan dia pada hari itu.

Kepala mendongak.
"Menyesal aku tak dengar cakap mama aku!" Tak terasa udara dingin yang menyentuh kulit dia. Apa yang ada dalam minda dia sekarang hanyalah ingin pulang ke rumah secepat mungkin. Turun naik, turun naik rentak jantung. Sesekali dia menoleh belakang dengan wajah pucat lesi.

Mahu bergegar tanah bumi ini tatkala ada seorang lelaki berlari tanpa henti. Pelbagai mimik muka ditunjukkan. Ada muka gelisah, menangis dan risau lah. Sekilas lalu kalau ada orang pandang mesti akan berfikir bahawa esok pagi ada pertandingan merentas desa.

Namun yang peliknya, manusia mana je hobi dia berlari pada waktu tengah-tengah malam? Semangat betul!

Tin kosong disepak lelaki itu. Kuat. Nasib tin kosong itu terpelanting masuk ke dalam tong sampah yang terbuka luas. Kalau tin kosong itu buat boomerang macam mana.
Terperanjat beberapa ekor haiwan yang mempunyai banyak jenis warna bulu. Paling terkenal nama oyen. Siapa sahaja melihat pasti ingin mengusap bulu mereka. Lagi teruk pun sampai rasa nak culik satu-satu. Hanya pecinta kucing yang faham.

Sama spesies dengan harimau namun spesies ini boleh dipelihara oleh manusia. Tikus itu berjaya selamatkan diri dan pada masa yang sama mengeluar suara mencicit seolah-olah mengejek pemangsa tersebut. Terlepas makanan kucing itu.

Begitu juga dengan situasi seorang jejaka ini. Dia tiba-tiba jadi seperti itu selepas sahaja dia bersua muka dengan seseorang. Ibarat baru sahaja bertemu dengan makhluk menyerupai manusia yang ingin memakan dia hidup-hidup.

Dalam beberapa minit yang lepas. Kaki terjengket-jengket. Kasut berada di sebelah tangan. Tidak mahu ada sebarang bunyi pun dihasilkan. Bimbang pemilik rumah ini menyedari langkah kakinya dan kemungkinan besar akan memarahi dia. Pintu belakang dituju. Daun pintu ditutup, kemas. Baru lah dia melepaskan nafas lega.

"Maaf kan Noah, ma. Noah janji akan balik selepas pukul 1 pagi." Gumam Noah. Lelaki itu tergesa-gesa melangkah keluar dari perkarangan rumah besar itu. Kita kena faham, si Noah ni jenis cepat bosan jadi lebih baik dia keluar.

Hirup udara segar daripada dia duduk rumah 24 jam menghadap television. Asyik-asyik tayang cerita yang sama. Kalau kena dengan citarasa dia tak apa lah. Ini tidak. Sikit-sikit gaduh lepas itu cerai kemudian sedar-sedar terkahwin dua.

"Ke arah mana kita patut ikut ya?" Malam semalam dah menuju ke kiri jadi kali ini kita masuk kanan. Laju kaki dia mengikut kata hati. Mata dia membulat tatkala melihat bintang bertaburan di langit. Noah tersenyum lebar. Sewaktu Noah masih kecil, dia pernah bermimpi dapat terbang tinggi dan menari-menari bersama bintang bersinar paling terang.

Noah mula bersiul kerana hendak menghilangkan kesunyian dalam dirinya. Sepanjang perjalanan tadi, semua lampu di rumah jiran-jiran dia sudah gelap gelita. Hanya ditemani tiang elektrik yang mempunyai satu mentol besar.  Awal betul dia orang semua masuk tidur.

"T...To...long!" Spontan Noah berhenti mengejut. Suara siapa pula minta tolong malam-malam ni? Bermacam-macam bayangan menakutkan mula menghiasi fikiran dia sekarang. Eh syaitan, pergi main jauh-jauh lah. Tak payah ganggu aku. Dah lah syaitan, perangai pun syaitan juga. Habis dikutuk nya kaum mereka. Muncul kang. Mahu lari tak cukup tanah kau.

Saat anak mata Noah terlihat sesuatu lantas dahi dia berkerut seribu pertanyaan. Nak tegur ke tidak. Kalau aku tak tegur, nanti dia kata aku sombong pula. Satu tapak ke hadapan. Noah berdehem. Berdehem lebih kuat. Aduh, kena guna suara kacak juga jawabnya.

"Bro, buat apa duduk dalam gelap tu? kena halau rumah ke?" Mana lah kita tahu, entah-entah bro tu patah hati sebab tak dapat kahwin dengan perempuan dia cintai?

Noah menyambung jalan setapak lagi. Makin lama, makin jelas wajah 'bro' yang bersembunyi di sebalik kegelapan malam. Noah tergamam. Okay, my bad sebab dah derhaka dengan mama sendiri tapi tak akan lah sampai macam ni hukuman aku dapat.

Apa yang Noah lihat ialah ada sekujur tubuh berlumuran darah tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat dari tempat Noah berdiri, orang itu sudah tentu nyawa-nyawa ikan sebab tangan dia bergerak-gerak menunjukkan signal kecemasan. Tapi bukan itu kau orang perlu tahu. Kalau ada mangsa, mesti lah ada pelaku sekali dan paling Noah menyesal, baru lah dia sedar perbuatan ia. Lepas ni Noah akan jadi anak mithali mama papa!

Noah...Bagai telur di hujung tanduk.

Boleh pula mata Noah bertembung dengan mata si pembunuh itu. Noah apa lagi? Pura-pura jadi orang buta sahaja lah. Baru sahaja dia ingin berbalik badan. Aku tak nampak kau, kau tak nampak aku. Settle!

"Why lari? Are you scared of me?" Noah mengetap gigi. Cepat pula aku kena kantoi! Noah masih meneruskan lakonan mantap dia. Terangguk-angguk kepala dia. Mata Noah memandang ke satu arah sahaja. Tak lama itu kedengaran suara sedang ketawa, terhibur.

"Hebat betul awak berlakon jadi orang buta." Komen dia. Lagi tegang bulu roma dia apabila mendapat tahu yang menegur dia bukan lah seorang lelaki.

Dia...seorang perempuan?



-TBC-

Sorry lambat, night semua!

I'm Not Naila [OG]Where stories live. Discover now