DUA PULUH ENAM❤️‍🩹

23 2 0
                                        

SEDAYA upaya setiap langkah kakinya tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang buatkan ayahnya terjaga dari tidur lena. Jam di dindang dilihat sekilas, menunjukkan sudah pukul 11 malam. Naila yang masih mengenakan seragam sekolah, sengaja balik lambat ke rumah kerana risau akan reaksi ayahnya sekiranya mengetahui hari ini ialah hari keluarnya keputusan akhir peperiksaan mereka.

Rumah tamu diintai, bantai di sofa berada di tempat asal dan television tidak dinyalakan. Kali ini dia betul-betul yakin bahawa ayahnya sudah masuk ke alam mimpi. Nafas lega dihembus. Dua belah kaki terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa menoleh kiri kanan.

Setibanya di hadapan meja belajar, beg sekolah dicampak perlahan atas kerusi dan apabila ingin menutup pintu. Fail dalam pelukan gadis itu dirampas kasar dalam sekelip mata. Naila tersentak.
Matanya tajam menikam lantai bilik. Mahu mengalihkan mata dari bertembung mata sang ayah yang tiba-tiba muncul di belakang pintu. Entah sejak bila ayahnya kemas dengan kot kelabu menunggu lama di situ.

Fail yang terselit markah keputusan, ditarik keluar sebaik menjumpainya lantas bibir sedikit pucat itu menyebut satu per satu markah setiap subjek yang Nai ambil. Namun hanya fokus pada empat subjek sahaja. Subjek lain dilupakan. Baginya tidak penting.

Bahasa Melayu, A+

Sejarah, A

Sains, A

Pendidikan Moral, A+

Manakala Nai? Takut-takut hendak bersuara malah debaran di dada kian lemah selepas ayat pedas dari seorang ayah, keluar menghunus pedang hingga membelah jantungnya sekarang. Kedua-dua pupil mata mengecil.

"Empat A, aje?" Lepas berkata begitu, Tuan Rayzan tertawa kecil bersama gelengan kepala. Buang masa aku sahaja bayar kesemua yuran sekolah kalau hanya ini kau dapat? Memalukan keturunan aku.

Naila tidak menjawab sebaliknya mendekati ke meja yang terletak sebelah katil. Bingkai keluarga dicapai dengan tangan gementar hebat. Merenung dalam-dalam wajah seorang demi seorang. Pasangan suami isteri  tersenyum lebar sambil memeluk bahu anak perempuan mereka juga ikut tersengih di tengah-tengah mereka berdua. Keluarga ini kelihatan bahagia, seolah-olah tiada konflik berat pernah berlaku.

"Huh, apa yang aku berharap dengan anak macam kau ni? Anak tak ada masa depan. Kau dengar tak apa yang aku bebelkan dari tadi?"

Melihatkan Nai langsung tidak memandang wajahnya, Tuan Rayzan berdecit menyampah.

"Aku pantang betul bila aku bercakap, mata dekat bawah... pandang mata aku!"

Bahu Nai hampir disentuh namun tubuh itu sendiri memusing menghadap dirinya. Berlapis dahinya sebaik anak mata mereka bertaut namun entah kenapa pandangan anaknya lemparkan bukan pandangan seorang pengecut tetapi ketegangan atau kata lain, menyimpan luka yang dalam.

"Ayah!" Terlepas fail dari tangan Tuan Rayzan, mungkin terkejut kerana ini kali pertama Nai menaikkan suara. Viera ikut terdiam sekali.

Naila?

Nafas ditarik dalam-dalam lalu mengatakannya dengan nada suara sedikit lantang. Sipi-sipi terlihat cecair mutiara di hujung kelopak mata.

"Ayah, tak cukup lagi ke dengan semua markah exam Nai sebelum ni? Apa yang ayah... masih tak puas hati?"

Hingga terbongkok badannya. Sesak sungguh rasanya dada dia sekarang lantas tubuh ditolak ke belakang semula. Mengumpul sebanyak mungkin kekuatan untuk mengeluarkan semua isi hatinya. Kini sudah tiba masanya ayah kena tahu dan ambil tahu.

Yang... anak dia pun ada perasan!

"Kenapa... kenapa ayah tak boleh nak bersyukur? Sikit pun jadilah tapi ni... tak ada langsung."

I'm Not Naila [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang